selamat menyambut nisfu syaaban
KELEBIHAN NISFU SYAABAN
Dalam Raudatul Ulamak dan diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Yang bermaksud, Tahukah kamu kenapa bulan ini dinamakan Syaaban? Para sahabat menjawab: Allah dan RasulNya mengetahui. Baginda bersabda: Ianya dinamakan demikian kerana bercabang-cabang dan banyak kebaikan padanya.
Firman Allah,
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ.
Yang bermaksud, Pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).
Al-Dukhaan: 4
‘Ikrimah dan sebahagian ulamak tafsir menjelaskan bahawa perkataan malam pada ayat ini bermaksud malam nisfu syaaban.
Di sini dinyatakan kelebihan malam nisfu Syaaban sebagaimana sabda Nabi saw,
Yang bermaksud, Rasulullah saw telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar.
(Riwayat Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah saw,
إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ يَنْزِلُ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا لَيْلَةَ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لأَكْثَرَ مِنْ شَعْرِ غَنَمِ بَنِى كَلْبٍ.
Yang bermaksud, Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban maka diberikannya keampunan terlebih banyak daripada bulu kambing Bani Kalb.
(Riwayat daripada Imam Ahmad, al-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Terdapat pula dalam hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah saw telah bersabda,
Yang bermaksud, Jibril a.s pernah datang kepadaku pada malam Nisfu Syaaban seraya berkata: Wahai Muhammad, inilah malam yang dibuka padanya pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat. Maka bangunlah kamu, bersolatlah dan angkatlah kepala dan kedua tanganmu ke langit. Maka aku bertanya: Wahai Jibril malam apakah ini? Maka jawabnya: Inilah malam yang dibuka padanya tiga ratus pintu rahmat, Allah mengurniakan keampunan bagi mereka yang tidak menyenyutukan sesuatu dengan Allah dan rahmat ini tidak diberikan kepada tukang sihir, tukang tenung nasib, orang yang bermarah-marahan, orang yang kekal meminum arak, orang yang berzina, orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada ibu bapanya, tukang mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya mereka itu tidak diampunkan sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut. Lalu Nabi saw pun keluar dan bersolat sambil menangis dalam sujudnya dan diucapkannya: Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada seksaan dan kemurkaanMu. Dan tidaklah aku dapat menghitung segala pujian kepadaMu, Engkau sebagaimana Engkau memuji diriMu sendiri maka bagiMu segala pujian sehingga Engkau redha.
Imam Syafi‘e berkata: Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam Nisfu Syaaban.
Daripada Saidina Umar Abdul Aziz r.a, beliau menulis kepada pegawainya di Basrah:
Bagi kamu empat malam yang istimewa dalam setahun. Pada malam tersebut Allah mengagihkan kerahmataNya sepenuhnya. Malam-malam itu ialah malam awal Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Idul Fitri dan malam Idul Adha.
Apabila tiba bulan Rejab, Rasaulullah saw berdoa dengan doa ini,
اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَب وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
Justeru, pada Nisfu Syaaban kita digalakkan untuk berpuasa di siangnya serta menghidupkan malamnya dengan memperbanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran, beristighfar dan melakukan solat sunat. Kemudian mohonlah doa supaya diampunkan segala dosa, ditutup sebarang keaiban, dimurahkan rezeki dan dimudahkan segala kesusahan.
KAIFIYYAT MEMBACA DOA MALAM NISFU SYAABAN
Membaca surah Yasin tiga kali, tiap-tiap satu kali bacaan Yasin, dibaca satu kali doa.
Bacaan pertama dengan meminta dipanjangkan umur.
Bacaan kedua dengan niat menolak bala.
Bacaan ketiga dengan niat terkaya daripada manusia.
Rujukan:
Kitab al-Nafahat al-Nuraniyyah fi Fadhail al-Ayyam wa al-Layali wa al-Syuhur al-Qamariyah.
malam ni dah sempat menghadiri majlis baca yassin dan kenduri tahlil
juga bersempena nisfu syaaban
diharap semua ibadah dan amalan kita sebelumnya akan diterima Allah swt
MENGENALI BULAN SYAABAN & MALAM NISFU SYAABAN
Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. Masih ramai umat Islam di luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya. Sebelum itu, marilah kita sama-sama mendalami dan mengenali sedikit sebanyak info tentang bulan Syaaban ini.
PENGERTIAN SYAABAN
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabatmenjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)
MALAM NISFU SYAABAN
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaabantahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:“Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).
FADHILAT BULAN SYAABAN
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
- Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
- Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
- Bertaubat
Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhirKhamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.”
Sabda Nabi s.a.w.: “Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi:“Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.
PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN
Mengenali bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.
KELEBIHAN NISFU SYAABAN
Dalam Raudatul Ulamak dan diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أَتَدْرُونَ لِمَ سُمِّيَ شَعْبَانَ؟ قَالُوا: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمْ. قَالَ: ِلأَنَّهُ يَتَشَعَّبُ فِيهِ خَيْرٌ كَثِيرٌ.
|
Yang bermaksud, Tahukah kamu kenapa bulan ini dinamakan Syaaban? Para sahabat menjawab: Allah dan RasulNya mengetahui. Baginda bersabda: Ianya dinamakan demikian kerana bercabang-cabang dan banyak kebaikan padanya.
Firman Allah,
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ.
Yang bermaksud, Pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).
Al-Dukhaan: 4
‘Ikrimah dan sebahagian ulamak tafsir menjelaskan bahawa perkataan malam pada ayat ini bermaksud malam nisfu syaaban.
Di sini dinyatakan kelebihan malam nisfu Syaaban sebagaimana sabda Nabi saw,
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر.
Yang bermaksud, Rasulullah saw telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar.
(Riwayat Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah saw,
إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ يَنْزِلُ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا لَيْلَةَ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لأَكْثَرَ مِنْ شَعْرِ غَنَمِ بَنِى كَلْبٍ.
Yang bermaksud, Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban maka diberikannya keampunan terlebih banyak daripada bulu kambing Bani Kalb.
(Riwayat daripada Imam Ahmad, al-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Terdapat pula dalam hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah saw telah bersabda,
أَتَانِى جِبْرِيلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، وَقَالَ يَا مُحَمَّدٌ هَذِهِ لَيْلَةُ تُفْتَحُ فِيهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَأَبْوَابُ الرَّحْمَةِ، فَقُمْ وَصَلِّ وَارْفَعْ رَأْسَكَ وَيَدَيْكَ إِلَى السَّمَاءِ. فَقُلْتُ يَا جِبْرِيلُ مَا هَذِهِ اللَّيْلَةُ؟ فَقَالَ: هَذِهِ لَيْلَةُ تُفْتَحُ فِيهَا ثَلاَثُمائَةِ بَابٍ مِنَ الرَّحْمَةِ، فَيَغْفِرُ اللهُ تَعَالَى لِجَمِيعِ مَنْ لاَ يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئًا إِلاَّ مَنْ كَانَ سَاحِرًا أَوْ كَاهِنًا أَوْ مُشَاحِنًا أَوْ مُدْمِنَ خَمْرٍ أَوْ مُضِرًّا عَلَى الزِّنَا أَوْ آكِلَ الرِّبَا أَوْ عَاقَ الوَالِدَيْنِ أَوِ النَّمَّامِ أَوْ قَاطِعَ الرَّحِمِ، فَإِنَّ هَؤُلاَءِ لاَ يُغْفِرُ لَهُمْ حَتَّى يَتُوبُوا وَيَتْرُكُوا. فَخَرَجَ النَّبِيُّ عَلَيْهِ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ فَصَلَّى وَبَكَى فِى سُجُودِهِ وَهُوَ يَقُولُ: اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِقَابِكَ وَسَخَطِكَ وَلاَ أُحْصِى ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ فَلَكَ الحَمْدُ حَتَّى تَرْضَى.
Yang bermaksud, Jibril a.s pernah datang kepadaku pada malam Nisfu Syaaban seraya berkata: Wahai Muhammad, inilah malam yang dibuka padanya pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat. Maka bangunlah kamu, bersolatlah dan angkatlah kepala dan kedua tanganmu ke langit. Maka aku bertanya: Wahai Jibril malam apakah ini? Maka jawabnya: Inilah malam yang dibuka padanya tiga ratus pintu rahmat, Allah mengurniakan keampunan bagi mereka yang tidak menyenyutukan sesuatu dengan Allah dan rahmat ini tidak diberikan kepada tukang sihir, tukang tenung nasib, orang yang bermarah-marahan, orang yang kekal meminum arak, orang yang berzina, orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada ibu bapanya, tukang mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya mereka itu tidak diampunkan sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut. Lalu Nabi saw pun keluar dan bersolat sambil menangis dalam sujudnya dan diucapkannya: Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada seksaan dan kemurkaanMu. Dan tidaklah aku dapat menghitung segala pujian kepadaMu, Engkau sebagaimana Engkau memuji diriMu sendiri maka bagiMu segala pujian sehingga Engkau redha.
Imam Syafi‘e berkata: Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam Nisfu Syaaban.
Daripada Saidina Umar Abdul Aziz r.a, beliau menulis kepada pegawainya di Basrah:
Bagi kamu empat malam yang istimewa dalam setahun. Pada malam tersebut Allah mengagihkan kerahmataNya sepenuhnya. Malam-malam itu ialah malam awal Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Idul Fitri dan malam Idul Adha.
Apabila tiba bulan Rejab, Rasaulullah saw berdoa dengan doa ini,
اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَب وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
Justeru, pada Nisfu Syaaban kita digalakkan untuk berpuasa di siangnya serta menghidupkan malamnya dengan memperbanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran, beristighfar dan melakukan solat sunat. Kemudian mohonlah doa supaya diampunkan segala dosa, ditutup sebarang keaiban, dimurahkan rezeki dan dimudahkan segala kesusahan.
KAIFIYYAT MEMBACA DOA MALAM NISFU SYAABAN
Membaca surah Yasin tiga kali, tiap-tiap satu kali bacaan Yasin, dibaca satu kali doa.
Bacaan pertama dengan meminta dipanjangkan umur.
Bacaan kedua dengan niat menolak bala.
Bacaan ketiga dengan niat terkaya daripada manusia.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَـيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، اَللَّهُمَّ يَا ذَاالمَنِّ وَلاَ يَمُنُّ عَلَيْهِ يَا ذَاالجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ، يَا ذَاالطَّوْلِ وَالإِنْعَامِ، لاَ اِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ ظَهْرَ اللاَّجِينَ وَجَارَ المُسْـتَجِيرِينَ وَمَأْمَنَ الخَائِفِينَ، اَللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ كَتَبْـتَنِي عِنْدَكَ فِى أُمِّ الكِتَابِ شَقِيًّا أَوْ مَحْرُومًا أَوْ مَطْرُودًا أَوْ مُقْـتَرًّا عَلَيَّ فِى الرِزْقِ فَامْحُ اللَّهُمَّ بِفَضْلِكَ شَقَاوَتِي وَحِرْمَانِي وَطَرْدِي وَاقْتِتَارِ رِزْقِي وَأَثْبِتْـنِي عِنْدَكَ فِى أُمِّ الكِتَابِ سَعِيدًا مَرْزُوقًا مُوَفِّقًا لِلْخَيْرَاتِ فَإِنَّكَ قُلْتَ وَقَوْلُكَ الحَقُّ المُنَزَّلُ عَلَى لِسَانِ نَبِيَّكَ المُرْسَلِ يَمْحُوا اللهُ مَا يَشَاءُ وَيُثَبِّتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الكِتَابِ اِلَهِي بِالتَّجَلِّى الأَعْظَمِ فِى لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ المُكَرَّمِ الَّتِى يُفْرَقُ فِيهَا كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ وَيُبْرَمُ، أَسْـأَلُكَ أَنْ تَكْشِفَ عَنَّا مِنَ البَلاَءِ مَا نَعْلَمُ وَمَا لاَ نَعْلَمُ وَمَا أَنَتَ بِهِ أَعْلَمُ إِنَّكَ الأَعَزُّ الأَكْرَمُ، وَصَلَّى اللهُ تَعَالَى سَـيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.
Rujukan:
Kitab al-Nafahat al-Nuraniyyah fi Fadhail al-Ayyam wa al-Layali wa al-Syuhur al-Qamariyah.