Skip to main content

Posts

Wedding day Leyha | Yuz 11.03.2017

Assalamualaikum.. Sekian lama nda buat job wedding (jadi official photographer) gitu, last buat pun dalam bulan Mei tahun lepas..pergghh punya lama tu berehat.. Jadi tahun ni mau slow2 aku aktif balik ambil gambar terutamanya engagement / wedding..mau asah skill ba..lama nda beraksi..eventually bukan kepakaran bab wedding2 ni (sebab nda minat sangat). hahahaa Last week, berdua dengan geng karas si Biebbiey bertolak awal pagi dari KK ke Kundasang sempena wedding day kawan sumandak Leyha..Sebab dalam masa yang sama mau buat praktikal snap sana sini gambar..Mana tau skills sudah ke laut nda pandai balik2 kan.. :p Harapnya tangan masih ada bisa untuk shot dari few angles yang lain, create moment, ada story behind every pictures...kaaaann? hehee Insha Allah minggu ni try job engagement a.k.a orang bertunang pula...berdebar sebab tau gambar2 yang aku ambil sebelum ni pun nda setanding dan sehebat otai2 yang sudah lama beraksi dalam industri fotografi perkahwinan ni..gua masih amatu...

Be A Better Me

Hai readers..di tahun 2017 ni cikmai cuba sikit-sikit la merajinkan diri update blog.  Mungkin nda selalu tapi ada la sebulan sekali ka, 2 kali sebulan..bergantung tahap kerajinan diriku menaip..hahaha Tak minta banyak, cuma harapnya hati cikmai ni makin sado di tahun yang sudah berubah angkanya dari tahun lepas. Sebab...banyak perkara/hal yang sudah berubah 360 darjah. Dan kena biasakan diri dengan perubahan yang berlaku. Walaupun kadang terlupa dan ingat 'DIA' masih ada di sisi.. Tetap tersenyum..walaupun gelombang duka yang berlalu meninggalkan parut kekal.  Insha Allah saya kuat..doakan cikmai dan keluarga..kami masih bertatih untuk membiasakan diri masing-masing dengan kekosongan yang ada di hati. I am strong..I know and I can do it.  thanks for reading. :')

2017 - A new beginning

Assalamualaikum..Ya Allah! Lama bonaaaa tinggalkan blog ni..terabai sungguh..maaf la kalau ada yang blogwalking (perasan femes jap) kalau melawat je entri tak pernah ada yg baru. lol Dah 2017 kan? Korang rasa cepat tak? Sekejap ja rasanya tahun 2016 berlalu. Bila check balik last entry bulan Ogos..memang jarang dah jari jemariku menaip.. Sebenanrnya banyak yang jadi di tahun 2016..peristiwa yang tak diduga.. Dan 2016 jugalah tahun aku banyak menangis. Salah satu yang aku sangat tak menjangka akan kehilangan yang sangat besar dalam keluarga kami. Ayah tercinta pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya..Unexpected! Bila ingat balik rasa macam nak tercabut jantung kejap..orang yg selalu ada depan mata dah pergi dan takkan ada lagi untuk kami tengok, untuk kami dengar suara. Tapi kami perlu kuat dan teruskan kehidupan. Sebab tu juga aku dah terlupa sekejap dengan blog ni. Aku masih rasa sepi, sedih. Mustahil kan untuk lupakan semua? Bapa, orang yg paling aku sayang...

HIKING - Bukit Trig, Keningau.

Assalamualaikum.. Kali ni nak share pengalaman hiking di tempat jauh sikit dari tempat tinggal. Selalu hiking area KK seja kaaann...Kalau di KK macam hampir semua bukit yang selalu disebut orang sudah ditawan.. Antara bukit yang sudah berjaya di tawan: Bukit Kopungit, Kepayan  Bukit Botak, Sepanggar Bukit Tirig, Tuaran Bukit Nuluh Lapai Lapasan, Tuaran Bukit Perahu, Tamparuli Minggu lepas berkesempatan ikut kakak balik kampung keluarga angkat dia di Keningau..Asalnya memang datang sana sebab ada jemputan kenduri kesyukuran, tapi dah alang kan stay semalam tidur di rumah, esoknya plan hiking di bukit yg baru di buka trail/laluan untuk didaki. BUKIT TRIG, APIN-APIN KENINGAU Seawal lepas Subuh suda bangun semangat bonaa nak hiking. kihkihkih  Tapi disebabkan trail ni baru, dan baru sangat dibuka jadi ramai lah pengunjung yang datang. Tapi serius! Ramai gila orang yang semangat juga nak hiking. Ada yang datang ...