Malaysia, kau sudah tertubuh genap 57 tahun, pada tahun ini. Telah banyak kau lalui sepanjang berlalunya tahun-tahun yang sudah Banyak kejayaan telah kau capai, Banyak juga rintangan yang kau hadapi. Tidak lari daripada tohmahan, kejian, juga sindiran yang dilempar padamu Sama ada dari luar, mahu pun daripada bangsa mu sendiri. Bila mengenang untuk apa yang berlaku pada tahun 2014 ini, sungguh DUGAAN hebat kau tempuhi. Kau diduga, pemimpin serta rakyat juga turut terkesan. Begitu rakusnya anasir-anasir luar yang ingin mengganggu goyahkan perpaduan kita. Begitu lantangnya suara-suara dunia menghukum dan menyalahkan apabila tragedi MH370 berlaku. Tapi, apabila MH17 terjadi, kita berduka, kita meratapi nasib yang menimpa bak kata sudah jatuh ditimpa tangga. Seluruh dunia teus menerus menghala mata dan lensa ke arah kita. Ada salah yang ingin dicari. Ada pihak yang ingin dituding jari. Namun, dalam kita bertarung dengan keme...