Skip to main content

aKan Tiba..

assalamualaikum wbt....saLam ramadan al-Mubarak...
memandangkan bulan ramadan yg mulia akn tiba....me nk kongsi tazkirah n segala yg berkaitan ngn bulan rahmat nie...


Makna & Fadilat Puasa Ramadhan


1) Ta’rif Puasa (As-Siyam).
Menurut bahasa ArabMenahan daripada melakukan semua perkara.
Menurut Istilah Syara’Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa, bermula dari terbit fajar (subuh) hingga terbenam matahari.
2) Hukum Puasa.
Berpuasa di bulan Ramadhan adalah salah satu daripada Rukun Islam dan merupakan salah satu daripada binaannya yang besar. Dalilnya, firman Allah Ta‘ala (Al-Baqarah:183) yang bermaksud: 
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu supaya kamu bertaqwa
Juga berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar y katanya: Nabirbersabda yang bermaksud:
Islam itu dibina di atas lima rukun: Mengucap syahadah ‘Laa ilaaha illallah, Muhammadar Rasulullah’, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah”. (Muttafaq ‘alaih: Al-Bukhari dan Muslim).
Puasa Ramadhan difardhukan ke atas umat Islam pada tahun kedua Hijrah.














3) Kelebihan (fadhilat) serta hikmat disyari‘atkan puasa.
Bulan Ramadhan merupakan suatu musim yang sangat berharga untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Sekiranya diberi kesempatan (hidup) di dalamnya maka ia merupakan suatu nikmat yang besar serta limpahan kurniaan daripada Allah Yang Maha Mulia. Allah menganugerahkannya kepada hamba-Nya yang dikehendaki untuk memperbanyakkan amal kebajikan, menaikkan darjat, menghapuskan kesalahan dan mengukuhkan hubungan dengan penciptanya Jalla wa ‘Ala (Yang Maha Tinggi). Semoga dituliskan baginya pahala yang besar, ganjaran yang banyak dan dapat mencapai keredhaan Allah serta hatinya dipenuhi dengan rasa takut kepada Allah.
4) Syarat-syarat wajib Puasa.
Para ulama’ telah berijma’ (bersepakat) bahawa puasa diwajibkan ke atas setiap orang muslim yang baligh, berakal, sihat dan bermukim (tidak musafir). Demikian juga ia diwajibkan ke atas setiap wanita apabila suci daripada haid dan nifas.
5) Adab-adab Puasa.
a- Menjauhi daripada mengumpat, mengadu (menghasut) dan lainnya daripada perbuatan yang diharamkan oleh Allah. Setiap muslim mesti menjaga lidahnya daripada menyebut perkataan yang haramsertamemeliharanya daripada bercakap mengenai hal orang lain. Sabda Nabi yang bermaksud:
Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan dusta bahkan terus melakukannya maka Allah tidak berhajat kepadanya untuk dia meninggalkan makanannya dan minumannya”. (H.R. Al-Bukhari).
b- Jangan meninggalkan makan sahur, kerana sahur boleh membantu orang yang berpuasa untuk menyempurnakan ibadat puasanya, agar dia dapat melalui siang harinya dalam keadaan rehat dan dapat menjalankan kerja-kerjanya dengan baik. Rasulullah r telah menggalakkan umatnya bersahur dengan sabdanya yang bermaksud:
Sahur adalah makanan yang diberkati. Jangan kamu tinggalkannya walaupun dengan meminum seteguk air, kerana Allah I dan para malaikat-Nya mendoakan (memberi rahmat) kepada orang yang bersahur”. (H.R.Ahmad).
c- Segera berbuka puasa apabila telah pasti terbenam matahari (maghrib). Sabda Nabi yang bermaksud:
Manusia sentiasa berada dalam keadaan baik sekiranya mereka segera berbuka puasa”. (Muttafaq ‘alaih).
d- Seboleh-bolehnya berbuka dengan ruthab (tamar separuh masak) atau tamar kering, kerana berbuka dengannya adalah sunnah. Kata Anas yang bermaksud:
Rasulullah r berbuka puasa sebelum menunaikan solat dengan ruthab, jika tiada ruthab Baginda berbuka dengan tamar, jika tiada tamar dengan beberapa teguk air”. (H.R. Abu Daud).
e- Memperbanyakkan membaca al-Quran, berzikir, memuji dan memuja Allah, bersedekah, membuat kebajikan, melakukan amalan sunat dan lainnya daripada amalan yang soleh.
Kata Abdullah bin ‘Abbas yang bermaksud:
Rasulullah r adalah seorang yang sangat pemurah dan suka melakukan kebaikan. Kemurahannya semakin bertambah di bulan Ramadhan ketika bertemu dengan Jibrail. Jibrail datang bertemu dengannya setiap malam di bulan Ramadhan untuk mengulang al-Quran. Keadaan Rasulullah r ketika bertemu Jibrail adalah sangat pemurah dalam melakukan kebajikan, lebih cepat daripada angin yang bertiup kencang”. (H.R. Al-Bukhari dan Muslim).
6) Perkara-perkara yang membatalkan puasa.
a- Makan dan minum dengan sengaja pada siang hari. Demikian juga dengan melakukan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa seperti; memasukkan air ubat yang mengenyangkan atau menelan ubat melalui mulut, kerana hukumnya seperti hukum memakan makanan dan minuman. Adapun perbuatan mengeluarkan darah yang sedikit, seperti mengambil darah untuk dikaji maka ia tidak menjejaskan puasa.
b- Melakukan jima’ (persetubuhan) pada siang hari dalam bulan Ramadhan. Jima’ membatalkan puasa. Sesiapa yang melakukannya wajib bertaubat kepada Allah kerana telah mencabuli kehormatan bulan Ramadhan. Wajib ke atasnya mengqadha puasa hari yang dilakukan jima’ padanya dan membayar kifarat; iaitu dengan memerdekakan seorang hamba. Jika tidak ada hamba wajib ke atasnya berpuasa dua bulan berturut-turut. Jika tidak mampu, wajib ke atasnya memberi makan enam puluh orang miskin. Setiap orang diberikan setengah gantang gandum atau sebagainya daripada makanan (asasi) yang dimakan di negeri itu. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah y:
بينما نحن جلوس عند النبي r إذ جاء رجل، فقال: يا رسول الله هلكت. قال:  “ما لك؟” قال: وقعت على امرأتي وأنا صائم. فقال رسول الله r: “هل تجد رقبة تعتقها؟” قال: لا. قال: “فهل تستطيع أن تصوم شهرين متتابعين؟” قال: لا. قال: “فهل تجد إطعام ستين مسكيناً؟” قال: لا. قال: فمكث النبي r، فبينما نحن على ذلك أُتيَ النبي r بعَرَق فيه تمر -والعَرَق: المِكْتَل-، قال: “أين السائل؟” فقال: أنا. قال: “خذ هذا فتصدق به”. فقال الرجل: على أفقر مني يا رسول الله؟ فو الله ما بين لابتيها -يريد الحرتين- أهل بيت أفقر من أهل بيتي. فضحك النبي r حتى بدت أنيابه، ثم قال: “أطعمه أهلك)) رواه البخاري ومسلم.
Sedang kami duduk bersama Rasulullah r tiba-tiba datang seorang lelaki memberitahu kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah: Binasalah saya! Sabda Nabi: “Kenapa dengan kamu ini?”. Jawabnya: Saya telah melakukan jima’ dengan isteri saya sedangkan saya berpuasa. Sabda Nabi: “Apakah kamu memiliki seorang hamba?”. Jawabnya: Tidak. Sabda Nabi lagi: “Apakah kamumampu melakukan puasa dua bulan berturut-turut?”. Jawabnya: Tidak. Sabda Nabi lagi: “Apakah kamu mempunyai makanan untuk enam puluh orang miskin?”. Jawabnya: Tidak. Rasulullah diam seketika, tiba-tiba datang seorang membawa tamar satu ‘araq(sebuah bakul yang dibuat daripada daun kurma, anggaran muatannya sebanyak lima belas gantang) Nabi r pun bertanya: “Di mana orang yang bertanya tadi?”. Jawab lelaki itu: Saya. Sabda Nabi r: “Ambillah tamar ini dan sedekahkannya”. Jawab lelaki itu: Apakah kepada orang yang lebih fakir daripada saya wahai Rasulullah?. Demi Allah, tidak ada penduduk di antara dua tanah hitam (Madinah) ini lebih fakir daripada keluarga kami. Rasulullah r tersenyum hingga nampak gigi taringnya, kemudian Nabi r bersabda: “Berilah makan kepada keluargamu”. (H.R.Al-Bukhari dan Muslim).
c- Keluar mani dengan sebab bercumbu, bersentuhan atau mengeluarkan dengan tangan atau mengulang-ulang pandangan kepada perkara yang memberahikan. Apabila seorang yang sedang berpuasa mengeluarkan mani dengan sebab-sebab yang tersebut terbatallah puasanya dan wajib ke atasnya menggantikannya (qadha). Dia mesti meneruskan puasanya pada hari tersebut dan tidak dikenakan kifarat, wajib bertaubat, menyesali perbuatan tersebut dan beristighfar serta menjauhkan perkara-perkara yang boleh membangkitkan syahwatnya.
Kalau seseorang yang sedang berpuasa tidur kemudian bermimpi hingga keluar mani maka perkara tersebut tidak menjejaskan puasanya. Dia tidak dikenakan fidyah tetapi wajib ke atasnya mandi hadas.
d- Muntah dengan sengaja, iaitu dengan mengeluarkan makanan daripada perut melalui mulut. Tetapi jika termuntah dengan sendiri dan bukan dengan sengaja atau kehendak sendiri maka tidak menjejaskan puasanya, sabda Nabi r:
(( من ذرعه القيء فليس عليه قضاء، ومن استقاء عمداً فليقض )) رواه أبو داود والترمذي.
Sesiapa yang termuntah tidak dikenakan qadha, dan sesiapa yang muntah dengan sengaja wajib ke atasnya qadha”. (H. R. Abu Daud dan at-Tirmizi).
e- Keluar darah haid atau nifas, sama ada keluar pada awal pagi atau petang ataupun sebelum terbenam matahari, maka puasanya terbatal
Bagi orang yang berpuasa lebih baik tidak berbekam, agar puasanya terjaga daripada perkara yang membatalkannya, tidak menderma darah kecuali dalam keadaan terdesak untuk membantu orang sakit yang memerlukannya dan seumpamanya.
Adapun keluar darah dari hidung, atau melalui kahak, atau luka ataumencabut gigi dan seumpamanya tidak menjejaskan puasa.
7) Beberapa hukum umum mengenai puasa.
a- Wajib berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan melihat anak bulan, kerana firman Allah Ta‘ala yang bermaksud: (البقرة: 185).
Sesiapa di antara kamu yang melihat anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya) maka hendaklah ia berpuasa”. (Al-Baqarah: 185).
b- Memadai sabit melihat anak bulan dengan pengakuan seorang muslim yang adil (tidak melakukan dosa besar), berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar y katanya:
(( تراءى النّاس الهلال، فأخبرت رسول الله r أني رأيته، فصام وأمر النّاس بصيامه )) رواه أبو داود والدارمي وغيرهما
Orang ramai melihat anak bulan, maka saya pun menyampaikan berita kepada Rasulullah r bahawa saya telah melihatnya. Baginda pun berpuasa dan mengarahkan agar semua berpuasa”. (H.R. Abu Daud dan ad-Darimi).
c- Keputusan menentukan permulaan puasa bagi setiap negara ialah di bawah kuasa pemerintah negara tersebut. Apabila ketua negara menentukan puasa atau tidak maka rakyat wajib mentaatinya. Jika berada dalam negara yang diperintah oleh bukan orang Islam, maka orang Islam mestilah mengikut keputusan yang dibuat oleh Pusat Islam atau seumpamanya demi untuk menjaga kesatuan umat Islam.
d- Boleh menggunakan teropong untuk melihat anak bulan dan tidak boleh berpegang dengan kiraan hisab falak dan memandang bintang untuk menentukan permulaan puasa atau hari raya. Wajib berpegang kepada melihat anak bulan, sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah Ta‘ala dalam surah (البقرة: 185) yang bermaksud.
Sesiapa di antara kamu yang melihat anak bulan Ramadhan maka hendaklah ia berpuasa”. (Al-Baqarah: 185).
e- Sesiapa yang berada dalam bulan Ramadhan dari kalangan orang mukallafmaka wajiblah ke atasnya berpuasa, sama ada waktu siang panjang atau pendek.
f- Perkiraan bagi permulaan puasa Ramadhan bagi setiap negara ialah dengan melihat anak bulan daripada tempat naiknya (matla’) mengikut pendapat ulama’ yang rajih (kuat), kerana para ulama’ telah sepakat mengatakan tempat naik (matla’) anak bulan berbeza bagi setiap negeri. Hal yang tersebut termasuk dalam perkara yang diketahui umum, berdasarkan sabda Nabi r:
(( صوموا لرؤيته، وافطروا لرؤيته، فإن غُمَّ عليكم فأكملوا شعبان ثلاثين يوماً )) أخرجه البخاري ومسلم.
Berpuasalah dengan sebab melihat anak bulan dan berbukalah dengan melihatnya. Sekiranya cuaca mendung (kamu tidak dapat melihatnya) maka sempurnakan bilangan Sya’ban tiga puluh hari”. (H. R. Al-Bukhari dan Muslim).
g- Wajib ke atas orang yang berpuasa, berniat puasa pada waktu malam, berdasarkan sabda Nabi r:
(( إنما الأعمال بالنيّات، وإنما لكل امرئ ما نوى )) متفق عليه.
Setiap amalan mesti dengan niat. Sesungguhnya bagi setiap orang itu mengikut apa yang diniatkan”. (Muttafaq ‘alaih).
Sabda Nabi r:
(( من لم يجمع الصيام قبل الفجر فلا صيام له )) أخرجه أحمد وأبو داود والترمذي والنسائي من حديث حفصة رضي الله عنها.
Sesiapa yang tidak berniat puasa sebelum fajar maka tidak sah puasanya”. (H.R. Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi dan an-Nasai daripada hadis Hafsahradiallahu ‘anha).
h- Tidak halal bagi seorang muslim meninggalkan puasa atau berbuka sepanjang siang hari bulan Ramadhan kecuali ada keuzuran seperti sakit, musafir atau perempuan haid, nifas, hamil atau menyusukan anak, firman Allah Ta‘ala dalam surah (البقرة: 184) yang bermaksud.
Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajib ia berpuasa sebanyak (bilangan hari yang ditinggalkan) itu pada hari-hari lain”. (Al-Baqarah: 184).
i- Orang sakit yang tidak mampu berpuasa atau sukar untuk menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa atau boleh membawa kemudaratan jika berpuasa, diharuskan baginya untuk tidak berpuasa pada bulan Ramadhan, tetapi hendaklah menggantikannya (qadha) pada masa yang lain mengikut bilangan hari yang ditinggalkannya.
j- Wanita yang sedang hamil atau menyusu anak. Seandainya takut kemudharatan berlaku ke atas dirinya sahaja, dibolehkan ke atas mereka ini berbuka puasa dan wajib ke atas mereka mengqadhakan puasa yang ditinggalkannya menurut ijma’ ulama’, kerana keadaan kedua-duanya seperti orang sakit yang takut binasa dirinya dengan sebab puasa.
k- Kalau wanita tersebut takut kemudharatan ke atas dirinya serta anaknya atau mudharat ke atas anaknya sahaja. Harus baginya berbuka puasa dan wajib ke atasnya qadha puasa yang ditinggalkan, berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas daripada Nabi r:
(( إن الله وضع عن المسافر نصف الصلاة والصوم، وعن الحبلى والمرضع )).
رواه النسائي وابن خزيمة وهو حديث حسن.
Allah I telah meringankan daripada orang musafir setengah solat dan puasasertadaripada wanita mengandung dan menyusu”. (H.R. An-Nasai dan Ibnu Khuzaimah, darjatnya: Hasan).
l- Orang yang terlalu tua sama ada lelaki atau perempuan, diberikan kelonggaran kepada mereka untuk meninggalkan puasa sekiranya puasa boleh menyebabkan kesukaran dan kesusahan yang berat ke atas mereka. Wajib ke atas keduanya memberi makan seorang miskin setiap hari. Dalilnya hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada ‘Ataa’ beliau mendengar Ibnu ‘Abbas y membaca ayat: (البقرة: 184).
Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah (iaitu) memberi makan seorang miskin”. (Al-Baqarah: 184).
Kata Ibnu Abbas y: Ayat ini tidak dimansuhkan (dibatalkan hukumnya). Ianya digunakan untuk orang lelaki dan perempuan yang terlalu tua, yang tidak mampu melakukan puasa, maka diberi makan seorang miskin setiap hari”.
m- Musafir dikira salah satu daripada keuzuran yang diharuskan berbuka puasa, dalilnya hadis Anas t:
(كنا نسافر مع النبي r، فلم يعب الصائم على المفطر، ولا المفطر على الصائم) متفق عليه.
Kami bermusafir bersama Rasulullah r. Tidak ada sahabat yang berpuasa mencela orang yang tidak berpuasa dan orang yang tidak berpuasa pula tidak mencela orang yang berpuasa”. (Muttafaq ‘alaih).

Fadhilat Sembahyang Terawih

Malam 1 : keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 : diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 : berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 : memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 : Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 : datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 : Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 : Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 : Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 : Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 : Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 : Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 : Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 : Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’.



FADILAT RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad s.a.w. Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, "Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan. "Sabda baginda dalam hadis yang lain, "Jika umat manusia itu mengetahuk akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadhan."

(i) Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.


(ii) Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.


(iii) Ramadhan dibagikan kepada tiga bahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebaan dari siksa api neraka.


(iv) Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain.


(v) Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.


(vi) Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.


(vii) Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.


(viii) Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.



Popular posts from this blog

Pesta Kaamatan (Sabah Harvest Festival)

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan! Hehehe...apakah yang sedang dibebelkan tu? opppss..saya bukan mencarut ar....ni la ayat yang paling femes orang sabah selalu cakap kalau tiba ja penghujung bulan Mei..mau tau kenapa? begini..ayat tu sebenarnya merupakan ayat macam ucapan la lebih kurang...ucapan sempena sambutan Kaamatan (satu pesta yang diraikan di Sabah) Tau apa pula tu pesta kaamatan?okay ni saya nak cerita latar belakang, sejarah, topik pasal festival ni..baca betul2 tau.. Latar belakang (sumber dari wikipedia) ^_^ Tadau Kaamatan Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi . Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan K...

Winter Trip Jeju Island, Korea: Part 1

Assalamualaikum. Dah masuk tahun 2018, selamat tahun baru semua.  Banyak benda yang jadi dalam tahun 2017. Dari yang aku tak jangka, yang tak kesampaian, patah hati semualah. Yang paling tak sangka bila aku dapat juga curi masa untuk diri sendiri merawat hati yang terluka. chewwaaahh~ Kali ni nak share pasal trip musim sejuk aku dan geng travel si kakak ke Pulau Jeju sementara rasa teruja tu masih ada. Kitorang pun baru je balik tiga minggu yang lalu 16-19 Disember (semasa entri ni ditaip). Ceritanya, memang tak plan langsung nak keluar melancong untuk tahun 2017..sebab tahun ni merupakan starting point aku mula aktif dalam bidang fotografi secara serius. Banyak terlibat dalam ambil gambar job wedding, tunang, kenduri. Kembali aktif dengan kamera sebab masih belum dapat kerja yang tetap (hopefully soon to come). Dalam awal Oktober yang lalu, aku scroll timeline Facebook macam biasa, tuptup ternampak iklan dari page Air Asia mengkhabarkan yang route baru akan d...

Sejarah nahas yang terburuk di Sabah

I'M A SABAHAN  Nahas udara tidak kira melibatkan kapal terbang atau helikopter, sememangnya mahu dielakkan semua umat manusia, namun ia berlaku juga kerana pelbagai faktor seperti mekanikal, teknikal, cuaca, landasan, masalah pesawat dan kecuaian manusia. Berikut beberapa kejadian nahas udara terburuk yang pernah berlaku di bumi Sabah, sebagai iktibar dan pengajaran kepada semua. Marilah kita sama sama mendoakan semoga roh kesemua mangsa dalam nahas itu, diberkati dan ditempatkan di kalangan orang Soleh. Amin. Tun Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang terkorban dalam nahas udara 7 Jun 1976. Nahas itu menggemparkan Malaysia dan dunia. Ketua Menteri Sabah, Tun Mohd Fuad Stephens dan 10 yang lain termasuk menteri kabinet, terkorban apabila pesawat Nomad milik Sabah Air, terhempas kira kira 2 kilometer dari landasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Kejadian berlaku ketika pesawat hendak mendarat di Kota Kinabalu dari Labuan. Saksi mendengar dentuman di...