Skip to main content

Brownies oreo coklat tanpa telur

Assalamualaikum.


Ok kali ni nak kongsi resepi brownies yang dah lama teringin nak buat cuma tak sempat dan kekangan masa + bahan-bahan belum lengkap.

Ni pun kejap lagi nak berangkat stay kat rumah satu lagi (amboiii ayat bikin panas)
Rumah kedua la kiranya. Kejap sana, kejap rumah kat sini.

Sebenarnya dalam keadaan yang kurang sihat sekarang ni yelaa semua maklum Mesia ni musim panas macam dah tahap kritikal sampaikan sana sini kes hutan terbakar sebab kering sangat, panas yang buat nak berendam dalam kolam. Tekak ni rasa gatal yang macam setiap masa nak digaru..eih

Teringat iklan kat tv yang ada garu tekak guna tangan masuk kat dalam mulut..haha

Baiklah kembali pasal brownies..godek-godek blog sebab tekak orang sakit mengidam punya pasal, sekali terjumpa blog Yana Shaiful ada kongsi resepi brownies yang mudah sangat. Bahan pun simple, mana yang takda di dapur zzzaap terus keluar pi kedai beli apa yang patut.



Resepi brownies dari akak Yana ni sangat sangat senang dan cepat nak disiapkan. Yang bestnyee eggless atau pun tanpa telur. Konon nak gaya sihat sikit laaa...hehee dah ready nak buat? meh kita scan bahan-bahan apa yang nak diguna dan cara buat.. Minta halal resepi ye kak..


CHOCOLATE BROWNIES ( TANPA TELUR )
Resepi : Kak Fida @ MyR
Sumber cuci mata :yanashaiful


BAHAN-BAHAN:

1 cawan tepung gandum
1 sk tepung jagung
1/2 sk bicarbonate of soda
1/8 sk garam halus
3/4 cawan gula 
(saya kurangkan 1/2 cawan dan ganti dengan gula pasir blend halus macam gula icing)
1/2 cawan serbuk koko


BAHAN B:

1 cawan susu cair
2 sb susu manis
1/4 cawan mentega cair/minyak sayur
1 sk esen vanilla


BAHAN C:


Kekacang atau choc chip utk tabur

(saya ubah kepada oreo  yang saya tumbuk halus tabur atas adunan)


CARA NAK BUAT:

  • Ayak bahan A dalam sebuah mangkuk.
  • Satukan bahan B dalam mangkuk berasingan.
  • Masukkan A ke dalam B dan kacau perlahan lahan hingga sebati.
  • Tuang adunan ke dalam loyang yang disapu mentega dan dialas dengan kertas. 
  • Tabur kekacang atau choc chip rata2. 
  • Bakar pada suhu 160c selama 25 - 30 minit.
  • Adunan brownies ni jugak sesuai dibakar didalam cawan kertas. 
  • Isikan adunan sehingga 3/4 cawan kertas. bakar selama 20 minit.



Ni kejadian bila dah petang baru semangat nak buat...sudahnya lepas Maghrib baru siap dibakar dan siap dengan topping sekali iaitu sos karamel..Senang sangat nak dibuat..

Resepi asal dari Delima Zamrud

Bahan2:

1 cawan gula
1 cawan air
2 sudu besar butter
1/2 cawan susu segar
2 sudu besar susu pekat manis
secubit garam.

Cara2 nk masak (sumber gambar dari blog beliau)





Masukkan air dan juga gula masak sampai gula jd caramel seperti dalam gambar ( xperlu kacau just biarkan dia masak sendiri je, tp perlu tgk supaya xhangit sgt ). Jgn terlampau gelap nnt dia pahit. ( kena tunggu ngan sabar ek, lg satu jgn sesekali terkena tangan tau benda nie terlampau panas)





Bila gula dah jd caramel, tutup api dan masukkan butter kacau ngan whisk tanpa henti sampai butter cair.
( Jgn risau kalau benda nie meruap kacau je pelan2 ).





Biler butter dah cair tuang susu segar dan susu pekat perlahan2 sambil kacau. Buka api yg perlahan semula dan kacau sampai kepekatan yg korang nk (xyah pekat sgt sbb nnt sejuk dia likat sendiri ). Tunggu biler dia dah agak suam2 tuang dalam bekas yg korang suker dan simpan dalam peti ais. Jgn risau kalau masuk peti ais dia keras, cuma kluarkan dan biar seketika nnt dia lembut balik. Siap tuk dihidangkan..






Hasil sos karamel saya pula dah selamat di atas brownies..santai malam minum bersama kopi..


Terbabas juga la niat nak diet. Kemanisan brownies yang empuk ni tahap potong kaki dah..
*nangis sambil sumbat masuk sepotong brownies dalam mulut*



Selamat mencuba warga bloggers dan readers. 
Terima kasih kerana membaca entri ini. =)




Popular posts from this blog

Pesta Kaamatan (Sabah Harvest Festival)

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan! Hehehe...apakah yang sedang dibebelkan tu? opppss..saya bukan mencarut ar....ni la ayat yang paling femes orang sabah selalu cakap kalau tiba ja penghujung bulan Mei..mau tau kenapa? begini..ayat tu sebenarnya merupakan ayat macam ucapan la lebih kurang...ucapan sempena sambutan Kaamatan (satu pesta yang diraikan di Sabah) Tau apa pula tu pesta kaamatan?okay ni saya nak cerita latar belakang, sejarah, topik pasal festival ni..baca betul2 tau.. Latar belakang (sumber dari wikipedia) ^_^ Tadau Kaamatan Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi . Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan K...

Winter Trip Jeju Island, Korea: Part 1

Assalamualaikum. Dah masuk tahun 2018, selamat tahun baru semua.  Banyak benda yang jadi dalam tahun 2017. Dari yang aku tak jangka, yang tak kesampaian, patah hati semualah. Yang paling tak sangka bila aku dapat juga curi masa untuk diri sendiri merawat hati yang terluka. chewwaaahh~ Kali ni nak share pasal trip musim sejuk aku dan geng travel si kakak ke Pulau Jeju sementara rasa teruja tu masih ada. Kitorang pun baru je balik tiga minggu yang lalu 16-19 Disember (semasa entri ni ditaip). Ceritanya, memang tak plan langsung nak keluar melancong untuk tahun 2017..sebab tahun ni merupakan starting point aku mula aktif dalam bidang fotografi secara serius. Banyak terlibat dalam ambil gambar job wedding, tunang, kenduri. Kembali aktif dengan kamera sebab masih belum dapat kerja yang tetap (hopefully soon to come). Dalam awal Oktober yang lalu, aku scroll timeline Facebook macam biasa, tuptup ternampak iklan dari page Air Asia mengkhabarkan yang route baru akan d...

Sejarah nahas yang terburuk di Sabah

I'M A SABAHAN  Nahas udara tidak kira melibatkan kapal terbang atau helikopter, sememangnya mahu dielakkan semua umat manusia, namun ia berlaku juga kerana pelbagai faktor seperti mekanikal, teknikal, cuaca, landasan, masalah pesawat dan kecuaian manusia. Berikut beberapa kejadian nahas udara terburuk yang pernah berlaku di bumi Sabah, sebagai iktibar dan pengajaran kepada semua. Marilah kita sama sama mendoakan semoga roh kesemua mangsa dalam nahas itu, diberkati dan ditempatkan di kalangan orang Soleh. Amin. Tun Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang terkorban dalam nahas udara 7 Jun 1976. Nahas itu menggemparkan Malaysia dan dunia. Ketua Menteri Sabah, Tun Mohd Fuad Stephens dan 10 yang lain termasuk menteri kabinet, terkorban apabila pesawat Nomad milik Sabah Air, terhempas kira kira 2 kilometer dari landasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Kejadian berlaku ketika pesawat hendak mendarat di Kota Kinabalu dari Labuan. Saksi mendengar dentuman di...