Assalamualaikum...sudah agak lama tak menjenguk blog yang semakin berhabuk dan bersawang ni..Maaf atas kesibukan yang sangat2 tak dapat dielakkan...tambahan, semester ni perlu mewujudkan blog khas untuk subjek Online Journalism, maka banyak masa diperuntukkan untuk mengemas kini update terbaru blog tersebut sampai terlupa saya juga mempunyai blog sendiri.
Selamat menempuh dunia praktikum saya ucapkan kepada anda dan kepada saya sendiri... Anda bakal berhadapan dengan pelbagai cerita dan pengalaman yang indah mahupun yang kurang indah di tempat praktikum anda nanti.. Mungkin cerita kita semua akan berbeza... Bukan akan tapi pasti berbeza... Tapi apa-apa pon semoga kita berjaya menghadapi dengan tenang..
Sudah bersediakah anda untuk menjalani praktikum?
Sebelum tu jom lihat tips2 dari sahabat saya iaitu sahabat interaktif ini.. Tapi jangan lihat saja.. jom kita praktikkan tips ini semasa menjalani praktikal.. (zOOm in sikit)
Pertama sekali cari peluang untuk 'menjual diri'. Maksudnya cuba beri keyakinan kepada organisasi berkenaan apa yang anda mampu buat. Kadang kala skop kerja diberikan tidak sepenuhnya sama dengan apa yang dipelajari. Namun itu tidak menghalang untuk calon memberikan komitmen dalam tugas yang diberikan.
Seterusnya, kenali setiap staf dalam organisasi, termasuklah 'tea lady' dan makcik tukang sapu. Ini penting kerana staf lazimnya tahu skop kerja masing-masing. Manakala, makcik tukang sapu tahu segenap ceruk bangunan organisasi.
Ketiga, jika kurang pasti, bertanya. Tapi sebelum bertanya, 'google' dahulu. Bak kata pepatah moden, 'ask google before you ask stupid question'. Jika benar-benar buntu, barulah bertanya terutama apabila ada sesi pembentangan atau taklimat mingguan.
Keempat, laksanakan kerja melampau jangkauan. Jika tugasan atau 'task' diberi perlu ke tahap 5 dalam skala 1 hingga 10, cubalah berikan hingga ke tahap 6 dan ke atas. Pihak organisasi ingin melihat kemampuan sebenar calon kerana secara tidak langsung, calon berpotensi untuk diambil bekerja dengan organisasi berkenaan apabila bergraduat kelak.
Kelima, kreatif dan menyumbang. Calon mestilah kreatif dan menyumbang ke arah penyelesaian masalah. Calon perlulah kreatif dalam menyiapkan tugasan. Ada calon yang hanya 'tangkap muak' dalam menyelesaikan tugasan, tidak bertanya atau lebih tepat malas bertanya jika ada masalah serta tidak menyumbang kepada kemajuan organisasi.
Keenam, kerja berkumpulan atau berpasukan. Organisasi mengamalkan kerja berpasukan. Tiada istilah 'saya' dalam organisasi. Semuanya adalah 'kami'. Setiap calon perlu saling bantu membantu (dalam hal yang baik) terutamanya jika datang dari pusat pengajian yang sama.
'Last, but not least', tinggalkan sesuatu yang baik untuk diingati oleh sesuatu organisasi. Mungkin ada prosedur atau modul atau apa sahaja yang boleh digunapakai selepas calon selesai menjalani LI hasil sumbangan pelajar LI berkenaan. Kata pepatah, "budi yang baik dikenang jua". Sumbangkan sesuatu yang baik dan berkekalan kepada organisasi.
Perlu difahami tujuan LI adalah untuk mempraktiskan apa yang dipelajari di dewan kuliah di samping mendapatkan pengalaman dan ilmu baru dari organisasi berkenaan. Jadikan objektif utama menjalani LI untuk menimba ilmu kerana semasa menjadi pelajar, banyak perkara yang sesebuah organisasi boleh kongsi termasuklah 'rahsia-rahsia' organisasi.
Ada tips tambahan daripada aku:
* kalau dpt bos/ketua yg skema, garang dan tegas kekuatan mental yg tinggi amat diperlukan utk kita menhadapinya.. kalau boss/ketua marah jangan lawan, atau nangis, kita kena pandai tukar emosi boss yang marah tu kpd emosi yg tenang, maksud aku kita bagi kata2 yg lawak ka, revearse psikologi ka..manipulasi ka (cara manipulasi boss boleh tanya uncle google). Tapi kalau dapat boss yg tenang dan sporting pon jangan suka hati kita ja nak buat apa dan tak buat pape sebab walaupun dia ada watak begitu tapi dia memerhatikan kita, elakkan dok saja2 xbuat kerja, xda kerja cuba tanya boss kerja yg bole kita buat atau tanya org2 lain yg memerlukan pertolongan.
* Pergi tempat mana2 pon anda akan berhadapan dengan macam2 jenis perangai rakan sekerja. Ada talam 4 muka, kawan makan kawan, kawan hipokrit, kawan buat ketupat belakang kita, kawan yang terlalu baik, kawan sporting (tp ingat manusia ni dia akan utamakan diri dia dahulu sebelum orang lain). Jadi kita perlu banyak sabar la dalam menghadapinya.
Teringat dengan taklimat dari penyelaras practical pagi tadi.. Dia bagi taklimat pasal bagaimana kita nak berhadapan dengan dunia kerja, dalam dunia kerja kita dah tak boleh tunjuk perangai kebudak2an kita lagi, kita kena betul2 jadi macam orang yang dah bekerja.. kalau tak boleh jugak sekali sekala kita boleh jadi pelakon..pelakon yg sebenarnya2 pelakon.. jiwailah watak kita sepertimana yg diarahkan oleh pengarah. Takpon pakailah topeng yang bersesuaian dengan situasi.. Tadi sorang2 telah dipsiko oleh pensyarah.. pensyarah membaca personaliti pelajar.. katanya bukan salah kita, dah memang personaliti kita macam tu..nak buat macam mana.. contohnya, kalau orang yang mudah gelabah, bila buat kerja dlm gelabah hasil kerja yg terhasil kurang sempurna.. bab kata orang " Gelabah akan menjadi rebah" begitu la lebih kurang.. Kalau aku, aku mudah risau selagi masalah aku tidak dapat diselesaikan dlm jangka waktu yg aku tetapkan sendiri..
(semakin hari ayat yang diguna semakin skema) hehehe terkejut dengan perubahan ni :P
OK..KEMBALI KE TAJUK BLOG KALI INI.
Anda pelajar yang bakal menjalani praktikal/Latihan Industri/praktikum?
(Saya In Sha Allah, tahun depan) hihi

Akhir kata, selamat berpraktikal semua..
Artikel dicedok dari http://farazura.blogspot.com/2013/06/tips-semasa-menjalani-praktikal.html
Tips yang sangat berguna...panduan untuk mereka yang bakal menghadapi cabaran sebenar dalam kehidupan mereka setelah selesai berjuang sebagai PELAJAR.