Aku nak tanya korang...pe penyakit yang paling dan sangat bahaya??
tau tak pe dio???nak tau??
check it out!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam banyak-banyak penyakit, penyakit yg paling bahaya adalah sakit hati. Malahan penyakit ini juga paling sukar untuk diubati sepenuhnya. Bila hati sudah sakit, manusia boleh hilang pertimbangan. Bermakna akal bukan lagi pengemudinya. Aduh bahaya sungguh!
Kita sebolehnya mengelak dari bersua dengan orang gila a.k.a orang hilang pertimbangan. Bagaimana kalau orang hilang pertimbangan itu nampak normal di mata kasar. Lagi bahaya. Mereka ada di mana-mana. Kerana hati perkara yang berubah-ubah. Bila ia sakit, itu masa kita perlu berhati-hati. Sama ada hati kita sakit, atau hati manusia sekeliling kita yang sakit. Risikonya lebih kurang sama - bahaya.
Tahap penyakit ini pasti memerlukan dos ubat yang berbeza. Bila hati kita sakit yang teramat sangat, ada yang sanggup mengambil nyawa! Nyawa diri sendiri atau nyawa orang yang dia sakit hati. Orang melayu kita terkenal dengan sifat sakit hati dan dendam (Maaf kalau ada yang tak setuju).tp aku sangat setuju.
Buktinya bomoh ada di mana-mana. Ramai juga yang terkena penyakit ‘buatan orang’.
Bila hati kita sakit, kita bertindak membelakangkan akal. Letak mulianya manusia kerana anugerah akal. Dengan kata mudah, orang yang hatinya sakit sukar untuk menjadi insan yang mulia.
Jagalah hati (peringatan buat diri sendiri juga). Hati yang sekeping inilah penentu sifat kita...
Mengubati Sakit Hati
Sakit hati dapat dialami siapa saja, di mana saja dan bila-bila saja tanpa sedar. Bila tidak dipantau dengan cepat dan tepat, blh buat suasana hati dan pikiran jadi kacau bilau. Rasa sakit pun jadi berlarut-larut memanjang....
Tips di bawah ini mudah-mudahan boleh membuat hati anda yang lagi sesak dan kacau bercelaru kembali lapang:
1. Singkirkan dulu persoalan yang membuat hati sakit. Ingat perkara yg menggembirakan, contohnye berjaya atau kesenangan yg diperolehi selama ini.
2. Pergilah ke tempat-tempat menyenangkan atau datangi orang-orang yang bersedia dijadikan tempat curhat@meluah perasaan(janggal tak ayat aku??) haha
3. Klu masih ada yang mengganggu di hati, keluarkan apa yg dipendam dengan melakukan monolog mental di depan cermin atau tulis di tempat yg anda selalu capai (buku diary)
4. Menangislah bila perlu, atau menjerit di tempat sunyi. tak pun wat je buku lima lau rasa-rasa mcm nak pukul org (tp jgn pukul btul2 taw) nnt jd teruk pula....pukul je kat dinding rumah @ bilik..haha
5. Klu panas kat hati tu dh mula reda dah surut, cuba ingat-ingat kebaikan atau kelebihan orang yang telah menyakiti hati anda. Seburuk apa pun manusia, pasti ada kebaikannya. (betul kan)
6. Pelan-pelan maafkan dan lupakan kejadian yang menyakitkan hati tu.
7. Tanyakan pada diri sendiri, apakah anda sekarang betul-betul dah tenang/ dalam dah ready untuk jalani hari-hari mendatang dgn lebih positif..InsyaAllah....sekadar panduan....