Assalamualaikum and hello readers!
Agak sunyi kesepian seja blog cik Mai ni..makin sibuk dengan life sendiri..tapi entahlah...kadang tu macam tak sibuk mana pun..cik Mai ni ada ja tapi mood menulis makin melayang entah ke mana..aiguuuu
Okay..kali ni nak kongsi tentang pengalaman cik Mai menunaikan umrah untuk pertama kalinya..ALLAH..perasaan tu macam susah nak gambarkan, nak terangkan secara jelasnya..sebab tak sangka, teruja dan dalam masa yang sama macam tak percaya pun ada..yela terfikir "eh betul ke aku nak buat umrah ni? betul ke nak jejakkan kaki ke rumah Allah? tengok Kaabah depan mata.."
Macam-macam lagi lah perasaan yang ada bercampur baur tu..sebelum ni mak dah pernah pergi umrah dan tahun 2012 kedua ibu bapa saya berpeluang mengerjakan ibadah Haji..dengar cerita dari orang lain je kan..tiba masa untuk diri sendiri pula yang rasa pengalaman di tanah suci..Tarikh kitorang pergi bermula 26 November sampai 4 Disember 2016.. ambik pakej 11 hari 9 malam bermula dari KK-KL, transit kejap di KLIA2 baru sambung perjalanan dari KL-Jeddah selama lebih kurang 8-9 jam..
Post kali ni panjang sikit tau....
mohon baca dengan hati dan dada yang lapang..tak ada niat atau maksud nak menunjuk-nunjuk ke apa sebab sekadar nak berkongsi pengalaman saja)
Bismillahirahmanirrahim..
Jemputan untuk buat umrah ni datangnya bila saya & kakak berada di Tenom.. masa tu bawa anak buah jalan2..sebab cik Mai baru je habis/tamat SL1M sebelum tu..jadi nak refreshkan diri kononnya berjalan dalam Sabah..sebelum nak balik KK, kakak yang dah kahwin telefon tanya kitorang nak tak ikut pi umrah hujung bulan 11 nanti? kami akan pergi dalam 6 orang dan masa ni bulan Oktober lagi..and i was like... "betul ke? nak pegi betul2 ke ni? sebab mmg tak tau langsung perancangan kakak dan mak nak bagi peluang kami adik-beradik (tak semua) nak menunaikan umrah..i was speechless kejap la masa tu..kalau la korang yang ditanya macam tu nak jawab apa? ya ke tidak?
Jadi kiranya lepas dah setuju, sampai KK ja semua proses dan persiapan nak ke tanah suci tu dibuat dalam masa kurang sebulan je..bayangkan lah..rasa macam kelam kabut sangat pun ada, terfikir juga tak ke rushing ni sempat ke nak settle itu ini? sebab dengar dari pengalaman kawan yang dah pergi setahun sebelum kitorang proses nak buat umrah ni kadangnya ambil masa..pengurusan dalam 6 bulan sebelum macam tu..kami yang tak sampai sebulan lagi nak jalan ni memang terkejar-kejar ke sana sini la juga..
Ringkasnya, dalam tempoh kurang sebulan tu nak mengurus persiapan Allah permudahkan segala urusan..dari isi borang kat travel tour yang kami ikut masa tu (Glocal Travel) cawangan Sabah..lancar je semua..abang kedua setuju untuk jadi mahram kami yang belum kahwin ni (sebab arwah bapa dah tak ada kan).. salah sorang kakak cik Mai yang ikut sekali jadi staff kat travel tour tu jadi senangla mengurus borang..nak settle permohonan visa, nak minta cop pengesahan IC dengan surat beranak kat JPN pun senang, buat suntikan untuk bakal jemaah umrah pun dipermudahkan..Allah rasa macam nak menangis je bila ingat makin hari nak pergi tu makin banyak nak diurus.. tapi semuanya lancar..alhamdulillah...syukur sangat..
okay sini saya nak kongsikan persiapan dan keperluan sebelum berlepas menunaikan umrah.
Antara persiapan yang mesti dibuat:
1. Passport dan Visa untuk umrah
Kalau ada yang keliru apa beza antara passport dan visa..meh nak explain ni..
Passport ni buku merah yang kita buat kat Jabatan Imigresen sebagai tiket pelepasan kita nak travel ke luar negara..ada tiket tapi tak ada passport tak boleh jalan laa...saya dah buat awal tahun lagi passport ni..nak buat sebelum tarikh jalan pun boleh tapi make sure buat lah secepatnya..dan kalau boleh datang awal pada hari nak buat pasport..supaya tak lama nak tunggu giliran..sebab dalam masa sejam dah siap..gambar pula memang kena ambil kat kaunter pegawai bertugas tu...jadi pastikan pakaian kemas, rambut rapi (untuk lelaki) dan tudung yang bersesuaian dan paling AFDAL pakailah kaler hitam (untuk wanita)..
Visa pula, ni sebenarnya kebenaran untuk masuk ke tanah haram dan selalunya paling lama tempoh adalah 30 hari (sebulan).. kalau untuk yang bekerja atau pun belajar lain lagi lah wallahualam yang tu saya tak pasti..so, nak bergambar untuk gambar visa make sure background PUTIH tau dan tudung kaler HITAM untuk jemaah wanita..
Yang lelaki pula tak boleh pakai songkok/kopiah..
* menunggu jawapan visa masa tu bikin nervous..dupdap2 je rasa..seminggu nak jalan baru lulus.. baru boleh senyum lebar *
2. SUNTIKAN MENINGITIS
Suntikan ni wajib dibuat dan diambil oleh setiap jemaah umrah dan juga Haji. Tapi bayaran agak mahal sebab suntikan ni vaksin sebenarnya untuk elak badan kita terkena jangkitan semasa mengerjakan umrah..orang ramai kan datang dari pelusuk dunia nak melihat Kaabah..kita jumpa pelbagai orang dan bangsa dari pelbagai negara..that's why suntikan ni wajib kena ambil..kita tak sakit di negara sendiri tuptup kat luar negara jatuh sakit..wallahualam
Dan sebenarnya Meningtis adalah penyakit paling berbahaya sekali antara semua penyakit. sebab dia akan menyerang direct ke central nervous system juga terutamanya otak! doktor memang dah explain sekali penyakit ni serang lagi2 kat otak memang susah nak sembuh..so, kesimpulannya. kena sakit ni terus mati.
Untuk jemaah haji, mereka dapat suntikan ni dalam harga RM5 tak silap (under Tabung Haji) dan memang berbeza harga dengan klinik swasta..klinik yang kitorang pegi di sembulan Klinik Dr.Bharin..
2 tahun suntikan Meningitis - RM120
3 tahun suntikan Meningitis - RM150
5 tahun suntikan Meningitis - RM180
Rasanya kami ambil yang 2 tahun kot...dah lupaaa dan bukan semua klinik ada buat suntikan ni..what I know, kalau yang nak pi umrah dari kawasan KK mesti suggest akan pegi klinik tu..
3. MAHRAM (untuk wanita)
Untuk pengetahuan semua (kalau ada yang terlepas baca posting yang lepas2 tu), saya baru je kehilangan bapa tersayang pada 1 September 2016 disebabkan masalah kesihatan..jadi mahram menjadi salah satu masalah untuk kami yang belum kahwin ni nak pegi..Alhamdulillah abang kedua setuju untuk jadi mahram kami sebab kakak yang sorang tu pegi dengan suami jadi tak ada masalah pun bagi dia..
Dulu tak ada masalah kalau perempuan nak buat umrah asalkan dengan family sendiri..tapi Arab Saudi da buat law baru..jemaah yang belum kahwin macam kami ni wajib ada mahram unless she is 45 above..45 tahun ke atas dibenarkan tanpa mahram.. *yang saya tahu la *
4. Dokumen Berkenaan untuk Umrah
Okaayy...ni sangat penting. sebab agensi yang kita ikut akan memerlukan salinan surat nikah (bagi yang sudah berkahwin), salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan kita dan juga salinan kad pengenalan waris lelaki yang membenarkan. atau sebagai mahram yang akan ke sana.. semua ni perlu diserahkan kepada agensi travel umrah beberapa bulan sebelum bertolak ke sana. (kitorang pula bagi beberapa minggu sebelum jalan) hihiii
dan segala salinan perlu disahkan oleh JPN (Jabatan Pendaftaran Negara). Terkejar sana sini la kami ke UTC KK supaya cepat urusan..alhamdulillah pegi masa tu malam rushing dari rumah tak sampai sejam dah siap..
5. Agensi Travel Umrah
Kami pergi under Glocal Travel and Tour Sdn.Bhd (cawangan Sabah)..sebab kakak salah sorang staff kat situ..jadi proses persiapan semua dah jadi mudah sebab dia dah biasa urus jemaah umrah sebelum ni..banyak je agensi lain yang korang boleh pilih dan selesa nak pergi..its up to your choice and your package..
6. Persiapan ilmu Agama mengenai Umrah
Yang ini pun lagi penting. janganlah pula pergi sana menonong ja lepas tu fikir nak shopping beli apa di mana..serius..kadang2 perangai orang kita ni memang da jadi kebiasaan..datang sana nak dahulukan dulu shopping beli itu ini...sedih la..kita datang sana nak beribadahkan...dahulukan mana yang penting.... karang tak dapat langsung pahala ke sana. rugi tau.
Lagi satu, memang ada mutawwif yang membawa kita, ajar kita serba serbi pasal apa perlu dan tak boleh kita lakukan, menceritakan kisah dan sejarah para nabi..sambil2 tu sebelum kita pegi isi dulu ilmu di dada supaya apa yang terkurang yang kita tak baca tu kita ambil iktibar..sama2 timba ilmu baru..lagi best bila dengar kisah pengalaman orang dah pun ke sana.. the do's and dont's.. so, mana yang boleh kita buat, mana yang jadi kesalahan kita akan elak/takkan lakukan perkara sama.
Buku panduan haji, umrah dan ziarah kat mana-mana kedai buku mesti ada jual..tak pun kat pusat buku agama mesti ada..beli lah awal sebagai persediaan..baca doa apa yang patut...dan kebanyakan buku akan bagi panduan tentang pantang larang semasa beribadah..baca dan hadamkan..kalau ada masa terluang ikutlah kursus umrah kat mana yang ada dibuat...kalau di Glocal Travel setiap kali ada jemaah akan bertolak memang akan dibuat kursus umrah secara percuma sebagai persediaan..yang lebih praktikal..tak la kita terkontang-kanting datang bumi Haramain dengan zero knowledge..kan?
****************
TENTANG BARANG KEPERLUAN UNTUK MENUNAIKAN UMRAH PULA
Disebabkan kami pergi pada penghujung November sampai awal Disember, fasa untuk musim sejuk baru bermula..walaupun tak sejuk macam di negara Arab yang lain seperti Turkey, Jordan, but still angin sejuk masih terasa sampai ke tulang..lagi2 masa kitorang sampai di Madinah.
Antara kelengkapan yang perlu ada (untuk kaum wanita terutamanya):
1. Telekung
2 pasang dah cukup... kaler ikut kehendak sendiri nak bawa yg berkaler boleh, nak bawa yang hitam atau putih..depends on you..nak bawa banyak pun kita dok ulang pakai telekung yang sama melainkan kotor atau basah. ada yang datang sana membeli lagi telekung baru (macam cik Mai laa) hehehee
- Tapi berdasarkan pengalaman, kalau korang nak mudah berurusan lagi2 masa nak masuk masjid ke nak ke Raudhah ke pakailah telekung hitam..jadi dorang akan fikir kita ni sekumpulan dengan orang2 mereka..taklah tersekat dan mudah je perjalanan..yelah untuk keselamatan dan keselesaan..tapi ikut orang lah..niat hati kita tak tahu..wallahualam
2. Jubah
Jubah pun ikut kesesuaian korang nak bawa berapa.. 3-4 helai pun dah cukup
Kalau rasa nak pakai jubah ikut lain hari terpulang..but trust me.. bila da sampai di sana, tak sempat nak pilih2 baju segala rembat je apa yang ada depan mata..sebab semuanya nak mengejar masa nak beribadah..dan sepanjang masa pun akan pakai telekung bila keluar atau nak ke masjid..unless kita nak pi ziarah boleh la nak pakai baju kurung ke jubah ke..
Bawa sikit pun cukup sebenarnya..korang akan rambang mata bila korang tengok jubah2 yang dijual kat sana..orang kata jubah kat Madinah cun2 corak dan pattern..tapi saya pula beli jubah di Mekah itu pun esoknya dah nak bertolak ke Madinah..nasib juga kedai dekat..turun bawah hotel je kedai dah depan mata tak jauh nak berjalan dan melontar riyal..pandai2 la nak tawar-menawar ye.. :)
Jubah beli kat Mekah
3. Tudung
Bawa 2-3 helai dah cukup dan lagi best kalau bawa tudung labung or instant..nak bawa shawl boleh je tapi nak menggosoknye tu...kalau ada jemaah lain bawa iron bolehla kongsi pinjam2 kaaann...hehehe tapi mostly akan bertelekung juga just nak selesakan diri pakai tudung kat dalam atau pakai inner neck tu je..terpulang korang lah..
4. Stokin
4-5 pasang..biar lebih..
Stokin wajib bawa lagi2 kaum wanita ni nak menjaga aurat kan..bawa la jenis kain yang tebal dan tak jarang..kita nak buat tawaf nanti sebelum masuk masjid kena buka selipar tau..masa nak Saie nanti takut terlicin lelagi masa nak turun bukit Safa dan Marwah..pernah hampir nak tersondol jatuh, nasib baik pakai stokin jenis grip di tapak kaki..bawa lebih ada baiknya..bila kotor ganti je pakai yang baru...better bawa kaler yang gelap
5. Handsock
2-3 pasang dah okay..kalau pakai baju yang bergetah di tangan dan tak londeh di lengan boleh je tak pakai handsock..asalkan aurat tangan masih terjaga..tapi better pakai je..
6. Selipar/Kasut
Masa kat KK lagi selipar yang sama jela saya pakai sampailah kat Mekah dan Madinah. Bawa sepasang kasut untuk perjalanan jauh contoh masa nak ke Madinah tu. Tapi most of the time pakai satu-satunya selipar yang bawa dari KK..ikut keselesaan masing-masing.
oh yee jangan lupa bawa beg uncang untuk letak kasut/selipar kita sebelum masuk masjid..kalau nak bawa plastik leceh nanti terkoyak pula..better bawa beg uncang nanti boleh sangkut kat bahu..senang nak bergerak.. =)
7. Duit Tukaran Asing
Yang ni pun antara keperluan penting..nak buat masa kat Malaysia lagi atau pun tukar duit bila dah sampai Mekah or Madinah..sebab kalau saya dan keluarga, kami berkongsi riyal dalam kuantiti yang banyak baru diagihkan ke tangan masing2..jadi tukar awal masa di KK lagi..
duit tukaran sekarang RIYAL 1 = RM1.20 (nilai duit Malaysia)... duit kita jatuh sikit sebab tu tak banyak shopping kat sana..nak jimat konon.. tapi nilai duit akan berubah ye..esok dah tak sama dengan hari ni..harap maklum..^^
OPTIONAL:
- Baju kurung (saya tetap bawa sehelai jenis cotton supaya tak payah iron)
- Mask muka (masa tawaf untuk umrah wanita tak dibenarkan menutup muka ye)
- Tuala muka (untuk lap muka lepas berwuduk)
- Alat bantuan tawaf (supaya senang nak buat kiraan tawaf, dan zikir)
TOILETRIES:
- Sabun, pencuci muka, ubat dan berus gigi
- Krim muka atau better bawa moisturizer..apa2 jenama..supaya kulit muka dan kaki tak kering lagi2 bila masuk musim sejuk...kulit akan jadi cepat kering. etc : VASELINE
- Ubat-ubatan (pil tahan period, ubat gosok/minyak kapak dan lain-lain yang berkaitan)
BARANG LAIN:
- Hanger baju (kalau pihak hotel ada selitakn dua-tiga syukurr.lah nak...tapi saya memang berebut dengan adik-beradik lain) ahaha
- Universal charger/powerbank (siap bawa extension lagi)
- Gunting kecil (untuk bertahlul) senang..tak lama nak tunggu turn bila habis saie kat Marwah nanti
- Sweater
- Lip balm
- Makanan segera (Maggie, minuman 3in1, sardin dan lain)
Untuk servis laundry atau dobi, saya tak tahu pula macam mana sebab tak buat dan tak pergi mana2 dobi pun either kat hotel atau kat luar..
Kalau ada tertinggal list barang yang lain yang saya tak senaraikan, minta maaf ye.. yang ni ikut keperluan diri dan apa yang terlintas nak bawa je..
******
Rasa macam panjang sangat dah ni kalau nak sambung tentang kisah perjalanan saya ke bumi Haramain..inshaAllah next entry (kalau rajin nak menulis lagi) saya cuba ringkaskan tentang pengalaman umrah saya dan adik-beradik..mana yang saya ingat saya share..tak berniat untuk bermegah..cuma berkongsi sebagai persiapan untuk awak-awak sekalian..mana tau ada yang nak pergi dalam masa terdekat kan?semoga dimakbulkan hajat, dipermudahkan segalan urusan.. Allahuma amin..
Pesanan saya, siapkan diri dari segi mental dan fizikal..abaikan cerita-cerita negatif yang kita dengar sebelum ni...kisah-kisah mereka yang pernah menjadi tetamu di tanah suci..semuanya yang jadi ada hikmah dan kita ambil sebagai pengajaran..Jangan lupa pasang niat..berdoa supaya Allah menjemput kita menjadi tetamu di rumahNya, melihat keindahan Kaabah yakni Baitullah di depan mata sendiri..kerana setiap kisah umrah kita ada coretan dan pengalaman yang berbeza..