Hai..Assalamualaikum :)
Aku pasti setiap kita iaitu manusia yang tercipta ini pasti mempunyai sebuah cita-cita, keinginan atau pun impian yang nak kita kecapi dan seboleh mungkin dicapai serta dijadikan kenyataan. Dari kecil kita berangan-angan nak jadi itu, jadi ini, nak jadi macam superman, batman, segala macam superhero la (mostly untuk budak-budak la) sebab apa yang dorang nampak dan rasa tertarik itu yang dorang nak ikut.
Tak dinafikan, aku pun macam tu juga dari kecik lagi da berangan nak jadi chef la konon sebab asyik melayan chef wan hari-hari kat tv, tetiba tukar lagi nak jadi peguam pula sebab rasa dunia tak adil dan perlukan orang yang adil macam aku (budak lagi fikiran pun terasa innocent sangat), pastu tukar lagi nak jadi wartawan (sebab pengaruh ayah kerja ketak ketuk depan komputer buat berita) jadi cikgu dan macam-macam lagi la. Yela zaman belum matang, bila rasa yang tu macam tak best tukar yang lain pula bila ditanya oleh cikgu atau parents.
Lepas tu ditanya, apa lagi korang nak buat apa bila dah besar nanti? Ikut pengalaman masa sekolah rendah, kawan-kawan banyak yang cakap nak dapat kerja bagus, nak belajar betul-betul dan ada yang straight forward punya jawapan nak kahwin.
Betul kan? Korang macam tu juga ke?
Eh terpanjang pula mukadimah.
Okay..memang berdasarkan tajuk entri kali ni aku nak bercakap tentang keinginan, nak berkongsi apa impian, apa yang aku angankan dan cita-citakan sejak dari kecik lagi yang aku harap aku dapat jadikan ianya realiti dalam masa yang terdekat atau pun coming soon in future.
Sebenarnya, bila dah masuk sekolah menengah (high school) barulah aku statik dan tekad nak ke arah impian dan cita-cita yang satu ni iaitu nak jadi seorang wartawan atau pemberita. Sebab pengaruh dari ayah aku tu memang sangat kuat yang buat aku punya semangat pun membuak nak jadi macam beliau. Hari-hari si ayah keluar pergi keja, kadangnya ke event atau function dengan bawa kamera lepas tu balik rumah terus on komputer ketuk ketuk keyboard nak buat news nak hantar kat newspaper untuk published.
Tapi ayah aku bukan official reporter kat mana-mana local newspaper di Sabah, cumanya dia ada banyak kenalan reporter bila dia selalu hantar news. Sebabnya ayah aku kerja di jabatan kerajaan negeri bahagian sebaran am yang lebih kurang tugas rasminya as a department reporter la macam tu. Secara tak langsung darah wartawan tu mengalir la dalam badan ni dan jadi penyebab aku ambil kursus kewartawanan kat Unisel tu.
aku tanya apa khabar..
Dapat jugalah merasa sekejap macam
mana dunia kewartawanan yang sebenar bila latihan industri tahun lepas
berpeluang praktikal dan bekerja di RTM Sabah as a reporter. Tahu selok belok
dunia penyiaran, dunia berita macam mana.
Rindu pula newsroom tu.
Sekarang dah habis study ni belum ada rezeki lagi involve dalam mana-mana newspaper atau pun local tv station as a reporter. Masih menunggu dan menunggu kalau ada rezeki tak ke mana kan.
Allah dah atur.
Insha Allah..
Eeeihhh belum habis lagi. Ni ada lagi nak share dengan korang tentang impian aku yang lagi satu ni. Benda ni aku dok la asyik terfikir dan berangan dah mula sebelum masuk universiti lagi, masa tu ambik STPM lagi. Impian ni pula tertangguh bila da masuk Unisel sebab da sibuk dengan dunia kampus, sampai la aku dah di tahun akhir. Impian ni macam pop out balik keluar dari sarang dan terfikir la sampai sekarang.
Nak tau tak?
|
|
|
|
|
|
Impian aku yang satu lagi ni adalah nak buka sebuah kafe atau kedai makan atau secara direct nya nak buka satu kedai kopi sendiri. Like what? Ada ka reaksi macam tu dari readers? Hehehe terkejut ke?
Haaaah…itu la sebenar-sebenarnya impian aku kebelakangan ni. Teringin nak ada kedai kopi sendiri yang aku boleh nikmati sambil bersantai dengan keluarga, kawan dan juga penggemar kopi yang lain.
Ceh! Cakap macam dah wujud satu pula kan. Haha
Kenapa kedai kopi? Kenapa tak butik, kenapa bukan restoran yang besar macam orang lain di luar sana? Korang mesti curious kan? The reason is? Okay let me explain.
- Satu – sebab aku merupakan salah seorang daripada pencinta, penggemar dan juga sorang pompuan yang sangat gilakan kopi, segala macam kopi yang ada. Latte, Americano, espresso, capucino, black or white coffee semua aku bedal. Tipula? No. I am being serious here.Sebab kegilaan tu juga la aku selalu dibisingi, dileter oleh kawan-kawan yang nasihatkan supaya kurangkan kopi, kurangkan caffeine dalam badan. Dalam sehari, aku boleh bedal 3-4 paket instant coffee dan dalam seminggu ada la dalam 10-15 paket aku minum. Belum tambah lagi dengan black coffee yang setiap hari kena ada atas meja makan. Come on guys, aku dah try kurangkan minum, tapi failed!
- Dua – sebabnya since I was a kid, aku dah terdedah dengan kopi, family aku pun memang peminum kopi. Masa kecik aku tinggal dengan makcik pakcik memang dorang peminum tegar kopi hitam. Mana taknya aku boleh lari dari terikut? Bayangkan dari sarapan pagi dah terhidang satu jug air kopi. Bila dah habis jug tu buat lagi baru yang panas, macam tu la keadaan sampai ke malam. Kiranya pantang air kopi di jug tu habis memang kena buat baru. Lepas aku dah stop menyusu botol, aku da mula minum kopi hitam tu, sarapan dengan sepinggan nasi putih berkuahkan air kopi. Itu sahaja. Nasi dan kuah kopi.
Haaahh korang ada? Pelik tak? Itu la makanan yang sebati dalam diri aku sampai la aku darjah enam. Setiap hari pagi sebelum gerak pegi sekolah, sorang-sorang dari kami (aku and 3 orang sepupu sesusuan) mesti kena hidang sarapan macam tu. (kadang bila masuk high school terbiasa juga sarapan menu yang sama bila dah tinggal dengan family sendiri)
Dan sebenarnya dah jadi tradisi pula anak-anak kepada sepupu aku pula yang teruskan menu tu suap kat anak dorang.
- Tiga – sebab aku tak minat dengan butik. Aku memang minat dengan pakaian tapi tak lebih dan aku lebih suka kepada kepuasan berdasarkan buat apa yang kita suka. Right? Lagipun sekarang dah banyak orang buka butik, kedai baju, jual jubah segala macam outfit yang ada dan korang tahu. Mesti lah tahu kan sebab korang selalu pergi butik. Hehe
Okay sekarang sambung pasal kedai kopi ni lagi. Korang rasa-rasakan, tolong bayangkan juga la diri korang macam situasi aku, sekarang perlu ke tak aku teruskan niat dan impian yang satu ni? Sebabnya makin hari, makin kuat berangan dan asyik benda sama je yang aku fikir (sebab masih belum dapat kerja) fikir yang ni dulu la.
Bagi aku, nak buka sebuah coffee shop memang kena ada bajet yang besar, kena ada financial yang stabil, high commitment dan yang paling penting selain dari bajet kena berada di tempat yang strategik yang kalau boleh tourist attraction yang dorang selalu lalu-lalang. Bukan apa memang la local people tu insha allah ada la yang datang kan tapi mana tau matmat minah salleh nak lepak ke, other tourist pun boleh join.
Lagi pun, coffee shop yang aku buka sebenarnya tak lah nak buka besar mana, aku just nak buka yang kecik, yang ala mini shops aje. Dapat satu lot kedai pun dah aku bersyukur yang pentingnya dapat lot kedai bawah (ground floor). Senang nak urus.
Dan sebetulnya aku banyak terpengaruh dengan suasana kedai kopi yang melambak kat Western sebab kalau korang rajin travel, rajin gugelkan diri kat internet survey pasal café dorang lagi-lagi yang street café, manalah besar mana pun kedai dorang. Ada yang ciput lagi dari satu lot pun mampu jadi café, jadi coffee shop. Kaaaann??
Yang ni aku perasan selain kat negara omputih tu semua, kedai-kedai, café kat Korea pun memang mostly kedainye cinonet, kecik comel-comel aje.
Jujur, aku memang nak buka coffee shop yang berinspirasikan ala-ala Korea gitu. Hehehe
(itu la yang aku nak sebenarnya)
Macam ni..
comel-comel je kaann
Berkonsepkan modern woods, pastel background.
Masha Allah, bayangkan je dah rasa seronok sangat
Guna pula mesin kopi sekiut ini. Memang rasa nak buka satu jela sekarang
Tapi bila sebut je coffee shop yang tak boleh nak elak semestinya lah kopi kan. Jenis kopi, mesin kopi, cawan semua tu. Dan mesti terbayang padanan sesuai yang selalu korang nampak di kedai kopi tu pula mesti ada kek, mesti ada manisan lain macam waffle, bread, muffin, macaroon semua tu. Bagi korang menu-menu macam tu wajib ada kan?
Like this
this
Yes, aku tak nafikan orang selalunya datang makan minum kat kedai atau coffee shops ni mesti la nak santai dan yang menjadi perhatian adalah pilhan menu.
But for me, selain dari menu yang memang memang trend sekarang, aku pula lebih tertarik nak letak dalam pilihan menu ialah pilihan makanan daripada kuih-kuih tradisional. Pelik? Tak. Bagi aku tak pelik dan bila Allah bukakan pintu rezeki untuk aku realisasikan kedai kopi impian aku, memang ini yang aku nak buat.
Nak lari dari kebiasaan coffee shops yang ada. Aku nak promosikan kuih-kuih tradisional yang menjadi kebanggaan aku, yang aku tak jemu nak makan dan beli setiap kali ke pasar atau ke tamu.
Mungkin aku nak masukkan dalam menu nanti salah satunya kuih macam bingka ubi ke, lepat pisang ke, atau kuih lain yang ada kat Sabah ni. Tak perlu nak malu kan nak bagi pelancong tahu lebih pasal makanan tradisi kita. Tak perlu nak segan pamer kuih-kuih tu kat food showcase dalam kafe.
Banyak lagi la yang aku terfikir nak shortlisted
Yang ni contoh je
(sumber dari google)
Tengok pun dah terliur
Nak bayangkan reaksi, mimik muka pelanggan yang datang kedai makan dan rasa kuih-kuih tradisi kita sambil minum kopi panas, minum latte ke, espresso ke. Tak ke heaven tu, bila fikirkan je aku macam melayang-layang dah sekarang.
Like this, sooo matching kan??
(sumber google)
Ya Allah…
Yang Maha Memiliki, Yang Maha Pemberi.
Semoga impian yang satu ini menjadi kenyataan.
Maaf la kalau perkongsian impian ni souds ridiculous atau macam tak kena je denagn pemikiran korang kan. Korang pun boleh share juga apa impian korang atau apa yang korang cita-citakan dan nak ia jadi kenyataan? Boleh tukar pandangan, exchange view and opinion among bloggers.
Bagi korang-korang yang mana sudi luangkan masa baca entri yang panjang lebar ni. Doakan tau semoga impian Mai yang dah lama dirancang ni menjadi realiti. Mungkin bukan sekarang, tapi target aku nak kalau diberikan rezeki tu awal, dalam tempoh 2-3 tahun dari sekarang aku nak dapat lihat dan buka satu kedai kopi sendiri macam yang aku ceritakan dan bayangkan di atas.
Sama-sama doakan ya.
Terima kasih.
Untuk doa.
Dan untuk masa aku pinjam kejap untuk korang habiskan pembacaan.
Terima kasih.
My mom pula bila dah slow talk dengan dia pasal impian ni pula kata go on je
Hal bajet mungkin sikit-sikit dia boleh tolong (tapi aku refused tak nak dulu)
Dia pun nak tengok dan harap boleh jadi kenyataan.