Skip to main content

KISAH KITA . . .kebetulan? Bab 1

BAB 1


Hal yang terindah yang berlaku dalam hidup. Belajar peringkat ijazah dah selesai. Aku dah berjaya dapatkan scroll ijazah aku di usia 23 tahun. Alhamdulillah. Permohonan untuk bekerja dalam proses, tapi sementara tunggu panggilan kerja aku nak tenangkan fikiran dulu la. Perancangan untuk kerja sebenarnya sekejap je mungkin dalam setahun sebab aku masih kemaruk nak sambung pelajaran. Semangat sangat nak belajar. Lepas ni nak sambung peringkat Master pula. Insha Allah. Semuanya dalam perancangan yang masih sedang berusaha untuk menjadikannya kenyataan.

Dan yang lagi best bila parents aku bagi hadiah percutian ke Korea memandangkan anak kesayangan mereka ni dah habis belajar. Oh sukanya..aku sayang mereka. Tapi bercuti sorang-sorang. Eh dorang tak risau ke? Aku okay je kalau nak suruh travel sorang, sebab dah besar kan. Hehe. Taklah, memandangkan ada kawan dari Malaysia juga yang aku kenal belajar kat Korea, dia dah setuju nak tolong jadi tour guide sepanjang aku bercuti sebulan di sana nanti. Wah! Sebulan kau! Habislah liat hati aku nak balik Malaysia nanti.

            Linda Samad yang merupakan kawan aku kenal bila buat praktikal sebelum ni kat company advertising sekarang di Korea sedang belajar dan sambil bekerja di satu company media di sana. Minah sorang ni la masa zaman praktikal memang selalu melekat dengan dia sampai gelaran budak office bagi kat kami ‘Kembar Kpop’. Sebabnya kami berdua memang ada connection sama-sama minat Kpop walaupun berbeza artis. Rezeki sampai awal kat dia bila dia dapat tawaran belajar untuk ijazah kedua dalam bidang Hubungan Antarabangsa kat Universiti Konkuk. Eh tu kan tempat Dongwoon ahli Beast belajar? Ye..memang betul la tu. Sebab tu sedikit cemburu sebab janji nak sambung belajar sama-sama kan. Tapi aku cool je. Bila dah jauh tempat kami berhubung guna Twitter, Skype dan yang paling aku senang dengan Linda ni walau sesibuk mana dia belajar dengan kerja dalam masa yang sama, tumpuan dia tak terganggu walaupun Kpop dating menggoda. Boleh focus kot. Tabik spring dengan dia ni dan dia juga la yang selalu teruja tanya bila aku nak datang Korea sebab dah rindu nak makan masakan aku. Hehe penangan air tangan anak Ahmad ni. Memang sekali rasa buat rindu nak rasa lagi. *puji diri kejap*

            Esok dah nak fly, barang semua dah siap packing, macam-macam dibeli bekal untuk sebulan tinggal di Korea nanti. Yang penting baju sejuk tak lupa, sekarang walaupun musim luruh di Korea tapi musim sejuk akan berganti lepas tu. Boleh la main salji nanti kan… Baju-baju entah berapa helai aku sumbat masuk aku tak perasan, barangan makanan terutama sekali makanan Malaysia yang bakal aku rindu nak makan nanti. Diam-diam ni aku seludup bawa masuk belacan, sambal cili yang dah berbalut tebal dalam kotak. Hehe Linda mesti melompat macam monyet nanti bila tau aku bawa sambal cili sebab dua-dua kami ni gila pedas. Selagi bibir comel ni tak kemerahan selagi tu tak ummphh.. Apa lagi barang dah setel? Pakaian, checked. Makanan, mee segera, minuman packet (Milo/Vico/Teh) checked. Laptop, kamera, MP3, checked. Benda-benda lain dokumen penting, passport semua pun dah setel kat bag galas. Ringkasnya, aku bawa 1 beg bagasi besar, 2 kotak yang penuh dengan makanan, 2 beg spare takut balik Malaysia nanti barang bertambah sebab orang rumah, kawan-kawan kat sini banyak yang kirim. Dah nasib Mai, ko gi bercuti tapi macam nak gi memborong barang. Hihihi

            Perjalanan dari tempat aku ni nak ke Korea jauh sangat. Kalau fikir travel dari Kuala Lumpur ambik masa 6 jam je. Tapi memandangkan aku dari Kota Kinabalu, dah alang-alang ada flight terus ke Incheon, Korea naik Korean Airlines, tak perlu la aku nak transit kat KL lagi. Dan nampaknya punggung aku kena bertahan duduk di kerusi kapal selama 10 jam. Mak aih.. Sengal la belakang aku.. Sabar ya Mai.. nanti dalam kapal ko tidur la. Bangun nanti dah sampai. Hatiku berbisik.

            Ini adalah panggilan pagi pesawat KE674 ke Incheon Korea, sila berada di pintu 10 sekarang, terima kasih. Panggilan yang bergema di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).. Ya itu dia panggilan masuk untuk flight aku. Aku ni nak pergi bercuti je tapi yang menghantar gi airport macam 1 kampung.ish3.. Nanti sampai sana jangan lupa bagitau, buat roaming ka boleh call kami di sini, atau pun update bagitau di mana buat apa, okay..blablablaa.. Ok parents aku dah mula bermukadimah dengan ayat panjang.. ayah aku la paling risau tu tak pernah lagi anak dia ni berjalan jauh sorang tapi aku dah yakinkan aku okay, tak payah nak risau sebab ada kawan kat sana. Peluk aku macam tak nak bagi lepas..eehh aku bercuti sebulan tapi emosi terlebih dorang ni. Aku senyum sendiri je tengok gelagat masing-masing bila dah masuk balai pelepasan. Padahal dalam hati sedih juga dorang tak join aku sekali boleh tambah pengalaman.

            Dalam kapal ni, aku rasa selesa walaupun memang rata-rata penumpang kapal ni adalah orang Korea yang ulang-alik dari KK-Korea atau pun vice versa. Pengumuman keselamtan pun dalam Korea dan English. Keadaan kapal yang memang sangat puas hati, Tak risau sebab pihak pengurusan Korean Air tau penumpang mereka kebanyakannya Muslim, jadi makanan halal ada disediakan tanpa alcohol atau yang boleh meragukan. Ni pun lepas dapat sumber info dari kawan-kawan ayah aku yang selalu jadi penumpang tetap flight ni. Syukurlah.. Tahap Korea aku pun Alhamdulillah setakat ni dah banyak peningkatan. Aku boleh sembang dengan ahjumma (makcik) yang duduk sebelah ni dengan yakin. Walaupun aku sebenarnya takut nak tegur.


            Perjalanan sepuluh jam yang memenatkan, bila mata dah berat, telinga pun dah hanyut melayan lagu Kpop, akhirnya aku terlena dengan senyuman di bibir. Korea, akhirnya aku datang. 

Popular posts from this blog

Pesta Kaamatan (Sabah Harvest Festival)

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan! Hehehe...apakah yang sedang dibebelkan tu? opppss..saya bukan mencarut ar....ni la ayat yang paling femes orang sabah selalu cakap kalau tiba ja penghujung bulan Mei..mau tau kenapa? begini..ayat tu sebenarnya merupakan ayat macam ucapan la lebih kurang...ucapan sempena sambutan Kaamatan (satu pesta yang diraikan di Sabah) Tau apa pula tu pesta kaamatan?okay ni saya nak cerita latar belakang, sejarah, topik pasal festival ni..baca betul2 tau.. Latar belakang (sumber dari wikipedia) ^_^ Tadau Kaamatan Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi . Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan K...

Winter Trip Jeju Island, Korea: Part 1

Assalamualaikum. Dah masuk tahun 2018, selamat tahun baru semua.  Banyak benda yang jadi dalam tahun 2017. Dari yang aku tak jangka, yang tak kesampaian, patah hati semualah. Yang paling tak sangka bila aku dapat juga curi masa untuk diri sendiri merawat hati yang terluka. chewwaaahh~ Kali ni nak share pasal trip musim sejuk aku dan geng travel si kakak ke Pulau Jeju sementara rasa teruja tu masih ada. Kitorang pun baru je balik tiga minggu yang lalu 16-19 Disember (semasa entri ni ditaip). Ceritanya, memang tak plan langsung nak keluar melancong untuk tahun 2017..sebab tahun ni merupakan starting point aku mula aktif dalam bidang fotografi secara serius. Banyak terlibat dalam ambil gambar job wedding, tunang, kenduri. Kembali aktif dengan kamera sebab masih belum dapat kerja yang tetap (hopefully soon to come). Dalam awal Oktober yang lalu, aku scroll timeline Facebook macam biasa, tuptup ternampak iklan dari page Air Asia mengkhabarkan yang route baru akan d...

Sejarah nahas yang terburuk di Sabah

I'M A SABAHAN  Nahas udara tidak kira melibatkan kapal terbang atau helikopter, sememangnya mahu dielakkan semua umat manusia, namun ia berlaku juga kerana pelbagai faktor seperti mekanikal, teknikal, cuaca, landasan, masalah pesawat dan kecuaian manusia. Berikut beberapa kejadian nahas udara terburuk yang pernah berlaku di bumi Sabah, sebagai iktibar dan pengajaran kepada semua. Marilah kita sama sama mendoakan semoga roh kesemua mangsa dalam nahas itu, diberkati dan ditempatkan di kalangan orang Soleh. Amin. Tun Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang terkorban dalam nahas udara 7 Jun 1976. Nahas itu menggemparkan Malaysia dan dunia. Ketua Menteri Sabah, Tun Mohd Fuad Stephens dan 10 yang lain termasuk menteri kabinet, terkorban apabila pesawat Nomad milik Sabah Air, terhempas kira kira 2 kilometer dari landasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Kejadian berlaku ketika pesawat hendak mendarat di Kota Kinabalu dari Labuan. Saksi mendengar dentuman di...