Skip to main content

Salam Kemerdekaan ke 57, Malaysia!




Malaysia, kau sudah tertubuh genap 57 tahun, pada tahun ini.

Telah banyak kau lalui sepanjang berlalunya tahun-tahun yang sudah

Banyak kejayaan telah kau capai,
Banyak juga rintangan yang kau hadapi.


Tidak lari daripada tohmahan, kejian, juga sindiran yang dilempar padamu
Sama ada dari luar, mahu pun daripada bangsa mu sendiri.

Bila mengenang untuk apa yang berlaku pada tahun 2014 ini, sungguh DUGAAN hebat kau tempuhi.

Kau diduga, pemimpin serta rakyat juga turut terkesan.

Begitu rakusnya anasir-anasir luar yang ingin mengganggu goyahkan perpaduan kita.
Begitu lantangnya suara-suara dunia menghukum dan menyalahkan apabila tragedi MH370 berlaku.

Tapi, apabila MH17 terjadi, kita berduka, 
kita meratapi nasib yang menimpa bak kata sudah jatuh ditimpa tangga.

Seluruh dunia teus menerus menghala mata dan lensa ke arah kita.
Ada salah yang ingin dicari.
Ada pihak yang ingin dituding jari.

Namun, dalam kita bertarung dengan kemelut itu, dalam usaha gigih kita untuk menuntut bela
KITA BERSATU.


Itu yang seharusnya dilakukan sejak dari mula lagi.
Tanpa harus melihat pada agama, bangsa, kaum, warna kulit, bahasa lidahmu.

Kita semua sepakat untuk menghulur rasa semangat perpaduan yang makin terhakis.
Kita sama-sama berdiri menyambut tangan yang jatuh kerana hilangnya insan yang tersayang
Kita saling mendoakan kesejahteraan saudara yang lain.

AKU GEMBIRA.
AKU BANGGA.
DAN AKU BAHAGIA 

kerna melihat itu dengan mata dan hati
yang menjadi saksi

KITA MASIH BERSAMA, BERSATU DAN BERSEMANGAT

walau ada fitnah yang dilempar
walau ada yang mempertikai


Tapi sebagai rakyat MALAYSIA aku kuat kerananya.
Aku tidak rela tanah air sendiri di ganyang sewenang-wenangnya.

Selagi aku masih mampu memberi sumbangan untuk negara, aku sanggup.


Kerna, disini lahirnya sebuah cinta.


MERDEKA!


#SayaAnakMalaysia
#MalaysiaMerdeka
#Malaysia57Tahun









Popular posts from this blog

Pesta Kaamatan (Sabah Harvest Festival)

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan! Hehehe...apakah yang sedang dibebelkan tu? opppss..saya bukan mencarut ar....ni la ayat yang paling femes orang sabah selalu cakap kalau tiba ja penghujung bulan Mei..mau tau kenapa? begini..ayat tu sebenarnya merupakan ayat macam ucapan la lebih kurang...ucapan sempena sambutan Kaamatan (satu pesta yang diraikan di Sabah) Tau apa pula tu pesta kaamatan?okay ni saya nak cerita latar belakang, sejarah, topik pasal festival ni..baca betul2 tau.. Latar belakang (sumber dari wikipedia) ^_^ Tadau Kaamatan Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi . Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan K...

Winter Trip Jeju Island, Korea: Part 1

Assalamualaikum. Dah masuk tahun 2018, selamat tahun baru semua.  Banyak benda yang jadi dalam tahun 2017. Dari yang aku tak jangka, yang tak kesampaian, patah hati semualah. Yang paling tak sangka bila aku dapat juga curi masa untuk diri sendiri merawat hati yang terluka. chewwaaahh~ Kali ni nak share pasal trip musim sejuk aku dan geng travel si kakak ke Pulau Jeju sementara rasa teruja tu masih ada. Kitorang pun baru je balik tiga minggu yang lalu 16-19 Disember (semasa entri ni ditaip). Ceritanya, memang tak plan langsung nak keluar melancong untuk tahun 2017..sebab tahun ni merupakan starting point aku mula aktif dalam bidang fotografi secara serius. Banyak terlibat dalam ambil gambar job wedding, tunang, kenduri. Kembali aktif dengan kamera sebab masih belum dapat kerja yang tetap (hopefully soon to come). Dalam awal Oktober yang lalu, aku scroll timeline Facebook macam biasa, tuptup ternampak iklan dari page Air Asia mengkhabarkan yang route baru akan d...

Sejarah nahas yang terburuk di Sabah

I'M A SABAHAN  Nahas udara tidak kira melibatkan kapal terbang atau helikopter, sememangnya mahu dielakkan semua umat manusia, namun ia berlaku juga kerana pelbagai faktor seperti mekanikal, teknikal, cuaca, landasan, masalah pesawat dan kecuaian manusia. Berikut beberapa kejadian nahas udara terburuk yang pernah berlaku di bumi Sabah, sebagai iktibar dan pengajaran kepada semua. Marilah kita sama sama mendoakan semoga roh kesemua mangsa dalam nahas itu, diberkati dan ditempatkan di kalangan orang Soleh. Amin. Tun Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang terkorban dalam nahas udara 7 Jun 1976. Nahas itu menggemparkan Malaysia dan dunia. Ketua Menteri Sabah, Tun Mohd Fuad Stephens dan 10 yang lain termasuk menteri kabinet, terkorban apabila pesawat Nomad milik Sabah Air, terhempas kira kira 2 kilometer dari landasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Kejadian berlaku ketika pesawat hendak mendarat di Kota Kinabalu dari Labuan. Saksi mendengar dentuman di...