anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

아름다운 친구

Wednesday, June 6, 2012

Sejarah nahas yang terburuk di Sabah



I'M A SABAHAN 



Nahas udara tidak kira melibatkan kapal terbang atau helikopter, sememangnya mahu dielakkan semua umat manusia, namun ia berlaku juga kerana pelbagai faktor seperti mekanikal, teknikal, cuaca, landasan, masalah pesawat dan kecuaian manusia.

Berikut beberapa kejadian nahas udara terburuk yang pernah berlaku di bumi Sabah, sebagai iktibar dan pengajaran kepada semua.

Marilah kita sama sama mendoakan semoga roh kesemua mangsa dalam nahas itu, diberkati dan ditempatkan di kalangan orang Soleh. Amin.




Tun Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang terkorban dalam nahas udara 7 Jun 1976.

Nahas itu menggemparkan Malaysia dan dunia. Ketua Menteri Sabah, Tun Mohd Fuad Stephens dan 10 yang lain termasuk menteri kabinet, terkorban apabila pesawat Nomad milik Sabah Air, terhempas kira kira 2 kilometer dari landasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Kejadian berlaku ketika pesawat hendak mendarat di Kota Kinabalu dari Labuan.

Saksi mendengar dentuman di udara sebelum kapal terbang itu terhempas di perairan cetek Sembulan, hanya beberapa meter dari perumahan atas air, mengorbankan pemimpin agung Sabah, Tun Fuad Stephens, menteri kabinetnya Datuk Peter Mojuntin, Datuk Salleh Sulong dan 8 yang lain.

Mereka yang terkorban dalam tragedi sedih 6 Jun 1976 di Kota Kinabalu.

1. Ketua Menteri Sabah, Allahyarham Tun Mohd Fuad Stephens
2. Menteri Kerajaan Tempatan Sabah, Datuk Peter Mojuntin
3. Menteri Perhubungan dan Kerjaraya Sabah, Datuk Chong Tahin Vun
4. Menteri Kewangan Sabah, Datuk Salleh Sulong
5. Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion
6. Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Andu
7. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Syed Hussein Wafa
8. Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan
9. Pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Kopral Mohd Said
10. Juruterbang, Gandhi J Nathan
11. Anak kepada Tun Fuad Stephens, Johari

Turut sepatutnya berada dalam pesawat Nomad yang malang itu ialah Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abdul Rahman Yaakob. Namun pada saat akhir, mereka dilaporkan berpindah ke sebuah lagi pesawat Nomad untuk lawatan ke Pulau Banggi, Kudat atas permintaan Datuk Harris Mohd Salleh.

Punca sebenar nahas???? samada masalah teknikal, mekanikal, cuaca, kecuaian manusia atau faktor lain, telahpun disiasat dan masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.

Kejadian berlaku hari Ahad ketika pesawat dalam penerbangan balik ke KK dari Labuan... sepatutnya pada Isnin, 7 Jun 1976, Tun Fuad mewakili Sabah menanda tangani perjanjian dengan Petronas bagi royalti 5% bagi hasil minyak dan gas Sabah yang dicarigali oleh Petronas di perairan Sabah.

Jika Tragedi ni tidak berlaku, tidak mustahil Sabah masih diperintah oleh kerajaan Berjaya dan autonomi, royalti, perjanjian 20 perkara, serta aspek lain yang berkaitan dengan kepentingan Sabah, terpelihara baik, terikat kemas dan terpateri dengan kukuh...


On November 29, 1995 10 Sabahans and 1 Filipino worker were killed in a helicopter crash at the Samarang Seas between 10 and 11a.m. The Sabah Air Bell helicopter was inflight from the old airport (currently Terminal 2 Airport) to the Petronas offshore oil rig. It was reported that 2 of the victims' bodies have not been found till this day. The cause of the helicopter crash was an engine operation failure.

Nahas helikopter Bell SP yang mempunyai 2 enjin itu berlaku ketika ia membawa sekumpulan 11 orang pekerja Petronas Carigali dari Kota Kinabalu ke Pelantar Minyak Semarang. Usaha mencari pesawat dan mayat di dasar laut mengambil masa lebih seminggu menggunakan pelbagai jenis kapal termasuk MV Armada Goodman serta kapal yang dilengkapi kemudahan canggih Infra Red dan Sonar.

Kesemua penumpang dan juruterbang maut. 2 termasuk pembantu juruterbang dikatakan belum ditemui sehingga sekarang. Moga roh mereka diberkati.



March 19, 1997, 11 Army personells in two Nuris Helicopters killed at Bukit Batangga, Mandulong in Sipitang, Sabah.

2 Pesawat Helikopter TUDM Nuri, terhempas serentak di Bukit Battangga, Mandulong di kawasan terpencil di Sipitang Sabah ketika dalam perjalanan menghantar bekalan ke kem tentera di Long Pasia. Kejadian 19 Mac 1997 berlaku di hutan belantara ketika kabus tebal. Ada mengatakan 2 Nuri itu berlanggar sesama sendiri, sebelum kedua duanya terhempas.


Pesawat helikopter Nuri atau Sikorsky digunakan Tentera Udara Di Raja Malaysia sejak 1960an dan sudah banyak kali terhempas termasuk insiden 18 Disember 1989 di Lundu, Sarawak yang mengorbankan 2 Jeneral dan 3 Leftenan Kolonel sekaligus akibat cuaca buruk.

Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mustaffa Awang, Panglima 3 Briged Infantri, Brigadier Jeneral Datuk Hasbullah Yusuf, Pegawai Memerintah Batalion Kelima Rejimen Renjer Diraja (RRD), Leftenan Kolonel Mohd. Johari Selan; Pegawai Memerintah Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Leftenan Kolonel Tunku Abdul Aziz Tunku Osman dan Pegawai Staf Satu (Operasi) 1 Divisyen, Leftenan Kolonel Mustafa Kamal Mohd. Yusoff, kesemuanya maut.

Moga roh mereka dicucuri rahmat.




Pada 15 September 1995, negara dikejutkan nahas pesawat Fokker Fifty, Penerbangan Malaysia, MAS di Lapangan Terbang Tawau, Sabah, mengorbankan 34 orang termasuk 2 juruterbang, seorang daripadanya dikenali Kapten KL Wong.

Manakala 19 lagi termasuk seorang pramugari dari Sabah dan seorang pramugara dari Kuala Lumpur, terselamat.

Kejadian jam 12.55 tengahari berlaku ketika pesawat membawa 53 orang termasuk 4 anak kapal itu dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tawau. Pesawat dikatakan mendarat di bahagian tengah landasan sebelum terlajak dan merempuh deretan rumah setinggan di hujung landasan dikenali Kampung Seri Menanti.

Kejadian berpunca kecuaian juruterbang selain landasan yang pendek.

Kebakaran turut menyebabkan lebih 50 rumah setinggan itu musnah.

Ekoran kejadian, lapangan terbang Tawau ditutup. Pengerusi MAS ketika itu, Tan Sri Tajuddin Ramli bergegas ke Tawau, begitu juga pakar penerbangan dari syarikat pembuat Fokker dari Belanda dan Menteri Pengangkutan ketika itu, Datuk Seri Dr Ling Liong Sik yang mendarat di Tawau pada malam kejadian dengan pesawat khas, sambil membawa media dari Kuala Lumpur.

Pakar DNA dan patologi termasuk Profesor Bhupinder Singh dari Hospital Pulau Pinang dan Profesor berbangsa Cina dari Singapura yang namanya sudah saya lupa, turut dibawa ke Tawau untuk proses kenal pasti mayat mangsa yang rentung dan sukar dikenali.

Kini, Lapangan Terbang lama Tawau itu sudah ditutup dan diganti Lapangan Terbang Baru di Balung yang menggunakan landasan lebih panjang, mampu memuatkan pesawat Boeing 737 dan Airbus.

Semoga roh semua mangsa bersemadi dengan aman dan semoga kita dijauhi daripada bencana seumpama ini. Amin.



Author notes : sometimes i felt *CUAK* or scared to boarding a plane 
when i read an article about airplane crash.. 
semoga setiap kali perjalanan saya ke KL- SABAH, SABAH-KL selamat dan selamat hendaknya
Amin...

I like you the best