Skip to main content

Special entry

Assalamulaikum..
Hi korang

Siapa yang rindu zaman2 study dulu? Any best things happened yang korang selalu ingat dan rindu ke mana tau ba kan? hehehee

.

.


Arrh....indahnya hidup masa jadi student dulu...walaupun banyak juga mulut puaka yang pertikaikan ehh kenapa masuk UNISEL? Universiti pembangkang. haha persepi orang kan. dengar je unisel mesti kait dengan politik sebab ye aku tahu...Selangor waktu tu jadi isu hangat dengan pemimpin yang jadi teraju utama untuk negeri tu..panas dengan isu parti itu lah inilah..pendek kata orang pandang negatif dengan kolej yang aku masuk dan pilih untuk timba ilmu baru..

.

At the same time ~ Alhamdulillah.. waktu tu, Allah takdirkan aku untuk jumpa dan kenal dengan orang yang baik2 je semua..Syukur sangat..tiada masalah dengan roommates, sampai bertahan 3 tahun jadi housemates dengan orang2 yang sama je. Kawan kelas atau yang satu course pun baik dan tak rasa ada masalah racism sebab jumpa yang sangat best dan elok perangai.. awal masuk tu susah juga la sembang sebab pelat Sabahanku kuat lagi karau bila ingat balik..ada yang kadang paham tak paham aku cakap tapi everything went well juga akhirnya..kalau ada pun yang bermasalah dua-tiga orang aku tak campur sangat pun, tak nak susahkan hidup nanti. haha..kawan sekelas ke satu course ke memang tahu aku kalau keluar lepak mesti dengan muka yang sama je..dengan orang yang sama setiap masa..kalau bukan dengan kawan coursemates (perempuan) mesti dengan budak rumah je. Sampai pernah juga ada yang tanya Mai,ko tak ada kawan lain ke? asyik dengan orang ni je berkepit? dalam hati aku ehhh ko da kenapa? sibuk pula dengan hidup aku..lastly, buat nda tau ja abaikan...shuuh~~ jauh jauh sanaa :p

.

Ingat lagi awal orientasi, kenal dengan sorang sumandak (perempuan) ni dalam bas nak ke Unisel, tegur sebab duduk sebelah je. Tak sangka sangkut terus jadi kawan baik yang melekat sampai selalu kena panggil kembar. haha 


Kawan pertama yang kekal setia ada je sampai sekarang
Min a.k.a my curly girl


Dialah yang selalu ada dulu..SETIAP MASA..ada untuk aku luah rasa..marah, geram, sakit hati, gembira, gila dan semualah..sampai sangkut juga jatuh gila dan minat dengan KPOP..pasal aku dah sebarkan pengaruh dan virus kpop tu ke dia juga..hahaa suka dengan bias pertama dia Yang Yoseop sampai sekarang..but i'm not gonna say sorry for it Min..sebab biar meroyan sama2 kalau aku dengan dia tak dapat pi tengok konsert group kesayangan kami. :p



HAPPY BIRTHDAY MIN..


Walaupun dah berapa hari berlalu..lambatnye entri..haha
Aku wish dan buat mana yang mampu..kali ni mampu doakan ko dari jauh je..semoga Allah sentiasa jaga ko dan keluarga, sentiasa jadi kuat untuk apa je cabaran dan dugaan hidup yang ko lalui..be what you want to be..always be happy..kenal ko dalam tempoh 3 tahun masa belajar dulu, banyak benda yang aku belajar..yang baru, yang tak pernah aku ambil tahu pun, we kept on sharing between each other..rasa selesa sangat sampai semua benda nak cerita..hahaa dah tu kalau kat kampus asal jumpa je mesti eksaited kaw2 padahal bila balik kat rumah jumpa lagi.. >_<.

.
.

Kadang aku terfikir juga, ko ni umur berapa? aku pula umur berapa? ada yang salah anggap ingat kita ni seumur..(salah satunya sebab aku pendek dari ko- ye i knew it) hahahaaaa tapi ko memang nampak matang dari umur sebenar ko lagi2 dari segi pemikiran. Ko suka bercakap/berdebat pasal politik. Isu yang aku kadang2 tak dapat nak borak atau share dengan yang lain sebab minat tak sama kan..tapi dengan ko, discussion jadi smooth dan aku tahu pendirian ko sangat clear. Yang tu aku berkenan sangat..keep doing it min..biar kita jadi tegas supaya orang lain susah nak pijak2 kepala kita...

.
.

Aku kadang tak sedar kalau aku terlebih emo, susah nak kotrol emosi tu..mesti ko ingat kan ada juga kejadian2 sentap aku dulu..tetiba nak marah la merajuk and so on..kalau ada yang buat ko terasa dengan aku masa2 mental unstable, aku minta maaf..

.

Aku pernah rasa macam aku tak nak langsung share ko dengan orang lain (sebab aku tak ada adik kot), bila dah rapat dengan ko tak mau ko dekat dengan orang lain..pula dah kan..mengada betul kawan ko ni..tapi dengan nana ke, dyla, kak ekin semua aku ok je...sekarang dah tak ada sifat tamak haloba tu sebab reality hit me..tak semua benda kita boleh hold lama sebab akan pergi juga that's why mau tak mau kena let go..

.
.

Kadang2 aku ni goyah juga..kalau dah banyak benda aku pendam tunggu masa nak meletup je..doakan je aku Min supaya tak mudah serabut dengan hal remeh-temeh..bila jumpa je mesti banyaaaak sangat benda aku nak cerita tapi masa dan waktu tu sentiasa tak ngam..jadi aku harap bila dapat jumpa ko lagi in future, ko masih jadi Min yang aku kenal dan sentiasa sayang..


..SELAMAT ULANGTAHUN NURUL SHARMINE OTHMAN JALANI..


**kita throwback gambar lama jelaa**


Gegirls 402, blok 4
Miss you guys :)

Popular posts from this blog

Pesta Kaamatan (Sabah Harvest Festival)

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan! Hehehe...apakah yang sedang dibebelkan tu? opppss..saya bukan mencarut ar....ni la ayat yang paling femes orang sabah selalu cakap kalau tiba ja penghujung bulan Mei..mau tau kenapa? begini..ayat tu sebenarnya merupakan ayat macam ucapan la lebih kurang...ucapan sempena sambutan Kaamatan (satu pesta yang diraikan di Sabah) Tau apa pula tu pesta kaamatan?okay ni saya nak cerita latar belakang, sejarah, topik pasal festival ni..baca betul2 tau.. Latar belakang (sumber dari wikipedia) ^_^ Tadau Kaamatan Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi . Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan K...

Winter Trip Jeju Island, Korea: Part 1

Assalamualaikum. Dah masuk tahun 2018, selamat tahun baru semua.  Banyak benda yang jadi dalam tahun 2017. Dari yang aku tak jangka, yang tak kesampaian, patah hati semualah. Yang paling tak sangka bila aku dapat juga curi masa untuk diri sendiri merawat hati yang terluka. chewwaaahh~ Kali ni nak share pasal trip musim sejuk aku dan geng travel si kakak ke Pulau Jeju sementara rasa teruja tu masih ada. Kitorang pun baru je balik tiga minggu yang lalu 16-19 Disember (semasa entri ni ditaip). Ceritanya, memang tak plan langsung nak keluar melancong untuk tahun 2017..sebab tahun ni merupakan starting point aku mula aktif dalam bidang fotografi secara serius. Banyak terlibat dalam ambil gambar job wedding, tunang, kenduri. Kembali aktif dengan kamera sebab masih belum dapat kerja yang tetap (hopefully soon to come). Dalam awal Oktober yang lalu, aku scroll timeline Facebook macam biasa, tuptup ternampak iklan dari page Air Asia mengkhabarkan yang route baru akan d...

Sejarah nahas yang terburuk di Sabah

I'M A SABAHAN  Nahas udara tidak kira melibatkan kapal terbang atau helikopter, sememangnya mahu dielakkan semua umat manusia, namun ia berlaku juga kerana pelbagai faktor seperti mekanikal, teknikal, cuaca, landasan, masalah pesawat dan kecuaian manusia. Berikut beberapa kejadian nahas udara terburuk yang pernah berlaku di bumi Sabah, sebagai iktibar dan pengajaran kepada semua. Marilah kita sama sama mendoakan semoga roh kesemua mangsa dalam nahas itu, diberkati dan ditempatkan di kalangan orang Soleh. Amin. Tun Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang terkorban dalam nahas udara 7 Jun 1976. Nahas itu menggemparkan Malaysia dan dunia. Ketua Menteri Sabah, Tun Mohd Fuad Stephens dan 10 yang lain termasuk menteri kabinet, terkorban apabila pesawat Nomad milik Sabah Air, terhempas kira kira 2 kilometer dari landasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Kejadian berlaku ketika pesawat hendak mendarat di Kota Kinabalu dari Labuan. Saksi mendengar dentuman di...