BAB 2
Dengungan kuat di telinga buat aku terus terjaga sambil tenyeh-tenyeh mata. Duduk sebelah tingkap dan buka penutup tingkap kapal buat mata aku silau. Okay sangat terang. Oh…ohh…aku rabun silau. Oh dah pagi rupanya. Tengok jam di tangan dah pukul 7.30 pagi waktu Korea. Pesawat dah pun masuk ruang udara negara Korea dan kejap lagi akan mendarat di lapangan terbang Incheon. Aku dah teruja punggung dah kebas, tak sabar nak bangun. Tangan ni pun dah mula nak menconteng buku catatan sepanjang perjalanan dan percutian aku di sini nanti. Nampak tak kejakunan di situ. Masih dalam kapal lagi ni entah apa la yang aku dah mengarut di dalam buku tu. Bahasa dah campur dengan Melayu, Korea, English. Lantaklaahh..Buku aku juga. :p
Aku toleh sebelah ahjumma dengan husband dia masih lena lagi dibuai aircond kapal.. aku dah kejang dah sebab bayangkan dalam kapal selama 10 jam bahagian badan mana yang tak penat. Haha okay dengan lemah lembutnya aku kejutkan ahjumma tu nak bagitau yang kapal dah pun selamat mendarat. Ahjumma tu senyum malu-malu pula sebab aku ternampak adegan manis dia dengan husband yang comel tu. Ala nak malu apa, ahjussi tu just kiss forehead je untuk morning kiss muka ahjumma tu dah merah gila. Hehe aku tak kisah pun. Sweet apa kan. Mungkin dorang ingat aku akan pandang pelik. Tapi dengan selamber je aku cakap dengan makcik tu tak apa sebab sangat romantic. Ohooo muka ahjumma tu lagi tambah merah bila aku cakap macam tu. Hehe
Tapi couple ni sangat baik, siap tanya tujuan aku datang Korea nak buat apa, ada kawan ka tidak, tinggal di mana nanti. Masa ni aku rasa nak nangis je sebab tiba-tiba teringat parents aku. Baru je berapa jam tinggalkan Sabah / Malaysia, aku dah rasa sebak. Tapi boleh kawal lagi riak muka depan couple ni. Dalam masa yang singkat aku dah jadi rapat dengan dorang, bila aku dah borak tujuan datang sini, saja nak bercuti sebab hadiah untuk diri sendiri dah habis belajar. Dorang agak terkejut juga la sebab aku datang sorang tak ke takut sesat nanti sebab 1st time datang, tapi aku cakap jangan risau sebab ada kawan dah tunggu ambil kat airport. bila dah puas hati dengan jawapan aku, baru dorang angguk setuju dan tak risau. Okay sapa yang tak tersentuh dapat layanan macam tu. Baru jumpa dah concern kan macam aku ni anak dorang pula. Hahaha. Ahjumma tu siap bagi nombor telefon, dan alamat untuk aku kalau ada masa terluang nanti boleh jumpa lagi. Nice, right?
Aku tak jangka pun berlaku sesuatu yang interesting. Dan yang bestnya, dorang terang-terang dah anggap aku macam anak dorang. Ehei, kalau ni macam sapa yang tak happy? Baru je sampai Korea, dah jumpa orang yang sangat baik. Sempat bergambar dengan dorang lagi sebagai kenangan supaya aku tak lupa muka mereka. Itu pesanan ahjumma tu kat aku. Ye..ada masa aku akan pergi juga lawat tempat dorang. Bukan jauh mana kat area Seoul juga.
Keluar je dari balai ketibaan, aku dengan sweet couple dah perpisah. Dorang dah ada hal yang nak dibuat sesampai je di Korea. Aku pula masih menunggu barang-barang, bagasi aku kat kawasan kutipan beg. Terpacak sorang, aku tengok sekeliling, aku tambah jakun. Dengan kesesakan orang yang sangat ramai. Dalam hati aku cakap ni ramai mesti sebab morning flight. Memang tak heran kalau ramai orang kat airport ni. Kat satu sudut tak jauh dari tempat aku berdiri, aku ada perasan mata yang macam sedang scan aku satu badan. Ah sudah kenapa aku rasa lain macam?? Aku tengok kiri kanan tak ada pula yang mencurigakan. Sambil menunggu, aku pun sambung la balik dengar lagu kat iPod. Tapi orang sebelah tengok lain macam je. Okay aku perasan aku sedang buat mini konsert di situ. Haha dah sumbat telinga dengan earphone, aku memang di dunia sendiri dah. Dengan muka blushing aku bow kat dorang tapi nasib baik dorang tak ambik kisah sangat.
Hei senangnya dalam hati…Berjaya akhirnya jejakkan kaki ke Korea. Tempat yang paling dinanti-nanti untuk dilawat. Patut sujud syukur ni tau..hehe hatiku bermonolog.
Lepas dah dapat bagasi, kotak-kotak berharga aku sorong troli dan dengan tersengih macam kera baru kena cium aku melangkah keluar dari balai ketibaan sambil mendengar lagu.
Only one shot…only shot.. Ireul kkwak mulgo deombyeodeureo~ Bang! Aduh…apa pula ni? Aku baru nak feeling drama kat airport ni.. sambil mataku memandang hadapan. Sebuah passport dengan cantik sedang mendarat di atas kaki ku dengan pelbagai barangan peribadi berselerak. Casing handphone, dompet, buku diari bertaburan.
Alamak…aku langgar orang ke? Aku tunduk melihat passport di atas kasut. Apa nak buat ni? Sapa yang aku langgar? Nak cakap apa? English ke Korea? Macam-macam dah yang negatif aku fikir. Takut kena marah, jatuh saham.. dahla kat airport pula ni banyak orang..Oh tidak~ ~
Tolong aku . . . .
Aku dapat rasakan banyak mata yang sedang mendarat kat aku. Dapat feeling yang keadaan sangat chaotic sekarang, riuh rendah, suara-suara menjerit sana-sini. Terdetik aku fikir kalau keadaan macam ni selalu bila ada artis Kpop dating airport (sebab dah tau suasana airport macam mana bila ada fans menjerit sebab artis datang). Dengan rasa bersalah passport di kasut aku kutip dan perlahan-lahan mendongak ke atas. Okay jaw drop. Passport yang aku pegang terlepas jatuh balik ke lantai.
Dengan mata tak berkelip, aku tengok je orang kat depan aku sekarang yang tengah tunggu passport dia yang tejatuh. Aku kutip balik, dan dengan tangan yang sedikit menggigil aku serahkan passport tu kat dia. Mianhae..I’m sorry, Yongguk ssi. DENG!!
Dah dapat teka kan sapa yang aku langgar tu? Tau kan sapa yongguk? Atau nama betul BANG YONGGUK!! Oh no.. Aku rasa kat atas kapal tadi aku bernasib baik jumpa orang yang ramah, dan dalam masa yang sekejap aku dah timbulkan masalah. Boleh pula masa ni aku bertembung dengan kumpulan B.A.P. Aku mimpi ke? Aku tengok kat belakang ada ahli yang lain yang mata pun tengah melekat tengok aku. Daehyun, himchan, Joungup yang baru keluar dari pintu imegresen… aku tak tau nak buat reaksi macam mana. Aku sedar yang fans masih tak nampak apa yang jadi sebab telindung dengan dinding. Sekali lagi aku bow minta maaf dengan Yongguk, kutip casing handphone dengan buku yang dah bertaburan tu.
Okay, bagus Mai…lepas ni ko nak buat apa? Melutut minta maaf? Sebab aku tengok reaksi muka Yongguk kosong je tengok aku. Jadi aku tak tau dia marah aku ka tidak, okay ka atau ada nak cakap something.
Are you new here? You know me? Zzzzztt! Aku rasa macam baru lepas kena renjatan elektrik bila dengar soalan tu. Soalan yang keluar dari mulut si tinggi ni. Aku salah denat tak?? Aku nak balas apa pula? Dia tanya aku English, nak jawab English juga? Disebabkan aku dah boleh cakap korea, bantai jela cakap dengan dia.
*anggap jela conversation yang dalam melayu tu adalah korea, konon dah lancar kan*
Eh, mana tau saya baru lagi kat sini?? Awak memang artis kan, ada nampak muka keluar kat majalah, Tv. Sapa tak kenal B.A.P? Boleh pula aku nak melawak bodoh dengan artis. Berani sangat ko Mai. Aku sengih buat muka tak tau malu. Ni mesti sebab nampak kat troli ni banyak barang sebab tu tanya macam tu eh? Aku tanya balik kat dia. Senyap pula mamat ni. Toleh kat jam baru sedar aku dah lambat Linda mesti dah tunggu kat luar. Respon dari si tinggi ni pun lambat dia macam termenung khayal apa benda entah la aku tak tau. Aku tarik hujung jaket dia baru dia tersedar balik.
Saya nak minta maaf la sebab terlanggar tadi. Mungkin sebab troli ni berat sangat jadi tak perasaan saya hilang kawalan nak break tadi sampai bersepah barang terlanggar awak. Maaf ye. Ada apa-apa nak dimarah ke? Tapi sebab saya tengah kejar masa sekarang kawan dah tunggu kat luar kira selesai la ye. Boleh? Yongguk is a nice leader, right? Sambil wink kat dia supaya bagi aku lepas. Aku nak cepat ni.. Yongguk boleh pula lagi nak pandang member lain tanya apa nak buat. Haisshh.. dorang ni mesti ada hal lagi saja ja nak bagi lambat. Tapi nasib la manager dorang bagi signal kat aku yang aku dah boleh pergi. Dengan kelam kabut, aku seluk poket ambik coklat kisses yang ada lebih bagi kat tangan Yongguk. Dengan muka pelik, dia tengok apa kat tangan dia. Ni je yang saya ada. Jangan marah ye. Saya pergi dulu. Habis je bisik kat dia OK cepat je aku tolak troli keluar dari situ, nak pandang belakang aku dah tak mampu. Nak jadi apa, aku tak nak ambik tau. Sorry B.a.p.. nasib peminat tak nampak apa jadi.
Sampai kat luar, aku dah spot sorang perempuan yang dok pegang banner nama aku. Oh itu Linda. Amboih, lama tak jumpa, dengan semangat tulis nama aku besar gedabak. Dah lupa muka aku la tu. haha Linda pun tak banyak berubah, masih macam yang aku kenal dulu, Cuma tambah putih je. Aku pula suka hati je dia cakap makin tembam. Nasib aku mengaku yang aku memang chubby sikit. Akhirnya aku rasa lega bila dah jumpa orang yang aku kenal kat sini. Perkara yang baru je berlaku tadi tu harap tak la kecoh. Linda pun terkejut bila aku bagitau apa yang jadi, dan tak percaya rezeki aku datang sini awal lagi dah jumpa artis Kpop walaupun berselisih je. Kami bukan hardcore Babyz tapi layan juga lagu BAP, tau ahli member dorang, dan sebenarnya Yongguk tu antara ahli yang aku minat juga sama dengan Daehyun, Himchan. Arrghh! Lupakan la apa yang jadi. Nasib la boleh control perasaan fangirl sebab rasa bersalah sangat. Kalau lagi lama stay kat sana tak tau apa yang jadi lagi.
Sekarang aku just nak rehat, lelapkan mata lagi dalam suasana yang tenang, selesa. Linda pula faham keadaan aku yang masih jet lag suh aku tidur sementara dia memandu sampai ke apartment tempat dia tinggal. Kesian juga bila dia borak sorang. Aku dah tak terlayan lagi apa yang dia tengah membebel aku dengan mata berat terus terlelap. Aku terjaga balik kitotang dah sampai kat Seoul, area apartment Linda kat Gangnam, area bandar. Linda cakap kat kawasan ni selesa nak tinggal, banyak kemudahan yang senang guna lagi-lagi untuk yang baru pertama kali datang sini. Aku pun angguk jela apa yang Linda terangkan. Apartment Linda pula mak aih tinggi, macam bangunan kat KL juga yang leher pun boleh penat kalau nak mendongak lama. Tinggal pula kat tingkat 10, okay aku boleh kurus naik turun tangga kalau lif rosak. Hari pertama di Korea aku hanya nak berehat je. Satu badan kepenatan yang perlukan perhatian untuk kembali energetic.
Will something interesting would happen? Untuk catatan pertama di korea yang aku tulis di buku. Just wait and see Mayra.