Wahai si pemilik hati,.. kuatkanlah hatimu,.. cekalkanlah hatimu,.. tabahkanlah hatimu,.. yakinkanlah hatimu,.. bersihkanlah hatimu,.. kerana setiap perlakuanmu bermula daripada hatimu... Wahai si pemilik hati,.. berusahalah menjadi insan yang berseri,.. yang tak lekang dik biasan 7 cahaya yang menyinari,.. umpama pelangi menjelma sejenak setelah hujan diredai,.. dan umpama kesegaran cahaya mentari di pagi hari... Wahai si pemilik hati,.. tabahkanlah dirimu menghadapi sebarang cubaan,.. sabarkanlah hatimu mengharungi arus ujian,.. lihatlah dengan hatimu segala isi tersirat yang tersimpan,.. yang menilai keteguhan dan kekuatan iman... Wahai si pemilik hati,.. ingatlah, Allah sentiasa disisimu,.. dirimu bukan kesepian,.. dan bukan juga keseorangan,..tetapi sentiasa berteman,.. yang sentiasa disisimu tak kira masa, waktu dan ketika,.. walau dimana jua dirimu meniti arus kehidupan... Ya Allah ya tuhanku,.. sungguh beruntungnya hambamu ini kerana menjadi hambamu,.. sungguh ber...