Skip to main content

Kerjaya sebagai seorang jurugambar/photographer

Assalamualaikum.

 Alamaakk!! 
Lama sangat tak berupdate blog ni. Kesiaan macam wujud tak wujud ja kan. Eheeee jangan risau la tuan rumah kedaung (owner blog) masih ada lagi cumanya da jarang nak menulis sebab paling laju update life/career hanya di Instagram atau Facebook ja. Haaaa gittuuuuu~~

Well lemme refresh. Last entry yg aku update pasal life adalah journey di UCSF sebagai photographer. Sebelum ni bergelar student untuk kursus jangka pendek aje 6 bulan. Da habis buat apee??? Tanam padi la wooiii nak hidup untuk makan. hahaha statement gila jangan diikut okay.

Alkisahnya, lepas habis ja buat official exhibition kat Imago Mall bulan Mac yang lepas, dapat la rehat kejap untuk few weeks. Sebabnya sebelum pameran da kena call terpilih untuk join Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) under UCSF juga. Hurrrmm berjodoh bonaa den ni haa dengan kolej tu. 

* Kalau berjodoh dengan staff yg aku crush tu pun lagi baik (aamiinn) 
makbulkan doa aku please, dear readers! hahahahakk

Ok2 back to story, kalau korang curious pasal SL1M pe benda tu slim utk badan ke nak kurus bagai...haaipppp pi rajinkan jari tanya incik gugel boommm berlambak info korang nak cari keluar.

SL1M yg aku join ni host company nyeerr adalah kolej tempat aku belajar fotografi dulu kat University Collage Sabah Foundation (UCSF) or pendek kata universiti yayasan sabah. Sebulan sebelum masuk kat host company kitorang attend sebulan soft skills training dengan master a.k.a fasilitator yg hebat2 belaka, Thanks to Mr. Fauzi, Mr. Ruday, Madam Ruzi and Madam sorang lagi Chinese da tak ingat nama (sorry sangat). We had a blissful month with them. Belajar banyak benda yg sebelum ni endah tak endah ja, Ended up menyesal (sikit la) sebab tak guna betul2 info yg dah pun dibagi masa zaman sekolah, 


With new friends and Mr Fauzi

Yang lain da tak ingat letak kat mana folder gambar banyak sangat haha


Hujung bulan April 26.04.2016 dah official join host company untuk SL1M. Well orang expect kerja dengan company kat office yg kena buat filing, buat marketing bagai. Tapi lain pula dengan kami yang belajar photography sebelum ni. Kami diserap untuk join Incubator programme bersama dengan tenanga pengajar kami Mr. Amri Ginang. 

Hi, sir! Nice to meet you again. :)


Well lagi sekali, memang structure photography dari masa jadi student short course dengan join Incubator program totally different. Kami bekerja di studio called Creativa, progression work is based on photography 100%. Macam susah, iya ka? 

Hahaha boleh tahan laaa..Kami yg join dalam 13-14 orang jadi bila dapat job utk shoot something tak kisah la event ka, corporate, wedding or anything relate to photo urrmmm memang berkakai juga laaa...Lagi pula aku dilantik dengan tak rasminya (ikut majoriti) untuk jadi admin di front office. Memang kadang serabai juga otak semua nak buat filing, official letter untuk mana2 company untuk shoot, buat email, hantar email, check email dan segala-gala yg kerja admin buat. 


Kadang bila jadi producer untuk event nak tak nak, terpaksa juga turun padang dan ko pun automatik jadi photographer juga. meeeehhh penat jangan cakapla dengan nak kena review gambar lepas dari co-photographer yang lain.

Tapi penat tu aku rasa macam ada masa ko seronok, ada masa ko macam mau memberontak pun ada. tah kenapa. mungkin sebab nak kena menghadap kamera, laptop semua kan.

sis cuba bertabah. walaupun admin, ko tetap ambik gambar juga ye Maiiii...hahahahahaha

Yang seronok terasa macam buat kerja masa study/masa intern dulu. Buat news tangkap gambar untuk buat story. Bezanya kali ni just ambil gambar, edit sikit then bagi kat client.

Acah juga la macam media sebab kadang tag nama untuk access venue sebagai media. haha
Omegee rindu zaman study, rindu zaman dipanggil budak journalism. huhu

*dan angin pun berlalu sambil shawl melibas-libas muka*

Macam panjang pula membebel kali ni. Haaa ambik sedas aku bagi sebab da lama tak menaip, dah lama otak tak dikerah function untuk mengarang ayat,

Sis belanja gambar atau sneak peak la event yang team Creativa dah pernah cover. 

Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2016



Pesta Kaamatan (Unduk Ngadau) 2016

Sunset Music Fest 2016

Food shot - Mamaritos Fud Trak

Borneo International Marathon 2016



As a media for Sabah Fest (Gulu-Gulu Fest 2016)



Nak guna khidmat foto dari kami? 

Nahh sis payung harga pakej studio kami.
Just call us, okay?


Thanks for reading!
Lots of love,
Cik Kupi a.k.a Mayra



Popular posts from this blog

Pesta Kaamatan (Sabah Harvest Festival)

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan! Hehehe...apakah yang sedang dibebelkan tu? opppss..saya bukan mencarut ar....ni la ayat yang paling femes orang sabah selalu cakap kalau tiba ja penghujung bulan Mei..mau tau kenapa? begini..ayat tu sebenarnya merupakan ayat macam ucapan la lebih kurang...ucapan sempena sambutan Kaamatan (satu pesta yang diraikan di Sabah) Tau apa pula tu pesta kaamatan?okay ni saya nak cerita latar belakang, sejarah, topik pasal festival ni..baca betul2 tau.. Latar belakang (sumber dari wikipedia) ^_^ Tadau Kaamatan Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi . Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan K...

Winter Trip Jeju Island, Korea: Part 1

Assalamualaikum. Dah masuk tahun 2018, selamat tahun baru semua.  Banyak benda yang jadi dalam tahun 2017. Dari yang aku tak jangka, yang tak kesampaian, patah hati semualah. Yang paling tak sangka bila aku dapat juga curi masa untuk diri sendiri merawat hati yang terluka. chewwaaahh~ Kali ni nak share pasal trip musim sejuk aku dan geng travel si kakak ke Pulau Jeju sementara rasa teruja tu masih ada. Kitorang pun baru je balik tiga minggu yang lalu 16-19 Disember (semasa entri ni ditaip). Ceritanya, memang tak plan langsung nak keluar melancong untuk tahun 2017..sebab tahun ni merupakan starting point aku mula aktif dalam bidang fotografi secara serius. Banyak terlibat dalam ambil gambar job wedding, tunang, kenduri. Kembali aktif dengan kamera sebab masih belum dapat kerja yang tetap (hopefully soon to come). Dalam awal Oktober yang lalu, aku scroll timeline Facebook macam biasa, tuptup ternampak iklan dari page Air Asia mengkhabarkan yang route baru akan d...

Sejarah nahas yang terburuk di Sabah

I'M A SABAHAN  Nahas udara tidak kira melibatkan kapal terbang atau helikopter, sememangnya mahu dielakkan semua umat manusia, namun ia berlaku juga kerana pelbagai faktor seperti mekanikal, teknikal, cuaca, landasan, masalah pesawat dan kecuaian manusia. Berikut beberapa kejadian nahas udara terburuk yang pernah berlaku di bumi Sabah, sebagai iktibar dan pengajaran kepada semua. Marilah kita sama sama mendoakan semoga roh kesemua mangsa dalam nahas itu, diberkati dan ditempatkan di kalangan orang Soleh. Amin. Tun Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang terkorban dalam nahas udara 7 Jun 1976. Nahas itu menggemparkan Malaysia dan dunia. Ketua Menteri Sabah, Tun Mohd Fuad Stephens dan 10 yang lain termasuk menteri kabinet, terkorban apabila pesawat Nomad milik Sabah Air, terhempas kira kira 2 kilometer dari landasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Kejadian berlaku ketika pesawat hendak mendarat di Kota Kinabalu dari Labuan. Saksi mendengar dentuman di...