Skip to main content

KISAH KITA. . .kebetulan? Bab 3



BAB 3

Masuk hari kedua di sini, Linda bawa aku meronda-ronda kawasan sekitar yang berdekatan dengan rumah. Linda bagi tunjuk tempat, ajar macam mana naik Subway atau train, nak guna T-Money bila kat station nnt, banyak lagi.. dan nasib aku jenis yang cepat ingat jalan, kenal nama tempat jadi tak susah untuk linda ajar aku. Sekali lalu dah boleh ingat, Cuma bila guna subway banyak station aku kena belajar tu slowly.

Hari ni juga Linda bawa aku jalan-jalan kat sekitar kawasan university dia belajar. KONKUK UNIVERSITI. Ohooo… Dalam fikiran aku, Dongwoon, Dongwoon..nak jumpa si maknae tu…haha tapi harapan sampai ke petang melawat tak juga jumpa. Tengah sibuk dengan Beast la tu. Tapi university ni best…rasa gatal pula hati nak study kat sini. Nanti tanya Linda la apa kursus yang best kan sini, kot aku terkenan, sesuai dengan aku, boleh apply. Ahh.. angan-angan lagi aku ni. Baru dua hari dah fikiran jauh ke depan. Malam pula Linda bawa aku ke tempat kerja sambilan dia kat syarikat yang terlibat dalam advertising untuk artis Korea kat sini. Bila sampai hati aku tercuit tengok poster artis yang ada. Besar biji mata ni scan satu-satu. Kiranya Linda ni untung sangat la kerja kat sini walaupun sambilan. Ada juga artis terlibat dalam company dorang ni, buat iklan. Tapi Linda kerja bahagian editing dan design jadi jarang sangat jumpa artis yang dia suka. Nasib la ko Linda. Dapat tengok poster pun dia dah boleh senyum lebar. Kawan sekerja dia ni semua ramah, baik, boleh sekepala sekelip mata je. Minah sorang ni pantang bagi peluang memang ada je bahan nak kenakan aku. Mentang-mentang la aku pernah cakap kat dia nak cari BF mamat korea, dah sebok nak kenen-kenen match maker kan aku dengan kengkawan dia. Hello Beast, Block B aku nak letak kat mana. Hukalohh..tapi kawan-kawan dia pun comel juga.

 Dahla aku ni pantang Nampak yang bila senyum mata hilang, mula la nak cair. Haip Mai, kawal diri. Dorang pula kecoh nak offer kerja kat aku. Sudah…aku dah pening kepala ni. Bagi la aku enjoy dulu vacation, nanti aku fikir, sebab nak sedapkan hati dorang ni. Tapi dah macam ada je rezeki aku kat sini kan. Hehe takpa jangan gelojoh. Berjalan sehari dengan minah becok ni buat aku tak sedar yang kitorang balik rumah lambat. Beli barang kat kedai sebab Linda ni dah tak sabar nak rasa air tangan makanan Malaysia. Orang dah mengidam kena la juga buatkan. Habis penuh satu peti ais tu dengan barang makanan. Yang rasa heaven sangat dah la dua-dua kuat makan. Nampaknya seminggu sekali beli barang kat kedai. Haha kopek la ko Linda.
           
Walau pun banyak bahan masakan yang agak jauh berbeza banding kat Malaysia, Nasi kuning, asam pedas ikan merah dan sambal cili siap terhidang depan mata. Linda dengan muka dah macam harimau nampak daging meluru je terus menikmati hidangan. Sudahnya, licin pinggan dan mangkuk. Hehe kalau bagi jiran kat sebelah rasa-rasa ada permintaan lagi lepas ni. Oh ya Linda ada bagitau, jangan je terkejut bila lalu lalang kat kawasan sini nampak artis sebab ada juga yang tinggal kat kawasan berhampiran. Aku dah teruja dengar, nak tahu siapa, tapi Linda dengan amanahnya tak nak bagitau. Rasa siapa la artist tu kan? Beast ke? Haiih dalam kepala ni asyik fikir pasal Beast je, lagi-lagi yang muka sombong rapper tu. Kalau jumpa depan-depan boleh jadi bisu aku.

Disebabkan teruja aku dah lupa nak inform family aku yang dah selamat sampai kat sini. News pun dah banyak aku tak update. Kesian kat family aku mesti risau bukan main. Buka FB, berlambak notis dengan komen. Kawan yang baru add pun banyak juga. Bila check kawan-kawan Linda pula yang sibuk nak add jadi kawan. Parents aku dah happy bila tengok aku update, suruh aku jaga diri, jangan buat perangai bila nampak artis yang aku  minat. Ehhh…macam tau je apa yang jadi. Hehe buka Twitter pula pun banyak mention. Dok sebok tanya aku dah jumpa sapa je artis kat sini. Kalau update pasal apa yang jadi kat airport mati aku…lagi kalau fans tau. Eh jap, Yongguk macam ada mention something je pasal kat airport. bila aku stalk profile dia, tweet pagi kelmarin. Maksudnya lepas apa yang jadi..OH NO! What the….!! Dia update siap dengan gambar….

                @BAP_Yongguk something came up, and this is what I got. Chocolate taste sweet just like her.   pic.twitter.com/okbTnjksh


Bila aku klik gambar tu, aku terus geleng-geleng kepala, tau kenapa? Yongguk post gambar coklat yang aku bagi tu..ohooo apa yang dimaksudkan dengan ayat last tu. Dia tak maksudkan aku kan. Waaa~~!!! Apa ni? Aku dah jadi tak keruan Nampak tweet dia tu. Nak je aku tweet tanya tu coklat dari aku ke, tapi batalkan niat, bila nampak banyak fans yang reply dah meroyan tanya siapa yang dimaksudkan dengan ‘her’ tu. Linda dengan excited terkinja macam monyet, bila aku bagi tengok tweet tu. Eh budak sorang ni bukan nak bagi aku tenang, buat aku lagi paranoid ada la. Bahaya macam ni.. nasb aku dah selamat sebab dah lari dari insiden tu. Ah, biarla. Yongguk saja je nak bagi Babyz jeles. Aku cool down diri sendir. Buat tak nampak je.

@mayra911219 In Korea now..I love being here..But I miss Malaysia :)

Kurang dah aku tweet sekarang ni. Stalk Beast la pula. Budak berenam ni pun makin dah sibuk sejak comeback ni ke sana sini. Terfikir dapat lagi ka jumpa dorang? Rindu sangat nak datang konsert dorang. Bila baca info kat Cube, baru tau dorang bakal buat konsert special menjelang Krismas nanti
.
Kira hari, tengok calendar, oh aku masih kat sini lagi, sempat kot nak join konsert ni. Masa untuk bertindak, check details, harga tiket..zuupp! dengan pantas je aku dah beli tiket konsert untuk dua orang, maksudnya aku dengan Linda la yang pergi. Hehehe tapi sekarang baru nak masuk Disember. Musim sejuk dah bermula, nak ajak Linda jalan lagi dia dah mula sibuk balik dengan kelas. Dapat cuti pun dua hari je untuk bawa aku keluar dengan ambik kat airport hari tu. So, aku fikir kali ni nak keluar sorang, takda masalah kot. Aku dah tau jalan sikit, tanya orang je kalau takut sesat. Plan nak keluar gi Myeongdong konon nak check album apa yang latest kat sana. Datang sini memang buat aku rambang mata, dengan macam-macam yang dijual, baju la, itu ini la. Fikirkan balik, nanti banyak bajet lari kalau stay lagu lama aku decide nak pergi tempat lain lagi. Aku just beli mafla je untuk lilit kat leher sebab lupa bawa tertinggal kat rumah. Berjalan sampai aku sedar aku kat area Cube Café. Rasa nak singgah jap nak minum kopi, lagipun tengok kat dalam tak banyak orang pun.

Memandangkan aku ada bawa laptop dengan buku kesayangan, boleh la lepak kejap. Dalam hati aku terfikir, untung pekerja yang kerja kat sini, sebab kadang-kadang ada je event yang papa Hong (CEO Cube Entertainment) buat kat sini. Selalu buat birthday party, artis-artis dorang pun ada je selalu turun lepak minum kat sini. Rasa-rasa bertuah tak aku hari ni? Hehe dah senyum sorang, aku mula fikir yang mengarut. Tengah sibuk mengetuk jari kat laptop, aku terfikir juga berangan kalau dapat sambung study kat sini. Target university aku yang pertama mestila Konkuk university. Boleh study satu tempat dengan Linda. Dengan Son Nam Shin. Hah kan dah mula merepek. ^^

Aku check kat web Konkuk tengok details course yang ada, aku rasa aku dah boleh buat pilihan. Tapi nak tanya parents dulu boleh tak nak sambung study kat sini, tapi mesti bagi punya la.. hehe dorang tau perangai anak dorang ni macam mana. Alhamdulillah, dah contact dengan dorang, terus dapat green light. Tapi masih tak confirm dengan kursus apa yang aku nak ambil, nak sambung dengan last course aku ambil ada je bahagian komunikasi dan media kat sini. Tepuk-tepuk tangan aku terus kat sini, sampai pekerja kat kaunter tu pelik aku dah kenapa ketawa, tepuk tangan sorang-sorang. Keterujaan dah tahap climax, buat aku tak endah je keadaan sekeliling. Ada je costumer yg gelak-gelak, aku tepuk tangan je nak heran. :P

Sampai la aku perasan keadaan kat luar café agak bising dengan suara menjerit-jerit. Aku tengok dari tingkat nampak ada beberapa budak perempuan dengan kamera di tangan kat kat luar tengah berlari-lari kea rah pintu masuk, aku pun pelik sapa la pula yang datang masa sekarang ni? isshh.. nak je aku gigit sorang-sorang suh diam, kacau daun betul nak sembang. Tapi bila ingat yang aku kat mana terus tak jadi. Lagi-lagi tau perangai fans ni macam mana bila dah jumpa artis. Aku buat bodoh je sebab tengah asyik skype dengan parents aku dan suara aku pun tenggelam timbul je sebab yang kecoh-kecoh ni. Akhirnya senyap juga suara bebudak yang tengah meroyan tu boleh dah tarik nafas lega sambung borak balik.. tapi parents aku dah log out, hurmm tak sempat nak buat aegyo. Hahaha

Aku tengok fans semua dah menghilang dah, tak pula masuk dalam café ni. Aku pun pelik mungkin Cube bagi notis kat larangan untuk stalk artis sampai dalam. Bagusla tu. Artis pun ada privasi nak minum-minum kan. Dan mata aku terlekat kat meja depan betul-betul depan aku sekarang. Ko mimpi ke Mai? Ko tak salah tengok kan? Rasanya impian ko dah jadi kenyataan..sebab..si dia yang ko dok tengah angaukan ni sekarang kat depan mata. Yes..It’s Junhyung..with Dujun now in front of me. Junhyung tengah duduk menghadap aku pula tu. Alamak nervous nyaa….kawal diri Mai…please. Ah sudah masa ni pula perut yang tak selesa buat hal suruh gi tandas. Habis barang-barang aku sapa nak jaga? Nak suruh budak kaunter jauh juga dari meja aku duduk sekarang. Nak minta tolong sapa ni?? Harapan aku sekarang ni budak dua ekor ni je. Tapi berani ke nak tegur? Nanti diingat aku stalker dorang pula minta sign. Sign apa benda, album pun aku tak bawa. Nature call dah tak boleh nak ditahan lagi. Terpaksa Mai. terpaksa minta tolong dengan dorang juga. Macam mana nak mula ni? Ok…tarik nafas..fuuhh.

Err…excuse me? ah sudah dah agak dua ekor ni pandang aku semacam je. Dah dengan si muka sombong ni endah tak endah je dengan aku. Lantak la.. Nasib Dujun ok bagi attention kat aku. Memang ko leader yang baik Dujun..hehe

Err…minta maaf la ganggu kejap, tapi bukan niat nak kacau tau. Bukan nak minta sign, sebab saya tak ada album kat tangan sekarang nak minta sign. Dua-dua buat muka terkejut..huh memang ingat aku nak minta sign la tu! Eeihhh dujun dok angguk je, yang si joker pula tak lari dengan coke kat tangan. Oh, boleh cakap Korea, ingat orang luar foreigner tadi. Bahasa Korea awak bagus. Ya, ada apa? Akhirnya dengar juga suara dujun live depan-depan tanpa mic hahaha heavennyaaa~~~ eh…nampak ke muka foreigner kat sini? Ah sebab ada cop kat sini eh? Aku selak bangs aku kat dahi tunjuk kat dorang. Dujun dah gelak macam pula aku badut tengah buat lawak. Pakcik sorang tu diam je tapi tengok juga kat aku. Macam ni, saya nak gi tandas kejap, ada hal kan…hehe tapi masalahnya, meja saya jauh dari kaunter nak suruh orang kaunter tolong tengokkan. Jadi korang jela harapan saya tolong tengookan, sebab saya bagi tinggal laptop kat sana, boleh tolong jagakan kejap tak? Atau pun tolng tengok dari sini je pun boleh. Boleh la…eihh aku dah ketahanan sangat dah ni. Lambat betul nak angguk kepala. Okay, boleh tapi tolong bayar minuman kami ye. Junhyung tiba-tiba menyampuk. Eh bercakap juga akhirnya? Ingatkan sebelah Dujun tu patung. Nak je aku cakap macam tu. Tapi dah urgent sangat aku bow je terus blah gi tandas.

Ahh…lega pun. Ko kan perut, masa-masa ni la sibuk nak buat hal? Beast ada kat sini tau!! Walau pun bukan semua, masa ni la kacau daun nak meragam. Sambil tampar pipi tapi macam tak percaya je dapat cakap dengan Dujun.hihi eh dah setel, dorang pun mesti ingat aku ni suka hati je suruh dorang kan. Aku terus gi kaunter bayarkan minuman dorang. Si gedik sorang tu punya pasal kan, nasib la aku suka kau tau Junhyung, sebab tu aku bayarkan. Balik je kat meja aku, Dujun pula tengah duduk kat kerusi aku jagakan laptop..alololo sweetnya kau ahjussi. Aku suruh tengokkan dari meja korang je. Tak payah susah-susah duduk kat sini. Dujun terkejut aku tiba-tiba datang dari belakang. Hihi sorry buat terkejut, terima kasih tolong jagakan sambil bow aku cakap kat Dujun.

Boleh join tak? Junhyung datang bawa minuman dia dan Dujun kat meja aku. Belajar kat sini ke? Nampak web Konkuk kat sini. Dah mula dah Dujun punya perbualan sambil pointing kat laptop aku. Aku lucky girl ke hari ni??jumpa dorang, dah tu boleh pula nak bersembang semeja. Aku tak selesa tapi orang tak ramai sangat, fans kat luar pun tak ada aku angguk je setuju. Rezeki ni~~!aku nak je lompat laju-laju. Oh…ahh dalam perancangan sebenarnya. Baru je habis belajar, datang sini bercuti tapi sebab niat belajar masih ada, rasa nak apply pula. Lagi pun ada course yang dah tarik perhatian kat sini. Ok dalam waktu yang singkat ni aku dah boleh geng dengan Dujun, kongsi topic..weeuuhh..memang macam mimpi.Junhyung puun menyampuk kejap-kejap. Oh study apa? Dari mana? Nama apa? Okay dujun ni banyak tanya sebenarnya. Jawab la satu-satu soalan dia ni. Nama saya Hika Mayra (tak bagitau nama sebenar pun), panggil Mayra je, dari Malaysia. Sebut je Malaysia, terus automatik sate dengan laksa keluar dari mulut dorang. Haha funny! Dorang masih ingat nama makanan kat Malaysia. Terharu aku. Aku bagitau la sebelum ni study journalism, dan ingat nak sambung Master dalam bahagian media juga. Dorang tepuk-tepuk tangan pula, aku pelik. Junhyung pun dah mula ringan mulut tanya itu ini, sekarang ni stay kat mana. Dah pula aku yang rasa tak selesa. I mean, baru je jumpa dorang, tak nafikan aku memang fangirl tapi tak aspect akan macam ni takdir aku jumpa dorang.

Aku tak jawab pun tinggal kat mana. Ahaha aku yang patut tanya dorm dorang kat mana, nanti boleh stalk dorang.lalala eh tak. Aku just mention yang aku memang hardcore dorang, I’m a B2uty, tapi dorang macam tak percaya sebab aku tak jerit bila nampak dorang. Mau tak jerit sebab aku dah speechless ni.. ehh kena la kawal diri kang jadi penyakit. Ketawa lagi bila dengar jawapan aku. Hurrmm ni rupanya Beast bila off stage. Senang sangat nak gelak. Sebab tu la aku saying dorang. Dah borak lebih sejam, akhirnya berambus juga kami dari café. Dorang ada photoshoot lepas ni, jadi kena ready awal. Dan aku pula memang nak balik sebab nak masak untuk Linda. Sekali lagi dorang terkejut bila aku bagitau aku dah bayarkan minuman dorang, free je Junhyung kena lastik kat kepala oleh Dujun.haha ingat nak main-main dengan aku kan. Tak apa. Saya belanja, sebab 1st time dapat borak dengan idol kegemaran saya. Lain kali, saya bayar balik. Eh berani pula Junhyung cakap macam tu. Aku dah blushing sakan ni sambil geleng. Aku mampu senyum je sambil lambai tangan kat dorang. Eh cubit pipi, sakit! Bererti real la kan? Betul-betul jumpa Beast. Ya Allah..Syukur rezeki dapat jumpa dorang kali ni. Tapi tu la yang bukan rezeki nya nak minta sign dorang. Lain kali Mai…Ada masa lagi.

Well, rasanya hari ni ada lagi kisah yang perlu dicatat dalam blog, dan diari kesayngan aku. Ehehe Linda jeles tahap cipan bila baca blog yang aku tulis lepas kami makan. Rezeki ko mencurah-curah kat sini Mai, datang Korea dah ada artis yang ko jumpa. Aku tak tau la bila aku dapat jumpa dengan idol aku Big Bang. Ada je kerjasama dengan dorang buat iklan, tapi belum bertuah lagi nak jumpa dorang face to face. Aku jeles tau dengan ko ni! Eeiii! Hoi sakit la pipi aku..makin la tembam macam ni. Ala sabar..bukan masa yang sesuai ko nak jumpa TOP kesayangan ko tu. Sabar eh..nanti kita gi konsert dorang tau..tau.. tapi krismas nanti pastikan ko tak sibuk, sebab aku dah booking ko teman aku tengok konsert Beast. Linda tak boleh nak kawal diri siap peluk salam cium tangan lagi sebab bagi dia good news. Sayang ko Mai..Beast pun Beast la..janji gi konsert lagi..It’s been a long time, right? Aku harap ada lagi kisah menarik yang jadi, yang boleh aku tulis dalam blog.

Aku check beg yang aku guna tadi ingat nak sambung buat lirik lagu..eh mana pula buku aku ni? Eh aku bawa kan tadi..tercicir kat mana pula?? Ah sudah..!! Buku kesayangan aku. DAMN! Hah tak pasal-pasal mencarut. Hilang kat mana pula? Jangan-jangan…Cube Café! Oh tidak… Linda!!! Aku keluar kejap tau..aku nak gi ambik barang aku yang tinggal…



Oh ya ni poster untuk fanfic ni. kalau tak cantik diamkan je
*maaf la sebab saya tak pandai nak buat poster*



cantik tak?? hehe ada sebarang komen ke respon, 
sila la bagi tinggal komen di bawah ye..
terima kasih.

Popular posts from this blog

Pesta Kaamatan (Sabah Harvest Festival)

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan! Hehehe...apakah yang sedang dibebelkan tu? opppss..saya bukan mencarut ar....ni la ayat yang paling femes orang sabah selalu cakap kalau tiba ja penghujung bulan Mei..mau tau kenapa? begini..ayat tu sebenarnya merupakan ayat macam ucapan la lebih kurang...ucapan sempena sambutan Kaamatan (satu pesta yang diraikan di Sabah) Tau apa pula tu pesta kaamatan?okay ni saya nak cerita latar belakang, sejarah, topik pasal festival ni..baca betul2 tau.. Latar belakang (sumber dari wikipedia) ^_^ Tadau Kaamatan Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi . Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan K...

Winter Trip Jeju Island, Korea: Part 1

Assalamualaikum. Dah masuk tahun 2018, selamat tahun baru semua.  Banyak benda yang jadi dalam tahun 2017. Dari yang aku tak jangka, yang tak kesampaian, patah hati semualah. Yang paling tak sangka bila aku dapat juga curi masa untuk diri sendiri merawat hati yang terluka. chewwaaahh~ Kali ni nak share pasal trip musim sejuk aku dan geng travel si kakak ke Pulau Jeju sementara rasa teruja tu masih ada. Kitorang pun baru je balik tiga minggu yang lalu 16-19 Disember (semasa entri ni ditaip). Ceritanya, memang tak plan langsung nak keluar melancong untuk tahun 2017..sebab tahun ni merupakan starting point aku mula aktif dalam bidang fotografi secara serius. Banyak terlibat dalam ambil gambar job wedding, tunang, kenduri. Kembali aktif dengan kamera sebab masih belum dapat kerja yang tetap (hopefully soon to come). Dalam awal Oktober yang lalu, aku scroll timeline Facebook macam biasa, tuptup ternampak iklan dari page Air Asia mengkhabarkan yang route baru akan d...

Sejarah nahas yang terburuk di Sabah

I'M A SABAHAN  Nahas udara tidak kira melibatkan kapal terbang atau helikopter, sememangnya mahu dielakkan semua umat manusia, namun ia berlaku juga kerana pelbagai faktor seperti mekanikal, teknikal, cuaca, landasan, masalah pesawat dan kecuaian manusia. Berikut beberapa kejadian nahas udara terburuk yang pernah berlaku di bumi Sabah, sebagai iktibar dan pengajaran kepada semua. Marilah kita sama sama mendoakan semoga roh kesemua mangsa dalam nahas itu, diberkati dan ditempatkan di kalangan orang Soleh. Amin. Tun Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang terkorban dalam nahas udara 7 Jun 1976. Nahas itu menggemparkan Malaysia dan dunia. Ketua Menteri Sabah, Tun Mohd Fuad Stephens dan 10 yang lain termasuk menteri kabinet, terkorban apabila pesawat Nomad milik Sabah Air, terhempas kira kira 2 kilometer dari landasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Kejadian berlaku ketika pesawat hendak mendarat di Kota Kinabalu dari Labuan. Saksi mendengar dentuman di...