Skip to main content

Perjalanan ke Kedah yang sangat ohsemm

Salam sabtu semua..

Alhamdulillah pagi tadi (15.09.2012) saya dan kawan (Aein) selamat sampai ke Kedah

Demi assignment kami gagahkan diri juga berjalan jauh..naik bas yang berejam-ejam juga nak sampai

nak dijadikan cerita, sat naa..

nak cakap  utara la sikit kan memandangkan dah jejak kaki ke Kedah walaupun sekejap

ni nak habaq mai, semalam kami gi terminal bas seksyan 17 awal lagi..pukul 9 lebih dah terpacak kat sana, apdahal gerakan bas jam 11:30 malam (sepatutnya)

tapi..tapi..tapi..tgh dok tunggu bas mai, (Eagle) mula lah terjadi konflik

dah lebih 10 minit lepas bas Eagle sampai, kiteorang terus la cun kan naik je terus bas..alih-alih ada sorang perempuan dok usah kami pandang slack je sebabnya no kerusi kami clash (sama) dia 5c tempat yg Aien duduk pun 5c, pa laih orang bas yg in charge tiket pun mai , dah ckp itu ini, rupanya kami yang salah naik bas, bas tu sebenarnya ke Pulau Pinang bukan ke arah tujuan kami (Alor Setar)..dgn frust kami pun terus turun bas, tak abih kat situ, ada cite lain lagi yang mai..

bas Eagle kedua sampai, kami pi lagi kat bas tapi tak naik terus, kali ni tanya orang bas dulu bas ni nak lalu Alor Setar ke ta, dah cun mmg tujuan yg sama tapi yang spoiled nyer, kami belum naik bas lagi, seat dah penuh..APA CER?? 

kami dua dah mula panas dah sebab dah jam 12 tgh malam, tak gerak lagi dari shah alam.. bincang lagi dgn orang bas tu tanya kenapa tiket masalah, jawapan yang hampeh dorang bagi kat kami

dorang salah cop tiket bas kiteorang..ermmm dari Eagle tukar ke Durian Burung pulak...Hati dah mendidih tahan marah tak tau macam mana dorang buat kerja, kelam kabut yang kesannya kena kat kami..kena la pulak tunggu bas durian burung tu..tunggu punya tunggu sampai jam 1 pagi tak mai juga bas tu..rasa nak menjerit pun ada juga kat terminal tu yela sbb dah masuk pagi, bas tak sampau, kami dah penat tunggu.

bila ada satu bas mai, kami kena suruh naik padahal bas tu bukan durian burung..nak tunggu durian burung alamatnya jam 4 pagi baru gerak..hishh menguji sgt! dah naik bas tu, jam 3:34 pagi tukar bas lagi...bas durian burung tunggu kat station SHELL..dalam hati kalau lagu ni memang dah cerah la baru sampai Alor Setar..bila dh tukar bas tu agak selesa juga sbb dapat bas double decker..duduk je terus landing ke alam mimpi..tapi tetap tak selesa sbb belakang sakit.

dlm jam 9:30 pagi kami dah sampai kat terminal Shahab Perdana Alor Setar..happy dah sbb lepas ni dah set dlm otak nak siapkan assignmen.turun bas, pegi sarapan, call aunty Wan (Mak abg Ashwad) yang nak diteu bual ni..nasib akmi baik, aunty tgh keluar pegi klinik, aunty baik hati jemput kami yang tak tau jalan ni ke rumah beliau.tunggu je kat restoran dan bila aunty dah sampai keterujaan tu tak dapat nak cover lagi..walaupun tak sempat nak tukar baju... (aunty Wan sangat peramah dan sporting)

bila dah sampai kat rumah aunty, jumpa dan salam uncle (uncle Ismail) tapi uncle tak sihat..kami pun tak nak ganggu uncle berehat, kami borak2 je dgn aunty dan sesi temu ramah pun bermula..

Alhamdulillah..dalam masa tak sampai sejam, sesi temu ramah selesai..sekejap kan..padahal nak perjalanan ke Kedah ambil masa yang lama, buat kerja tak sampai sejam..lepas tu bincang2 dgn aunty, share some opinion, experience..banyak yg kami belajar based on her advice..yelah kami as a future parents, future mother tips2 yang berguna aunty tak lokek nak kongsi..

selesai je..kami tak plan nak stay mana2 mmg plan petang terus balik shah alam je..aunty pun terkejut..ahaha nak buat pe stay lama kami pun tak tau jalan..aunty ajak juga kami tido kat umah tapi ada sepupu aunty yang nak datang, bukan masa yang sesuai la kot.kami tak kisah pun tak tido sbb niat mmg nak cepat2 balik shah alam..dan sekali lagi, aunty baik hati hantar kami balik ke terminal bas..tapi sebelum tu pegi jalan2 kejap kat area pekan, makan tengah hari (on her treat )^^

Sweet moment nya kan aunty bawak kami melawat rumah Tun Mahathir Mohammad..ohh...sapa tak teruja beb? Tak expect pun kami akan jejak kaki ke sana..jakun dan mmg jakun. sempat masuk rumah, tgk peninggalan sejarah yang ada dalm rumah tu...mmg best..thanks sgt aunty Wan..

Habis je melawat kami pegi lunch nasi beriyani..sedap tau..tapi kami tak nak lagi menyusahkan aunty, lepas makan aunty hantar kami pegi terminal bas ambil perjalanan jam 2 petang..kali ni naik Eagle juga tapi yg betul punya bas..buka jadi yang macam semalam tu..

Dan akhirnyaa..jam 10 malam tadi (15.09.2012) dah selamat sampai ke shah alam semula..excellent kan?
tak sangka kami banyak menghabiskan masa dalam bas..serius belakang sgt sakit! tido tak selesa..tapi pengalaman kan..bukan selalu dapat..dan kami sgt2 hargai kenangan yang baru tercipta ni..sebab kali pertama ke kedah...i have nice expectation of Kedah..negeri yang masih menghijau..sama macam di KK..

ok..tangan pun dah penat menulis...nak rehat ni..tapi ada juga sedikit buah tangan dari kedah untuk anda semua..sila tengok ye..hehehehe terima kasih kerana sudi membaca^^


 Muka aunty serius tapi baik.hehe (abaikan muka writers yg pucat kepenatan tu ya)

 terima kasih sudi terima kedatangan kami 

 Family potrait

There he is..abg Ashwad yang duduk paling hujung sebelah kiri




sweet moment di rumah Tun Mahathir ^^







That's all..happy reading..Assalamualaikum


Popular posts from this blog

Pesta Kaamatan (Sabah Harvest Festival)

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan! Hehehe...apakah yang sedang dibebelkan tu? opppss..saya bukan mencarut ar....ni la ayat yang paling femes orang sabah selalu cakap kalau tiba ja penghujung bulan Mei..mau tau kenapa? begini..ayat tu sebenarnya merupakan ayat macam ucapan la lebih kurang...ucapan sempena sambutan Kaamatan (satu pesta yang diraikan di Sabah) Tau apa pula tu pesta kaamatan?okay ni saya nak cerita latar belakang, sejarah, topik pasal festival ni..baca betul2 tau.. Latar belakang (sumber dari wikipedia) ^_^ Tadau Kaamatan Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi . Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan K...

Winter Trip Jeju Island, Korea: Part 1

Assalamualaikum. Dah masuk tahun 2018, selamat tahun baru semua.  Banyak benda yang jadi dalam tahun 2017. Dari yang aku tak jangka, yang tak kesampaian, patah hati semualah. Yang paling tak sangka bila aku dapat juga curi masa untuk diri sendiri merawat hati yang terluka. chewwaaahh~ Kali ni nak share pasal trip musim sejuk aku dan geng travel si kakak ke Pulau Jeju sementara rasa teruja tu masih ada. Kitorang pun baru je balik tiga minggu yang lalu 16-19 Disember (semasa entri ni ditaip). Ceritanya, memang tak plan langsung nak keluar melancong untuk tahun 2017..sebab tahun ni merupakan starting point aku mula aktif dalam bidang fotografi secara serius. Banyak terlibat dalam ambil gambar job wedding, tunang, kenduri. Kembali aktif dengan kamera sebab masih belum dapat kerja yang tetap (hopefully soon to come). Dalam awal Oktober yang lalu, aku scroll timeline Facebook macam biasa, tuptup ternampak iklan dari page Air Asia mengkhabarkan yang route baru akan d...

Sejarah nahas yang terburuk di Sabah

I'M A SABAHAN  Nahas udara tidak kira melibatkan kapal terbang atau helikopter, sememangnya mahu dielakkan semua umat manusia, namun ia berlaku juga kerana pelbagai faktor seperti mekanikal, teknikal, cuaca, landasan, masalah pesawat dan kecuaian manusia. Berikut beberapa kejadian nahas udara terburuk yang pernah berlaku di bumi Sabah, sebagai iktibar dan pengajaran kepada semua. Marilah kita sama sama mendoakan semoga roh kesemua mangsa dalam nahas itu, diberkati dan ditempatkan di kalangan orang Soleh. Amin. Tun Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang terkorban dalam nahas udara 7 Jun 1976. Nahas itu menggemparkan Malaysia dan dunia. Ketua Menteri Sabah, Tun Mohd Fuad Stephens dan 10 yang lain termasuk menteri kabinet, terkorban apabila pesawat Nomad milik Sabah Air, terhempas kira kira 2 kilometer dari landasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Kejadian berlaku ketika pesawat hendak mendarat di Kota Kinabalu dari Labuan. Saksi mendengar dentuman di...