Hai.. Salam Selasa semuanya..
Berjumpa lagi setelah seminggu senyap di sini
adakah anda sihat?
Sihat? Alhamdulillah..Mai pun sihat je walau bersin tak henti
Nampak tak tajuk kat atas?
siapa yang pernah tengok rancangan tv 3R sebelum ni? tau kan?
Rancangan wanita yang sangat popular dulu di TV3
Dengan tagline Respek Relaks Respon
jeng..jeng..jeng..
program ni dah berhenti sebelum ni..
tapi ada berita baik untuk peminat setia, sebab 3R akan kembali bersiaran
Yeaahhh....suke tak??
Mai rasa happy sangat..sebab ni antara rancangan kesukaan masa zaman sekolah dulu
tak pernah tinggal tau nak tengok setiap minggu
Selalu bersiaran jam 7:30 malam, hari ahad di TV3
hah...masa tu la Mai dah terpacak depan tv nak tengok segmen
dan topik yang menarik akan dikupas setiap episod
Ingat lagi tak nama-nama pengacara ni?
^___^
Dan kali ni...berita baik lagi untuk wanita-ramaj yang berada di luar sana
program ni sekarang tengah mencari bakat baru untuk menjadi pengacara
bagi musim baru yang bakal comeback tak lama lagi??
Ada yang berminat? Nak mengasah bakat anda yang terpendam?
Syarat tak susah kalau berminat nak join
Pastikan anda tak malu bila berada di hadapan kamera, petah berbicara
dan.... yang penting yakin dengan diri sendiri.
tertarik? rasa nak mencuba? kalau nak tahu lebih lagi
boleh rujuk kat web rasmi 3R ni
Mungkin anda, atau juga mungkin saya?
Hehe..ye.. saya dah hantar permohonan untuk ujibakat dan Alhamdulillah terpilih untuk ujibakat
Tapi Mai dapat email dari pihak 3R ni mengatakan yang Mai boleh ujibakat dengan hantyar video kat mereka
Mungkin sebab Mai letak negeri masa isi permohonan hari tu kat Sabah
dan dorang pun ingat Mai memang tinggal di Sabah sebab tu suruh Mai hantar video
Mai pun ingat nak je buat macam tu. tapi alang2 dah kat sini, better Mai datang je tempat ujibakat tu
Boleh casting live kan..hehe lagipun Mai dah laam juga tak join mana2 audition
Seingat Mai sebelum sambung belajar dulu la.. tu pun join ujibakat AF
haha..muka tak malu kan? well, kalau rasa diri berbakat tak salah untuk mencuba kan
boleh timba pengalaman baru
Ni adalah lokasi ujibakat
Oh ya....minggu ni minggu terkahir ujibakat
Jadi mari kita join beramai-ramai
Tapi terbuka untuk wwanita yang berumur 21-26 tahun sahaja
Adik-adik yg bawah umur, minta maaf ye..cuba lain kali di masa akan datang..
oh tidak..mai dah cemas menunggu hari sabtu ni..
doakan mai dapat buat yang terbaik.
Insha Allah.
Terima kasih.