Assalamualaikum..Ya Allah! Lama bonaaaa tinggalkan blog ni..terabai sungguh..maaf la kalau ada yang blogwalking (perasan femes jap) kalau melawat je entri tak pernah ada yg baru. lol Dah 2017 kan? Korang rasa cepat tak? Sekejap ja rasanya tahun 2016 berlalu. Bila check balik last entry bulan Ogos..memang jarang dah jari jemariku menaip.. Sebenanrnya banyak yang jadi di tahun 2016..peristiwa yang tak diduga.. Dan 2016 jugalah tahun aku banyak menangis. Salah satu yang aku sangat tak menjangka akan kehilangan yang sangat besar dalam keluarga kami. Ayah tercinta pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya..Unexpected! Bila ingat balik rasa macam nak tercabut jantung kejap..orang yg selalu ada depan mata dah pergi dan takkan ada lagi untuk kami tengok, untuk kami dengar suara. Tapi kami perlu kuat dan teruskan kehidupan. Sebab tu juga aku dah terlupa sekejap dengan blog ni. Aku masih rasa sepi, sedih. Mustahil kan untuk lupakan semua? Bapa, orang yg paling aku sayang...