Skip to main content

Tazkirah Mengubat Hati Yang Lara

Tazkirah Mengubat Hati Yang Lara


DIDENGARNYA SETIAP PERMOHONAN

Kadang kala Dia memberi sebelum si hamba sempat menadah tangan untuk meminta. Kerana
dia sangat mengerti keperluan hambaNya. Dia yang menjadikan si hamba dan Dia jugalah yang
mengatur liku-liku perjalanan hidup hambaNya. Apabila permintaan si hamba tidak
diperkenankan, itu bukanlah kerana Dia 'tuli' dan tidak mendengar rintihan serta pengaduan
hambaNya. Ada hamba-hamba yang dikasihiNya, yang dibiarkan menderita dan bersedih,
dibiarkan terlantar kesakitan, dibiarkan susah dan miskin, kerana begitulah caranya Dia
mendidik si hamba; diberi ujian-ujian yang akan menambahdekatkan si hamba dengan Nya dan
melebar lorong buat si hamba dalam kembara di dunia menuju ke syurga yang abadi. Hamba
yang menderita dan bersedih pasti akan mengadukan halnya kepada Dia. Hamba yang terlantar
dan kesakitan pasti akan merintih memohon keringanan dariNya. Bumi ini milik-Nya, lalu
selayaknyalah kita sebagai penghuni yang kerdil ini selalu mengadu kepadaNya.Agar kita tahu
bersyukur jika diberi rezeki yang melimpah ruah dengan cara membahagi- bahagikannya pula
kepada penghuni yang lain. Juga supaya kita tahu bersabar jika diberi rezeki yang sedikit,
kerana kesabaran itu sendiri yang menjadi makanan hati. Sama ada kita bersyukur atau
bersabar, di situ Dia menjadikan ganjaran pahala sebagai bonus untuk menempah istirehat di syurga..

Adakalanya Allah memberi di saat seorang hamba itu sudah hampir putus harapan. Waku itu
hatinya hanya diserahkan kepada Tuhan. Apa hendak jadi pun, jadilah.. 
kerana Dia yang mengatur ketentuan.
apa jua masalah, apa jua musibah yang menimpa,
itulah pengaturan Tuhan. Hikmah di sebaliknya
harus digali di samping jangan lupa terus
bermohon, solat hajat, bermunajat serta
memperbanyakkan taubat. jika masalah masih
berpanjangan dan sudah putus ikhtiar kita, maka
selaku hamba wajarlah kita kembali padaNya.
terimalah hakikat bahawa itulah ujian untuk kita,
agar diberi-Nya pahala sabar dan sebagai ingatan
kepada kita supaya tahu bersyukur dengan nikmat pemberiannya.

untungnya orang mukmin..semakin banyak masalah semakin mustajab doanya. bukan
perjuangan tanpa kesulitan tapi dalam kesulitan ada ketenangan memugar kekuatan. kita tidak
bersendirian kerana Allah pasti akan bersama!!

Popular posts from this blog

Pesta Kaamatan (Sabah Harvest Festival)

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan! Hehehe...apakah yang sedang dibebelkan tu? opppss..saya bukan mencarut ar....ni la ayat yang paling femes orang sabah selalu cakap kalau tiba ja penghujung bulan Mei..mau tau kenapa? begini..ayat tu sebenarnya merupakan ayat macam ucapan la lebih kurang...ucapan sempena sambutan Kaamatan (satu pesta yang diraikan di Sabah) Tau apa pula tu pesta kaamatan?okay ni saya nak cerita latar belakang, sejarah, topik pasal festival ni..baca betul2 tau.. Latar belakang (sumber dari wikipedia) ^_^ Tadau Kaamatan Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi . Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan K...

Winter Trip Jeju Island, Korea: Part 1

Assalamualaikum. Dah masuk tahun 2018, selamat tahun baru semua.  Banyak benda yang jadi dalam tahun 2017. Dari yang aku tak jangka, yang tak kesampaian, patah hati semualah. Yang paling tak sangka bila aku dapat juga curi masa untuk diri sendiri merawat hati yang terluka. chewwaaahh~ Kali ni nak share pasal trip musim sejuk aku dan geng travel si kakak ke Pulau Jeju sementara rasa teruja tu masih ada. Kitorang pun baru je balik tiga minggu yang lalu 16-19 Disember (semasa entri ni ditaip). Ceritanya, memang tak plan langsung nak keluar melancong untuk tahun 2017..sebab tahun ni merupakan starting point aku mula aktif dalam bidang fotografi secara serius. Banyak terlibat dalam ambil gambar job wedding, tunang, kenduri. Kembali aktif dengan kamera sebab masih belum dapat kerja yang tetap (hopefully soon to come). Dalam awal Oktober yang lalu, aku scroll timeline Facebook macam biasa, tuptup ternampak iklan dari page Air Asia mengkhabarkan yang route baru akan d...

Sejarah nahas yang terburuk di Sabah

I'M A SABAHAN  Nahas udara tidak kira melibatkan kapal terbang atau helikopter, sememangnya mahu dielakkan semua umat manusia, namun ia berlaku juga kerana pelbagai faktor seperti mekanikal, teknikal, cuaca, landasan, masalah pesawat dan kecuaian manusia. Berikut beberapa kejadian nahas udara terburuk yang pernah berlaku di bumi Sabah, sebagai iktibar dan pengajaran kepada semua. Marilah kita sama sama mendoakan semoga roh kesemua mangsa dalam nahas itu, diberkati dan ditempatkan di kalangan orang Soleh. Amin. Tun Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang terkorban dalam nahas udara 7 Jun 1976. Nahas itu menggemparkan Malaysia dan dunia. Ketua Menteri Sabah, Tun Mohd Fuad Stephens dan 10 yang lain termasuk menteri kabinet, terkorban apabila pesawat Nomad milik Sabah Air, terhempas kira kira 2 kilometer dari landasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Kejadian berlaku ketika pesawat hendak mendarat di Kota Kinabalu dari Labuan. Saksi mendengar dentuman di...