anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

아름다운 친구

Thursday, January 4, 2018

Winter Trip Jeju Island, Korea: Part 2

Hai..
Ok kali ni buat sambungan dari post yang lepas..
From the day we depart to Jeju from KL and the next action.. 

Beware of another long post here.. :)



DAY 1 (16.12.2017)

Actually aku dan akak aku, kami dah sampai KL 15 haribulan lagi, flight kami dari KK jam 5 petang but delayed for half an hour..lambatlah kami sampai KLIA2 almost 8 PM macam tulah.. Tapi dia sempat lagi gerak gi UKM hantar barang dan tinggal aku tersadai sorang2 sambil tunggu dia datang balik. Geng yang lain (kak Fa, Ejay dan Nasyat) dorang naik flight dari Kota Bharu sampai KLIA2 pun dalam jam 11PM .. terus je gerak jumpa dorang kat Starbucks (departure hall), sebab 1st jumpa kan..kita icebreaking je apa yang patut.

Lebih kurang sejam lebih lepas tu akak aku sampai dengan Amie sekali (geng bawa Nasi Brahim) kitorang. briefing sikit pasal trip kitorang dan ready nak chek in + drop luggage.. nasib takde yang lebih kilo..ahaha

our 1st group selfie
(From left: Nasyat, aku, Amie (depan), Zila, kak fa dan Ejay)


    

Disebabkan flight awal pagi, tak sempat pun nak tidur..Lepas dah settle check in, drop luggage kitorang pun masuk la balai berlepas. Si kakak dengan yang lain lepas je lalu auto gate..Bila turn aku tak pula lepas padahal dah dua kali cuba.. masa ni dah cuak takut tak lepas imigresen je sebab PTPTN (kononnya)..tapi aku dah clearkan nama sebelum tu, macam impossible pula tak lepas..Kena la pindah beratur panjang dekat kaunter yang ada pegawai. Tunggu satu hal lagi, lambat sebab masa ni banyak jemaah umrah nak check imigresen juga nak berlepas flight pagi..yela musim umrah kan banyak je tengok jemaah beratur kat airport. Dah sampai turn aku, sekali lagi cuak bila pegawai yang tengok pasport tu belek2 je kita punya sambil tanya soalan "Ohhh pergi Jeju..Jeju kat China eh? pergi study ke bercuti? aku be like WHAATT??? hahaaa

Buat lawaklaaaaa abam imigresen tu...aku nak gelak2 pun tak jadi sebab nervous kalau2 la pasport tak lepas..sekali soalan cepu emas pula dia tanya. hahaa dengan muka masih cuak jawab kat Korea la bang..maybe staff2 kat airport banyak lagi tak tahu kot flight direct KL-Jeju tu sebab yela baru lagi dibuka.

Dah settle semua, passport pun alhamdulillah lepas... lega rasanyaa...tak sabar nak masuk tandas nak mandi nak tukar baju sebab dah lama pakai baju yang sama dari KK lagi. Nasib tak rushing nak masuk kapal, sempat solat Subuh semua. Sebelum jam 7 pagi dah ready nak masuk kapal..


Depart to Jeju...wehoooo..


Tapi tak ada sangat nak dibuat sepanjang flight tu kami bantai tidur jelaaa...bila turn makanan ready to served baru bangun sebab Ejay memang booking sekali makanan untuk kami semua. Kapal pula memang banyak pelancong Korea, nak balik kampung sekali kot..ahaha


Menu dalam flight kitorang 
(teringat sorang budak Korea tu duduk seat di laluan tengah dok usha baiikk jer tengok kitorang makan eskrim tu..sampai serba salah nak makan sebab dia asyik tengok je) 


Akak aku pula mulut puaka tak boleh blah sebelum announcement landing tu, dari atas lagi dia dah bising mana landasan, sebab kapal tu lalu atas lautan je dari tadi tak nampak daratan pun.siiooottt~~ Rupanya landasan dorang di hujung2 tebing lautan laa baru nampak..aku pun cuak juga sebab takut TERimagine yang bukan2 karang..

view dari tingkap

lepas dah selamat landing atas daratan


And after 6 hours, we safely arrived and landed in Jeju..like waaaa betul ke dah sampai? 



Masa ni cuaca dalam 6-9 darjah celcius ke macam tu..keluar kapal je terus pakai winter coat sebab dah terasa sejuk. Aku, kakak dengan Amie lupa nak isi form imigresen yang dah dibagi dalam kapal sebab layan tidur...bila dah beratur dalam barisan kat airport tu baru kitorang gelabah nak isi, ada sorang staff suruh kitorang ambik masa kejap untuk isi form sebelum boleh lepas keluar. Nasib la tak lama proses di airport dorang ni, maybe sebab tak banyak flight international kan (Jeju airport ni kiranya domestic airport) di Korea sama macam Gimpo airport..laluan yang nak ke Jeju, Busan. Tak besar macam airport antarabangsa Incheon..


Teruja bila dah nampak Hangul (korean words) sana sini :p



Yeaaayyy ..bukti yang dah sampai..

Masa ni mengharap la konon terjumpa retis kpop 
(sebab ada event kpop di Shinwa world Jeju)

Too bad, retis kesayangan aku HIGHLIGHT dah sampai Jeju waktu pagi, 
kami pula sampai dah petang

Lepas dapat beg semua kitorang keluar pergi tanya kaunter kat dalam pasal sewa kereta semua.. Kami kena ke kawasan parking bas di luar airport, menunggu shuttle bas untuk ke tempat kereta sewa (Lotte Rent A Car). Masa keluar airport kitorang semuaaaa jakun! sebab apa? 

1. Cuaca makin sejuk 
2. Bila bercakap masing2 keluar wap dari mulut (macam k-drama selalu tuuh)
3. SALJI TURUN WEEEHHH!! How lucky we are~!
Kami semua kecoh siap buat live FB, Insta semua tapi tak sempat pon nak lama2 sebab salji dah stop
(Even tak la lebat kan, merasa kejap juga lah, lepas tu hujan renyai turun)


we are the sisters >_<


Sambung perjalanan kitorang ke kawasan shuttle bas di luar aiport, masa ni memang angin sejuk gila. Nak cakap pun menggigil dengan snow pun turun malu-malu je




 Kawasan parking bas 



Lepas dah naik bas, gerak ke company kereta sewa tu jarak dari aiport mungkin dalam 5-10 KM kot. Dalam 10 minit macam tu dah sampai..


Dan masa kitorang sampai pun, snow turun lagi..dan lagi lebat banding kat airport..memang menampar-muka lah...dan sempat tadah rupa salji yang sebenar..
haha ais je pon..

rupa salji yang dah mencair...seciput je



Dah dapat kereta settle, dapat kereta seat untuk 6 orang tapi kat belakang letak luggage agak sempit jugalah..maka bergerak lah kami menuju hotel..anggaran masa nak sampai dalam setengah jam atau nak sejam juga kot..sempat la meninjau-ninjau tengok view Jeju City sebelum gelap. 


GPS dalam kereta sewa..sangat membantu! Boleh taip nama tempat dan bagi the exact direction. 
Nak lagi senang bagi masuk je no.gps tempat 


Oh ya nak bagi info sikit pasal pemanduan dan tempat-tempat di Jeju..

Untuk pengetahuan, Pulau Jeju ni memiliki keluasan hampir tiga kali keluasan Singapura, kebiasaannya ambil masa selama empat hari untuk anda lawati hampir setiap lokasi menarik kalau menyewa kereta macam yang kami buat lah..Tapi itu pun tak cukup habis round lagi walaupun 4 hari stay..Kereta di sini pula dipandu sebelah kiri. Bagi yang belum biasa it's okay you will get used to it..View memandu yang lain berbanding di Malaysia yang drive di sebelah kanan. Kena patuh dan ikut had laju yang dah ditetapkan dan gps akan keep remind pasal had laju, bila ada bonggol dan juga speed camera. Nanti kalau terlanggar rules jalan raya kat sini tak pasal pula nak bayar denda dan saman. Kena beringat yeee. 
Pemanduan di sini pun agak mudah sebab Jeju tak sarat atau semak dengan trafik. Tak akan sesat selagi berpandukan sistem GPS. Sistem GPS ni pula digunakan untuk memudahkan pelancong dan juga penduduk tempatan bergerak dan menuju ke destinasi pilhan. Bila dapat kereta sewa, jangan terkejut kalau tengok tulisan Korea a.k.a Hangul.. DIRECTION akan diberitahu in English.. masukkan no gps tempat yang hendak dituju. tapi boleh je request nak gps versi English kat kaunter sewa kereta nanti.


Kod lokasi di Jeju adalah +64
Jadi boleh masukkan nombor lokasi (gps) 7 nombor untuk tempat yang nak dilawati..


CONTOHNYA:





  • Jeju International Airport – 797-2525
  • Cheonjiyeon Waterfall – 733-1528
  • Seongsan Ilchulbong – 783-0959
  • Seongsan Port – ferry to Udo Island – 782-5671
  • Hallasan National Park – Eorimok Trail – 713-9950
  • Udo Island – Seobinbaeksa Beach – 728-3393
  • Jeju Love Land – 712-6988
  • Lotte Mart Jeju – 798-2500
  • Dongmun Traditional Market – 752-3001
  • Gwandeokjeong Pavilion – 728-8665
  • Jeju National Museum – 720-8000
  • Jeju Stone Park – 710-7731



  • * Boleh google lagi untuk tahu no. gps tempat yang lain*


     Patung batu simbolik di Jeju.. Dol Hareubang

    Masa kami datang ada tempat yang baru lepas hujan jadi cuaca redup je..

    View sepanjang perjalanan kami nak ke hotel..
    masa ni da masuk kawasan berdekatan laut lah.
    Hotel banyak, cafe, coffee shop, convenient store 7E dan sama jenis pun berlambak kat sini


    Dalam jam 5 petang macam tu..akhirnyaaaa sampai juga di hotel kami..
    Benikea Hotel, Jeju City
    Masa ni dah hampir Maghrib memang dah nak gelap pun.
    Waktu korea sejam awal dari Malaysia = GMT +9.00 KST (Korea Standard Time) 


    Bilik Deluxe Twin Room
    Dengan view menghadap laut



    Malam baru kami sambung keluar lepas dah mandi, solat jamak Asar dan Zohor, settle Maghrib semua (sebab bermusafir kita solat jamak je) mudah urusan. Mandi juga tau walaupun sejuk sebab dalam toilet ada heater. haha yang syioknyee dalam bilik pun tak rasa sejuk yang melampau sebab lantai dah standby pasang heater..good job la pihak hotel..sebab tau dah musim sejuk kan standby je heater supaya pelancong rasa selesa.

    Aktiviti malam kitorang plan nak ke Dongmun Market nak cari makan sebab lapar..park kereta kat bawah shopping mall di sini (sebelah kanan)

    Park entrance fee = 2,000 KRW


     Tak jumpa tempat makan best, cuci mata masuk underground mall pula
    Jeju Jungang Shopping mall

     Bersepah weeiii kosmetik kat sini..kedai yang famous brand sebelah menyebelah depan belakang je

    Etude House, Innisfree, Mamonde, Nature Republic semualah yang femes kat sini..
    kedai2 baju, fashionista pun semua ada. Tapi kedai makan je kurang.


    Lepas tu keluar pergi kedai Daiso kat sekitar kawasan berdekatan juga..Kedai Daiso kat sini dua tingkat tapi barang2 memang berbeza sikit arr dari Daiso di Malaysia. Aku sempat beli mask hitam je kat sini (my previous post ada mention). Dan masa tunggu yang lain beli barang, aku stay kat luar kedai ada la nampak sorang dua yang mabuk, dengan jalan tak betul nya. (normal view orang Korea keluar minum bila malam) tapi alhamdulillah tak ada perkara yang buruk pun jadi.


    Sempat lah beli susu femes ni
    (Coffee, banana and strawberry flavor)

    Pose, selfie kejap kat sini...
    bila dah settle semua baru perasan patung2 tu sebenarnya ada yang seksi nampak tits *uppps*
    O_O

    Dah puas, penat tak larat dah nak merayau kitorang balik hotel je lepas tu. 
    Singgah convenient store beli nasi putih, jajan sikit untuk makan kat hotel..tapi yang bestnya kedai 7E ke G25 ke semua ada sediakan microwave free untuk kita guna. nak panaskan makanan senang..

    Contoh nasi putih yang kita boleh beli di kedai 7Eleven, atau G25 atau yang lebih kuranglah
    Kitorang ambil saiz yang kat tengah tu (2,100 KRW) 
    Tapi ada harga lain kalau beli lebih dari satu, kiranya macam pek promosi la

    Balik bilik hotel, kitorang sambung makan nasi, luckily ada sambal hitam akak buat dengan nasi goreng brahim tu..buat air panas minum coffee beli kat kedai tadi...Dah kenyang semua, masa untuk berehat dan tidur sebab esoknya nak check out ke Seogwipo pula. Mungkin penangan long flight (walaupun 6 jam lebih je) tapi tetap rasa penat, tak cukup tidur sebab sambung perjalanan lepas touch down dari aiport tadi.

     Dengan itu, berakhir hari pertama kami di Jeju. 


    Banyak lagi nak di update..takpe kita slow2 je kot la ada yang nak pergi Jeju in future nanti boleh refer entry ni sebagai rujukan. Stay tuned for the next post ye.. 

    Thank you for reading :')

    Monday, January 1, 2018

    Winter Trip Jeju Island, Korea: Part 1



    Assalamualaikum. Dah masuk tahun 2018, selamat tahun baru semua. 


    Banyak benda yang jadi dalam tahun 2017. Dari yang aku tak jangka, yang tak kesampaian, patah hati semualah. Yang paling tak sangka bila aku dapat juga curi masa untuk diri sendiri merawat hati yang terluka. chewwaaahh~

    Kali ni nak share pasal trip musim sejuk aku dan geng travel si kakak ke Pulau Jeju sementara rasa teruja tu masih ada. Kitorang pun baru je balik tiga minggu yang lalu 16-19 Disember (semasa entri ni ditaip). Ceritanya, memang tak plan langsung nak keluar melancong untuk tahun 2017..sebab tahun ni merupakan starting point aku mula aktif dalam bidang fotografi secara serius. Banyak terlibat dalam ambil gambar job wedding, tunang, kenduri. Kembali aktif dengan kamera sebab masih belum dapat kerja yang tetap (hopefully soon to come).


    Dalam awal Oktober yang lalu, aku scroll timeline Facebook macam biasa, tuptup ternampak iklan dari page Air Asia mengkhabarkan yang route baru akan dibuka untuk laluan KL-JEJU secara direct flight. Dah terdetik macam best je ni kalau dapat pergi. Kalau tak dapat pergi Seoul, jejak ke Jeju pun jadilah. Harga tiket pula memang kaw2 punyer harga la bermula RM199 sehala dan return RM425.. Gilerr kau!! Murah tak murah? Bila lagi dapat pergi kan.. Aku dengan semangat terus mesej akak aku bagitau pasal promo tu blablabla..Rupanya dia dengan geng travel dia sebelum ni pun memang dah plan nak grab that chance sempena promo tengah hot lagi. Aku on the spot terus confirmkan aku nak join trip dorang kali ni. (masa ni dah mula kerja sekejap, tak fikir lagi pasal nak apply cuti segala) hahaha.. Walaupun tak dapat naik first flight pada 12.12.2017 (direct flight KL-JEJU secara rasminya) tapi kami dapat flight yang ketiga..dengan harga tiket yang murah macam tu siapa nak tolak kan?


    Lepas dah confirmkan tiket flight tu, terus la merenung gambar winter

    AWAL LAGI DAH VISUALIZE VIEW KAT JEJU..SEMANGAAT! :P


    Maka dengan itu, bermulalah misi percutian musim sejuk kami berenam. Aku, (Jila a.k.a my sis), Amie, Ejay, kak Fa, dan Nasyat. Memandangkan dah beli tiket dua bulan sebelum, banyak preparation yang mesti dibuat, sebab trip kitorang masa musim sejuk..kena banyak baca info dari blogger, fb, yang dah pernah travel ke Korea lagi-lagi Jeju masa winter. Apa nak kena bawa, dari segi pakaian, makanan, dan juga perancangan perjalanan sepanjang 4 hari 3 malam kami kat sana nanti.

    Disebabkan kami ke Jeju dalam pertengahan bulan 12, memang dah masuk musim sejuk pun. Tapi untuk pengetahuan korang, suhu sejuk di Jeju tak sama dengan suhu di Seoul yang lebih sejuk ke paras negatif (-0℃). Di Jeju, suhu paling sejuk yang sempat kami merasa hanya setakat ngam-ngam 0℃ tapi sejuk dia jangan cakaplah! Memang menggigil la sampai nak pegang air macam tak rela. Tak tipu. Kalau boleh nak duduk depan heater je terus. >_<

    Ok macam teerrrlampau panjang pula intro kan..Maaf..maaf.. ok meh kita straight to the point jela.

    Walaupun banyak dah blogger-blogger yang lain kongsikan tips untuk bercuti masa musim sejuk tak apa, kita kongsi juga di sini untuk panduan bersama. Mungkin ada yang belum pernah pergi Jeju juga kan macam kami yang 1st timer ni. sharing is a sign of concern. Masing-masing boleh dapat ilmu.



    Tips persediaan percutian musim sejuk ke Jeju:


    1. KENAL PASTI TEMPAT YANG KORANG NAK PERGI



    Ok ini based on pengalaman sendiri. Sebab memang tak pernah dan tak ada langsung target nak ke Jeju, dan aku dipertanggungjawabkan untuk susun itinerary secara details dan searah (supaya driver nanti tak pening dengan route perjalanan kami, maka aku gigihla nak study tempat-tempat yang menarik yang ada di Jeju untuk kami lawat dan singgah. Kaji sikit pasal sejarah tempat, belajar kedudukan peta, anggarkan masa perjalanan kami dari satu tempat ke satu tempat. Sebabnya, kami tak gunakan sebarang khidmat tour guide sepanjang stay kat sana. kami bergerak sendiri (sewa kereta dan drive) based on itinerary yang kami dah atur. Kami pula guna konsep berpindah hotel sebab arah kami dari Jeju City ke Seogwipo dan ke Jeju City balik. Memang kena hadam peta dan tempatlah nampaknya. (rujuk peta diatas)


    2. PEMAKAIAN DAN KEPERLUAN ASAS


    WINTER COAT

    Untuk rakyat marhein yang bukan tinggal di negara 4 musim, musim sejuk ni antara favorite season aku selain spring dan autumn. Dah nama pun musim sejuk, preparation tentang pakaian paling penting sebab kita yang akan keluar menghadap suhu sejuk jadi baju dan cara pemakaian kena tepat dan bersesuaian. Winter coat adalah benda WAJIB yang perlu ada. Tak kisah brand apa, kalau nak yang berkualiti beli di kedai yang ada jual lah. kalau nak bajet, di bundle pun ada jual tapi kena pandai pilih. Jangan main beli ja. Sama macam kalau nak beli di kedai contoh Winter Apparel. Kena tanya juga dekat staff di kedai tu winter coat yang sesuai dengan temperature semasa negara yang nak dilawat tu. At least pilih kain atau material yang tebal yang boleh cover sampai -10℃(in case lah suhu makin drop masa tu) . Taklah menggigil sampai ke tulang kalau pakai coat yang nipis.

    contoh winter coat yang aku guna 
    (pinjam abang punya je masa dia pergi Beijing dulu)



    LONG JOHN @ HEATTECH

    Dah pakai jadi sememeh ja rupa long john ni ahaha


    Yang ni memang last minute beli..lagi dua hari sebelum flight baru kecoh nak cari, sebab masa survey kat Uniqlo Imago mall, harga mahal sikit. Jadi kitorang survey kat Goin Places (Winter Apparel) kat Centre Point mall pula dan luckily jumpa yang murah. Material kain pun puas hati. Boleh cover sejuk.

    Bawa lebih baju t-shirt untuk lapis lagi-lagi kalau suhu dah makin drop. 
    (kalau long john dan winter coat masih tak membantu tahan suhu sejuk)



    GLOVES


    Bukan setakat badan ja, kalau tangan korang pun sejenis kulit nipis tembus sampai ke tulang masa musim sejuk better bawa gloves yang tebal. Ada dua pilihan nak bawa yang jenis kain atau pun yang kalis air (waterproof) untuk elak basah. At least kalau gloves yang jenis kain basah bila kena terkena air atau salji yang dah cair, boleh tukar. Nak pakai balik gloves yang dah lembap basah tu, rasanya tangan boleh jadi beku kot. (yang hitam maroon beli kat Terranova dan kelabu kat Goin Places)


    STOKIN



    Digalakkan bawa lebih dan pilih kain yang tebal dan panjang sampai ke betis. Aku memang jenis cepat rasa gatal kalau cuaca sejuk yang teramat (sampai sekarang aku konfius kenapa) kaki yang kesejukan memang mengundang untuk digaru walaupun dah pakai stokin tebal.


    MAFLA @ LONG SCARF


    Yang ini pun sangaaaaat membantu di musim sejuk. Angin sejuk yang dah menampar-nampar muka tu aku memang tak tahan sangat. Nak bercakap pun susah sebab boleh rasa kulit muka kering dan mengeras. Jadi kegunaan mafla atau long scarf korang boleh pakai dan lilit di muka untuk cover dari kesejukan. Nanti taik hidung pun boleh jadi keras tauu.. hahahaaaaa

    *kalau nak lagi senang bawa mask muka. Aku tak bawa dari Malaysia, ended up beli mask hitam di kedai Daiso masa kat sana. satu mask kena jual 1,000 KRW. 



    KASUT

    Sebab tak sempat nak beli winter boots sebelum fly tu, bantai jela pakai sneakers bermula perjalanan dari Sabah. BKI - KUL - JEJU..nak bawa kasut lebih memang takdan laaa ada space lagi dlm luggage (bawa luggage kecik je).

    Tapi ikut dan terpulang korang kalau nak bawa winter boots. lagi better nak2 kalau korang pergi ke tempat yang penuh dengan salji tebal. And yes memang jalan akan jadi sangat licin kalau bukan pakai kasut yang sesuai..confirm korang jatuh bergolek la atas salji yang dah mengeras jadi ais hahaha



    3. TOILETRIES

    Untuk barangan mandian semua tu, aku bawa pencuci muka, sabun buku. Kat hotel, dalam tandas dah disediakan juga ubat gigi, sabun, syampu, berus gigi semua. nasib juga lah berus gigi + ubat gigi ada disediakan sebab boleh pula terlupa letak dalam beg. hahaha


    LOSYEN + KRIM + UBAT ANGIN + VASELIN

    Ini pun antara perkara yang sangat penting dan kena teliti. Sebab pergi masa winter, cuaca sejuk dari pagi sampai ke malam. Tak kisah la cuaca pagi panas, matahari tegak, terik ke muka tapi tetap sejuk juga wehhh...mulut berasap2 bila bercakap.. Jadi alatan dan keperluan diri memang penting. standby bawa losyen badan untuk elak kulit kering..kalau muka dah rasa kebas cepat2 calit losyen atau moisturizer kat tangan atau muka untuk elak kulit mengelupas. Tapi sebab masa pergi jari aku dah ada ekzema bila sampai Jeju makin kering sampai boleh luka dan berdarah.  


    TISU + TISU BASAH + SANITIZER + BOTOL KOSONG

    Sebab apa? senang guna bila nak 'answer the call of nature' atau nak poo poo ke nak shiiishiii ke. 
    Kat Korea tak ada paip dalam tandas melainkan tandas (bidet) ada button function macam kat airport. Aku perasan masa kat sana ada tandas yang bidet akan ada sekali dengan button semua tu tapi mostly memang tak ada pun. Dan di sini pentingnya untuk bawa BOTOL KOSONG ke mana-mana anda pergi. Senang nak isi air dan bersihkan apa yang patut sebab kat sinki di luar tandas je ada air. 


    UBAT-UBATAN

    Pergi tempat orang yang jauh dari tanah air, sediakan lah payung sebelum hujan. Maksudnya untuk elakkan kita jatuh sakit di negara orang (alhamdulillah sepanjang di sana tak ada kejadian yang memudaratkan) bawa ubat-ubatan yang membantu perjalanan kita. Macam panadol, ubat gosok, minyak kapak atau balsam. ubat selsema pun kena ada in case tak tahan sejuk dan mula bersin-bersin nanti.. cepat2 lah makan ubat. 



    * akak aku hidung dia sampai berdarah sebab suhu terlampau sejuk*



    4. DUIT TUKARAN (KRW)


    Kalau tak nak kelam kabut masa kat sana nak guna duit segala kan in case ada  emergency, better bawa siap2 duit Won dari Malaysia. Aku dengan akak aku kitorang share expenses tukar RM1400 dapat 370,000 KRW. Cukup dan memang bajet habis lah kitorang masa kat Jeju. tak shopping sakan pun. Sebab kitorang banyak guna Won juga kat sana, nak bayar kereta sewa, entrance fee tempat2 yang kami singgah dan beli jajan dan duit makan. Kena rajin tengok tukaran duit. Masa aku tukar kat money changer rate tinggi kot. :'(


    RM3.73 = 1000 KRW

    Tak dapat nak beli rate yang bawah 3.50.. 



    5. KHIDMAT KERETA SEWA

    Macam yang aku dah mention kat atas, winter trip kami ni memang berkonsepkan backpackers punya. Hari2 kitorang angkut luggage masuk dalam kereta sewa lepas check in, check out dan bergerak sendiri tanpa guna mana2 tour guide. Untuk kereta sewa, kawan akak aku Ejay yang urus dan booking. Sewa kereta dari web tapi booking je dulu. Bayar masa kat kaunter nanti bila dah sampai. Kami guna kereta sewa dari lotte rent a car. Ada shuttle bas dari airport untuk ke tempat pick up kereta sewa. Ada banyak lagi yang tawarkan servis kereta sewa untuk korang kalau nak driving sendiri di Jeju. Rajin2 google yerr :)





    6. MAKANAN 


    Kalau melancong tak kisah la ke mana pun dalam atau luar negara, bab makanan mesti akan jadi keutamaan. Makan di mana, nak makan apa.. Lagi2 kat tempat yang susah nak cari makanan halal. Cara selamat dan untuk jimatkan duit belanja, kami bawa stok makanan dari Malaysia. Akak aku masak dan bawa sambal hitam senang nak makan dengan nasi. Amie pula bawa nasi goreng kampung Brahim sekotak besar taaauu..Beli direct dari kilang lagi. haha.. tapi da keluarkan dari kotak dan letak dalam luggage yang memang khas untuk makanan..ada 18 pek dan dah bajet untuk kami 6 orang sepanjang 4 hari kat Jeju. 

    Tapi memang sangat susah untuk mencari makanan halal di Jeju sebab salah satunya komuniti Muslim sangaaaat sedikit di sana. Berbanding di Seoul atau pun Busan yang memang dah expose dengan Muslim tourists ada tempat yang mudah nak dapatkan makanan halal. Contoh macam kat Itaewon, Busan pula berlambak seafood. Sebab tu anda kena hati-hati kalau nak mencuba makanan di Jeju. Makanan yang paling femes kat sana kebanyakan tentang Black Pork'. Hampir semua kedai makan boleh jumpa sign oink oink yang hidangkan menu tersebut. Jadi elakkan makan sebarang daging semasa bercuti di sana. Pilih menu berasaskan sayur atau seafood sahaja. 



    7. PENGINAPAN

    Sepanjang percutian 4 hari 3 malam di Jeju, kami bermalam di dua tempat yang berbeza. Hari pertama dan ketiga kami menginap di tempat yang sama iaitu Hotel Benikea yang terletak di Jeju City. Hari kedua check out dan bergerak ke kawasan lain iaitu Seogwipo dan di sana kami bermalam di SlowCiti Guesthouse. Penginapan kami booked melalui Traveloka.


    Booking melalui Traveloka dapat voucher dan diskaun untuk bilik yang ditempah.


    Recommended:

    Hotel Benikea, Jeju City - view menghadap pantai dan laut, cantik! ada 7E di sebelah hotel

    SlowCiti Guesthouse, Seogwipo - Berdekatan dengan kedai-kedai, night market (city view)




    8. WIFI ROUTER + TRAVEL ADAPTER

    Untuk wifi, kak Fa yang urus. Sewa kat kedai gadjet di KLIA2 untuk 4 hari bersamaan dengan RM67 (deposit RM200)

    Travel adapter jangan lupa bawa. Power bank, plug adapter and make sure bawa plug yang betul. Suis di Korea adalah dua lubang macam yang di bawah ni.




    9. INTERNATIONAL DRIVING LICENSE

    Sebab kami sewa kereta dan bergerak sendiri tanpa hire tour guide. Ejay dah buat lesen memandu antarabangsa siap2 di Malaysia untuk membolehkan dia memandu di luar negara. Macam mana nak buat? Pergi ke JPJ, buat permohonan untuk lesen memandu antarabangsa dan cas dikenakan sebanyak RM150 untuk tempoh setahun. Pastikan lesen memandu antarabangsa ni dah dibuat sebelum korang travel. Kalau tak memang tak dapat lah nak sewa kereta dan feeling memandu di sebelah kiri.


    Ada info yang aku terlepas pandang ke yang belum share lagi? 
    Ehh mestilah adaaaaaa


    YANG PALING PENTING SEKALI

    |
    |
    |
    |
    |

    TIKET KAPAL TERBANG + PASSPORT

    Macam mana nak travel kalau pasport, ticket flight tak ada kan?? Aiguuuu

    Jadi, korang kena stay alert dan rajinkan tangan untuk stalker web airlines kot2 rezeki dapat beli dan grab tiket yang murah kan. Ada promosi free seat ke, promo harga gedebuk ke tak kisah la dari mana2 airlines Air Asia ke, MAS, Korean Air dan yang lain lagi tu.

    Passport pun jangan lupa bawak pula. Dah beli tiket kapal semua tetiba lupa bawa pasport bila nak lalu kaunter imegresen atau auto gate..tak ke nanti ada yang menangis terduduk bagaikan melukut di tepi kaunter :p sebab apa?..sebab dah termissed flight. 

    JANGAN WEEEIII...

    Boleh meraung nanti kat aiport habis segala duit burrrnnn! Jadi drama airport pula nanti. Dan pastikan kalau dah ada passport tu tempoh sah perjalanan masih valid dan untuk expired lama lagi, belum tamat tempoh dan daaaan....siapa yang jadi peminjam PTPTN tu check dan periksalah nama online dalam sistem.  mana tau pula dah ready semua tapi bila kat imigresen tak lepas sebab ada tunggakan.. nama dah blacklist pun. JANGAN!!

    Bayar hutang okeey...nanti tak dapat nak keluar travel..melepasss

    [peringatan untuk diri sendiri juga] hahaha



    Oklah. Rasanya untuk perkongsian kali ini cukup untuk persediaan dan keperluan untuk bercuti masa musim sejuk. Next entry aku update tentang pengalaman perjalanan dan tempat yang kami lawat pula beserta itinerary yang lengkap. Stay tuned tau!

    Kalau nak share any tips boleh la drop comment ye..

    Thank you for reading.. ;')




    I like you the best