Skip to main content

Scrub Coffee - Do It Yourself (DIY)

Assalamualaikum..


Sebulan juga terbiar blog ni...sibuk kejap ada yang minta tolong itu ini. Ada majlis sana sini.

Sekarang ni Mai nak khabar sikit pasal penjagaan kulit menjelang Ramadan ni. Ehh esok dah puasa tau! Kita semua tahan lapar haus seharian, kurang mineral dalam badan, kurang tenaga lepas tu orang tengok muka pun jadi kusam..haaaa mai ada tips nak kongsi dengan korang..

Dalam sibuk kita berpuasa dan hal-hal lain, penjagaan kulit jangan dibiarkan ye..
(Teringat masa puasa tahun lepas, mai berhadapan dengan masalah kulit yang teruk. Demam campak+kulit gatal da macam alergic tu memang uijan betul la) tapi sekarang alhamdulillah dah beransur sihat.

Mai nak kongsi satu scrub yang sangat sangat bagus untuk kulit dan badan. Terima kasih untuk tips asal yang dikongsi senior masa kat uni dulu Kak Iyan sebab share pasal scrub ni di instagram beliau dan membuat daku terbuka hati juga untuk mencuba. Haha

Sebelum ni bermesra dengan hampas teh aja (sebab bila minum teh, hampas yg segi empat tu rasa mcm berat hati nak buang awalnya laaaa) then decide tenyeh kat muka. Well berkesan juga tapi da terstop sebab da jarang minum teh.

Lepas da restock balik stok kopi kat dapur, asal masuk dapur ja mesti landing lama kejap mata tu tengok kat balang kopi. Kat rumah ni yang paling HANTU kopinya aku dengan dady la..yang lain tu so-so..

Lepas tengok kak iyan share DIY SCRUB KOPI tu aku pun terus godek2 dapur tengok bahan semua lengkap.


Bahan scrub:



Serbuk kopi 
(Guna dalam 3 sudu)

Gula pasir
(3-5 sudu gula)
Ikut tahap kemanisan korang nak laa..hehe bukan ni bukan sampai ke tahap nak rasa manis just nak balance kan gula dengan kopi tadi

Olive oil
(1-2 sudu sederhana untuk sebatikan gula dan kopi)


optional:

boleh tambah coconut oil

boleh tambah perahan buah lemon

boleh gantikan gula dengan madu. kalau tak mau guna olive oil boleh tukar dengan air
yang ni kiranya bahan-bahan tu kopi. madu dan air aje. Mix and gaul


Sebelum scrub

Tenyeh dan gentel scub di tangan

Selepas scrub

Resultnya? 
Kulit tangan rasa lembut ja faktor olive yang membantu melembut dan menghaluskan lagi tanganku yang gebu ituuu


NOTES!

Ini 5 khasiat kopi untuk kecantikan kulit dan rambut

Kopi merupakan salah satu jenis minuman yang berasal dari ekstraksi biji tanaman kopi yang diproses melalui pengolahan. Selain mempunyai kandungan kafein, ternyata kopi juga mempunyai kandungan asam buah, asam organik, lemak, alkaloid, mineral, potasium, magnesium dan besi yang banyak bermanfaat bagi kecantikan wajah dan kulit.

Kopi bukan sahaja bermanfaat bagi kesihatan tapi bermanfaat bagi kecantikan tubuh, seperti kecantikan wajah, kecantikan kulit, kecantikan rambut dan sebagainya. Sebenarnya manfaat kopi tidak hanya untuk diminum, tetapi kopi juga boleh digunakan untuk merawat wajah dan tubuh badan.


Haaahh....kan da cakap?

Manfaat Kopi Bagi Kecantikan:

- Mencegah dan Mengurangkan Kerutan di Kulit
- Menghaluskan Kulit
- Mencegah Timbulnya Jerawat
- Melembabkan Kulit
- Membantu Menghilangkan Sel Kulit Mati
- Menghilangkan Bau Badan
- Menghilangkan Selulit
- Menetralkan Kulit Yang Teriritasi
- Memberikan Nutrisi pada Kulit 


Kelebihan kopi yang orang banyak tak tau sebab sibuk cakap kopi tu tak bagus untuk kesihatan la, orang tua ja yang minum, gigi boleh kuning kalau minum selalu. Then tukar la for another good things untuk kesihatan kulit kan.


Inilah hasil scrub buatan sendiri. 



Very easy right? Senang sangat. Sambil tengok tv pun boleh buat scrub ni. Ikut kerajinan korang la nak buat dalam seminggu berapa kali. Kalau hari-hari buat pun tiada masalah bukan jadi kesalahan pun. Kalau nak laa, korang boleh buat sebelum mandi tu korang scrub satu badan sental, tenyeh kat anggota badan yang korang nak. Biar sekejap, baru cuci. 

Bau dan aroma dari kopi yang dah disental kat badan tu boleh buat korang tenang tau untuk seketika. fefeling macam dekat spa tengah buat treatment badan tuuh. Aku sarankan korang cuba sendiri. Try and tak rugi pun sebab boleh jimat duit dan tengok hasil sendiri yang dijamin korang sendiri akan puas hati.

Agak-agakla kan ada tak yang nak beli kalau jual sebalang macam ni rm5? 
Hehehehe



P/s: Esok dah puasa. Selamat berpuasa semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. Ahlan wasahlan ya Ramadan Kareem.





Popular posts from this blog

Winter Trip Jeju Island, Korea: Part 1

Assalamualaikum. Dah masuk tahun 2018, selamat tahun baru semua.  Banyak benda yang jadi dalam tahun 2017. Dari yang aku tak jangka, yang tak kesampaian, patah hati semualah. Yang paling tak sangka bila aku dapat juga curi masa untuk diri sendiri merawat hati yang terluka. chewwaaahh~ Kali ni nak share pasal trip musim sejuk aku dan geng travel si kakak ke Pulau Jeju sementara rasa teruja tu masih ada. Kitorang pun baru je balik tiga minggu yang lalu 16-19 Disember (semasa entri ni ditaip). Ceritanya, memang tak plan langsung nak keluar melancong untuk tahun 2017..sebab tahun ni merupakan starting point aku mula aktif dalam bidang fotografi secara serius. Banyak terlibat dalam ambil gambar job wedding, tunang, kenduri. Kembali aktif dengan kamera sebab masih belum dapat kerja yang tetap (hopefully soon to come). Dalam awal Oktober yang lalu, aku scroll timeline Facebook macam biasa, tuptup ternampak iklan dari page Air Asia mengkhabarkan yang route baru akan dibuk

Pesta Kaamatan (Sabah Harvest Festival)

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan! Hehehe...apakah yang sedang dibebelkan tu? opppss..saya bukan mencarut ar....ni la ayat yang paling femes orang sabah selalu cakap kalau tiba ja penghujung bulan Mei..mau tau kenapa? begini..ayat tu sebenarnya merupakan ayat macam ucapan la lebih kurang...ucapan sempena sambutan Kaamatan (satu pesta yang diraikan di Sabah) Tau apa pula tu pesta kaamatan?okay ni saya nak cerita latar belakang, sejarah, topik pasal festival ni..baca betul2 tau.. Latar belakang (sumber dari wikipedia) ^_^ Tadau Kaamatan Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi . Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan K

Sejarah nahas yang terburuk di Sabah

I'M A SABAHAN  Nahas udara tidak kira melibatkan kapal terbang atau helikopter, sememangnya mahu dielakkan semua umat manusia, namun ia berlaku juga kerana pelbagai faktor seperti mekanikal, teknikal, cuaca, landasan, masalah pesawat dan kecuaian manusia. Berikut beberapa kejadian nahas udara terburuk yang pernah berlaku di bumi Sabah, sebagai iktibar dan pengajaran kepada semua. Marilah kita sama sama mendoakan semoga roh kesemua mangsa dalam nahas itu, diberkati dan ditempatkan di kalangan orang Soleh. Amin. Tun Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang terkorban dalam nahas udara 7 Jun 1976. Nahas itu menggemparkan Malaysia dan dunia. Ketua Menteri Sabah, Tun Mohd Fuad Stephens dan 10 yang lain termasuk menteri kabinet, terkorban apabila pesawat Nomad milik Sabah Air, terhempas kira kira 2 kilometer dari landasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Kejadian berlaku ketika pesawat hendak mendarat di Kota Kinabalu dari Labuan. Saksi mendengar dentuman di