anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

아름다운 친구

Thursday, January 12, 2017

2017 - A new beginning



Assalamualaikum..Ya Allah! Lama bonaaaa tinggalkan blog ni..terabai sungguh..maaf la kalau ada yang blogwalking (perasan femes jap) kalau melawat je entri tak pernah ada yg baru. lol




Dah 2017 kan? Korang rasa cepat tak?
Sekejap ja rasanya tahun 2016 berlalu. Bila check balik last entry bulan Ogos..memang jarang dah jari jemariku menaip..

Sebenanrnya banyak yang jadi di tahun 2016..peristiwa yang tak diduga..
Dan 2016 jugalah tahun aku banyak menangis. Salah satu yang aku sangat tak menjangka akan kehilangan yang sangat besar dalam keluarga kami. Ayah tercinta pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya..Unexpected! Bila ingat balik rasa macam nak tercabut jantung kejap..orang yg selalu ada depan mata dah pergi dan takkan ada lagi untuk kami tengok, untuk kami dengar suara.

Tapi kami perlu kuat dan teruskan kehidupan. Sebab tu juga aku dah terlupa sekejap dengan blog ni. Aku masih rasa sepi, sedih. Mustahil kan untuk lupakan semua?

Bapa, orang yg paling aku sayang tinggalkan kami dalam masa yang singkat. Sebab tu sampai sekarang masih rindu. Allah...Hati yang galau, siapa la yang tau kan? Kalau teringat, aku antara orang yg rapat dengan bapa dari dulu. (sampai kena panggil anak bapa) kenangan yang ada memang susah untuk lupa.

Ok lah. Aku tak mau cerita panjang pasal ni. Doakan kami sekeluarga sentiasa kuat untuk hadapi hidup kami tanpa bapa di sisi. 4 bulan sejak pemergian kekal, kami masih cuba biasakan kehidupan tanpa bapa di rumah ni. InshaAllah ko kuat Mai!


Al-fatihah untuk almarhum ayahanda kami, Hj Ahmad Hj Yassin.
Semoga Allah permudahkan urusan akhirat beliau, ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang soleh, dikurniakan syafaat dan diampunkan dosa-dosanya. 






Kenangan terakhir bergambar bersama arwah bapa.

p/s: Buat pertama kali lepas 16 tahun lengkap kami 11 orang adik beradik bergambar termasuk abg ipar dan kakak ipar.


Semoga semua azam baru di tahun 2017 ni menjadi kenyataan. (semoga aku juga masih diberi peluang untuk sambung master) Aamiin..kalau nda pun dapat kerja yang bagus2 juga..Aamiin..



..SELAMAT TAHUN BARU..

I like you the best