Skip to main content

Pray for Sabah

Assalam..
Rasanya seantero dunia sudah tau peristiwa yg berlaku di negeri tanah air tercintaku 
negeri Sabah dan juga Malaysia tersayang


Sejak berlaku pencerobihan tentera Sulu yang singgah ke Lahad Datu
diberi masa berunding supaya berundur dari Sabah
Tapi! 
Sayangnya kedegilan mengusai hati

akhirnya membawa kepda pertumpahan darah!

Ya..negeri Sabah yang tercinta sudah menyaksikan tumbangnya wira-wira negara
mereka yang terkorban dalam misi utnutk menyelamatkan keadaan

walaupun beberapa langkah diambil untuk mengelakkan peperangan

akhirnya! KunFayakun...tanah Lahad Datu, dan Semporna menyaksikan darah yang mengalir keluar dari tubuh para pejuang, dan juga pihak musuh..

Betapa sedihnya hati..tak diduga, kejadian seperti ini berlaku di negara sendiri
dalam kita sibuk memikirkan konflik yang berlaku di Gaza


Hanya yang dipinta semoga semua peperangan dan persengketaan ini berakhir secepatnya
tak sanggup melihat negeri sendiri bermandikan lebih banyak darah

Cukuplah! 
apa yang sudah terjadi sangat menyakitkan untuk diterima
lagi2 untuk saya sebagai Sabahan sendiri dan orang kampung yg lain

Melihatkan ada juga rakan semenanjung yg prihatin, lantas hati turut bersyukur
kami tidak tersisih kerana mereka yg lain turut bimbang dengan kejadian yang menimpa

cuam, ada segelintir pihak yg merasa gembira dengan situasi sekarang
mengambil peluang melaga-lagakan, menimbulakan amarah kami orang Borneo.
Diharap hentikan lah semua

yang kami pinta adalah bersikap adil kepada kami
berhenti memburukkan, dam sama-sama mendoakan kesejahteraan negara pulih kembali

jauh daripada anasir jahat yang mengancam nyawa

Pray for Sabah
Pray for Malaysia






Let's unite together!



Dear politicians, please throw your ego, just for a while forget about the political things.
we must unite together.

Al-Fatihah buat wira-wira negara yg gugur di medan pertempuran

Lirik lagu Inilah Barisan Kita


Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya

Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti



Lagu ini sentiasa membawa sebak 
kerana ada ahli keluarga yg menggalas tanggungjawab sebagai pertahanan negara

(abang ipar saya polis, abang sepupu askar)


UPDATE
________


TENGOK! DASAR TAMAK HALOBA!!

Tak cukup dengan di Sabah, ada hati lagi mau claim Sarawak

:(

Popular posts from this blog

Pesta Kaamatan (Sabah Harvest Festival)

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan! Hehehe...apakah yang sedang dibebelkan tu? opppss..saya bukan mencarut ar....ni la ayat yang paling femes orang sabah selalu cakap kalau tiba ja penghujung bulan Mei..mau tau kenapa? begini..ayat tu sebenarnya merupakan ayat macam ucapan la lebih kurang...ucapan sempena sambutan Kaamatan (satu pesta yang diraikan di Sabah) Tau apa pula tu pesta kaamatan?okay ni saya nak cerita latar belakang, sejarah, topik pasal festival ni..baca betul2 tau.. Latar belakang (sumber dari wikipedia) ^_^ Tadau Kaamatan Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi . Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan K...

Winter Trip Jeju Island, Korea: Part 1

Assalamualaikum. Dah masuk tahun 2018, selamat tahun baru semua.  Banyak benda yang jadi dalam tahun 2017. Dari yang aku tak jangka, yang tak kesampaian, patah hati semualah. Yang paling tak sangka bila aku dapat juga curi masa untuk diri sendiri merawat hati yang terluka. chewwaaahh~ Kali ni nak share pasal trip musim sejuk aku dan geng travel si kakak ke Pulau Jeju sementara rasa teruja tu masih ada. Kitorang pun baru je balik tiga minggu yang lalu 16-19 Disember (semasa entri ni ditaip). Ceritanya, memang tak plan langsung nak keluar melancong untuk tahun 2017..sebab tahun ni merupakan starting point aku mula aktif dalam bidang fotografi secara serius. Banyak terlibat dalam ambil gambar job wedding, tunang, kenduri. Kembali aktif dengan kamera sebab masih belum dapat kerja yang tetap (hopefully soon to come). Dalam awal Oktober yang lalu, aku scroll timeline Facebook macam biasa, tuptup ternampak iklan dari page Air Asia mengkhabarkan yang route baru akan d...

Sejarah nahas yang terburuk di Sabah

I'M A SABAHAN  Nahas udara tidak kira melibatkan kapal terbang atau helikopter, sememangnya mahu dielakkan semua umat manusia, namun ia berlaku juga kerana pelbagai faktor seperti mekanikal, teknikal, cuaca, landasan, masalah pesawat dan kecuaian manusia. Berikut beberapa kejadian nahas udara terburuk yang pernah berlaku di bumi Sabah, sebagai iktibar dan pengajaran kepada semua. Marilah kita sama sama mendoakan semoga roh kesemua mangsa dalam nahas itu, diberkati dan ditempatkan di kalangan orang Soleh. Amin. Tun Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang terkorban dalam nahas udara 7 Jun 1976. Nahas itu menggemparkan Malaysia dan dunia. Ketua Menteri Sabah, Tun Mohd Fuad Stephens dan 10 yang lain termasuk menteri kabinet, terkorban apabila pesawat Nomad milik Sabah Air, terhempas kira kira 2 kilometer dari landasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Kejadian berlaku ketika pesawat hendak mendarat di Kota Kinabalu dari Labuan. Saksi mendengar dentuman di...