Skip to main content

Hello Disember

Assalamualaikum warga blogger sekalian..




Hello December, my favorite month. 



Waahh da lama tak menjengah blog yang dah bersarang, berhabuk ni.

Last update 1-2 bulan yang lepas..maaak aih lama sangat..maaf la sebab masa tu betul-betul da sibuk dengan praktikal, ke sana sini dengan assignmentnya, lagi pula nak kena fly balik Shah Alam lepas habis je praktikal sebab kena buat presentation depan lecturer aktiviti sepanjang intenship.

Bayangkan jela, internship sepatutnya habis 28 November 2014, lecturer merangkap academic supervisor kat Unisel pula inform kat semua bebudak journalism yang intern, presentation dibuat pada tarikh tu juga, hari yang sama (28 november), mana tak kelam kabut nya mai bila dapat tau? Belum beli tiket flight lagi, belum inform supervisor kat company intern masa tu (RTM Sabah), terus rasa nak nangis je.

At the end, slow talk dengan mumy suruh belikan tiket flight sehari sebelum presentation (maknanya 27/11 da fly ke KL) yang tu da settle,

Nak bagitau supervisor tu satu hal lagi, cuak gilaa sebab masa tu newsroom agak sibuk juga la sebab baru habis persidangan DUN negeri, nak update pasal isu negeri lagi, kuatkan diri juga bagitau supervisor (seminggu awal inform) pasal apa tu ini. nasib baik kak tika a.k.a chief editor pun sempoi, baik hati bagi lepas 2 hari awal.

Bermakna lagi, mai dapat 3 hari awal habis intern disebabkan presentation sebab dorang pun tau mai kena balik ke Unisel, nak kena terbang jauh. jadi 26/11 tu mai lhari last mai kat newsroom BES, jumpa staff2 yg semua baik, boleh geng, bergambar2 lagi, dan hari last day kat kk juga, sebab esoknya dah flight ke KL

Sekarang dah selamat sampai di semenanjung, presentation pun selesai minggu lepas. Lega rasanya.
Ni pun dapat update sikit sebab ada waktu, lagi2 masa ni dah kat KL stay kat rumah akak..nanti nak kena balik Shah Alam lagi ambik barang yang lain.

Okay la nak update tu aje,,,bye2..
terima kasih kerana sudi membaca.
^_^

Popular posts from this blog

Pesta Kaamatan (Sabah Harvest Festival)

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan! Hehehe...apakah yang sedang dibebelkan tu? opppss..saya bukan mencarut ar....ni la ayat yang paling femes orang sabah selalu cakap kalau tiba ja penghujung bulan Mei..mau tau kenapa? begini..ayat tu sebenarnya merupakan ayat macam ucapan la lebih kurang...ucapan sempena sambutan Kaamatan (satu pesta yang diraikan di Sabah) Tau apa pula tu pesta kaamatan?okay ni saya nak cerita latar belakang, sejarah, topik pasal festival ni..baca betul2 tau.. Latar belakang (sumber dari wikipedia) ^_^ Tadau Kaamatan Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi . Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan K...

Winter Trip Jeju Island, Korea: Part 1

Assalamualaikum. Dah masuk tahun 2018, selamat tahun baru semua.  Banyak benda yang jadi dalam tahun 2017. Dari yang aku tak jangka, yang tak kesampaian, patah hati semualah. Yang paling tak sangka bila aku dapat juga curi masa untuk diri sendiri merawat hati yang terluka. chewwaaahh~ Kali ni nak share pasal trip musim sejuk aku dan geng travel si kakak ke Pulau Jeju sementara rasa teruja tu masih ada. Kitorang pun baru je balik tiga minggu yang lalu 16-19 Disember (semasa entri ni ditaip). Ceritanya, memang tak plan langsung nak keluar melancong untuk tahun 2017..sebab tahun ni merupakan starting point aku mula aktif dalam bidang fotografi secara serius. Banyak terlibat dalam ambil gambar job wedding, tunang, kenduri. Kembali aktif dengan kamera sebab masih belum dapat kerja yang tetap (hopefully soon to come). Dalam awal Oktober yang lalu, aku scroll timeline Facebook macam biasa, tuptup ternampak iklan dari page Air Asia mengkhabarkan yang route baru akan d...

Sejarah nahas yang terburuk di Sabah

I'M A SABAHAN  Nahas udara tidak kira melibatkan kapal terbang atau helikopter, sememangnya mahu dielakkan semua umat manusia, namun ia berlaku juga kerana pelbagai faktor seperti mekanikal, teknikal, cuaca, landasan, masalah pesawat dan kecuaian manusia. Berikut beberapa kejadian nahas udara terburuk yang pernah berlaku di bumi Sabah, sebagai iktibar dan pengajaran kepada semua. Marilah kita sama sama mendoakan semoga roh kesemua mangsa dalam nahas itu, diberkati dan ditempatkan di kalangan orang Soleh. Amin. Tun Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang terkorban dalam nahas udara 7 Jun 1976. Nahas itu menggemparkan Malaysia dan dunia. Ketua Menteri Sabah, Tun Mohd Fuad Stephens dan 10 yang lain termasuk menteri kabinet, terkorban apabila pesawat Nomad milik Sabah Air, terhempas kira kira 2 kilometer dari landasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Kejadian berlaku ketika pesawat hendak mendarat di Kota Kinabalu dari Labuan. Saksi mendengar dentuman di...