Skip to main content

Caramel Macchiato mengidam punya pasal

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu to all bloggers and readers



Hari ni macam stress sikit la, ada benda yang buat diri ni bengang sekejap dan rasa nak tendang orang ada, tumbuk orang ada nak gigit semua la. Tapi lastly cool down juga walaupun tabung sendiri berderai akhirnya. 

Tu diaaa bila rasa marah menguasai diri. Jangan contohi perangai buruk aku ni ye..
Tapi kalau nak ikut perangai yang pelik nan satu ni boleh...
Aku kalau dah tak boleh tahan sangat rasa marah tu dan tak nak susahkan orang, 
nak tambah keruh keadaan pecah barang semua tu, aku pegi cuci tandas. 
YES. Clean the toilet, tak pun cuci kain, atau cuci kasut.

At least, dah sental dinding, sental lantai, berus kasut semua tu kurang juga perasaan syaitan yang satu ni..heeiihh nasib la jenis cepat sejuk juga..


okay..okay..ni dah lari tajuk pula..
ala saje2 nak tambah perisa kat entri kali ni


Dah marah hangin satu badan, masa tu juga mengidam, teringin nak minum starbucks
minuman feveret selalu,.Caramel Macchiato

Tapi sebab malas nak jalan, bongkar barang kat dapur semua bahan nak diguna ada.

Apalagi teruskan misi la, cuma kurang ais je sebab plan nak buat blended punya
Sesuka hati suruh anak buah pegi kedai beli ais. eleh dorang tak ikut arahan tak dapat nak tumpang rasa nanti. haha ugut sikit bebudak ni.


Ni pun sebab gugel resepi then terjumpa satu blog akak ni yang buat minuman yang sama tapi versi hot la minum panas. 
Aku pula buat versi blended sebab nak sejukkan hati yang panas membahang 
hahahaha



Sumber rimadania
Thanks akak sebab berkongsi resepi ni


Jom laaa kita belajar cara buatnye..


CARAMEL SAUCE

1 cawan gula pasir (aku kurangkan ke setengah)
3/4 cawan air
1 sudu esen vanila
1/2 cawan heavy cream
2 sudu butter cair (aku tak letak)
secubit garam

Cara membuat:

1. Panaskan periuk, masukkan gula pasir dan air dalam periuk.
biarkan masak kejap sampai warna bertukar keperangan (jangan sampai hangus tau) then bila dah tukar warna slowkan api

2. masukkan heavy cream, garam, esen vanila dan kacau sampai sebati 
(aku tak letak butter ye)

3. lepas tiga minit, matikan api dan tuang ke dalam mangkuk




CARAMEL MACCHIATO

3 sudu nescafe (aku guna satu sachet instant coffee)
1 cawan low fat milk (panas)
2-3 titis esen vanila
1/2 cawan gula pasir


Cara membuat:

1. Bancuh instant coffee (nescafe), letak tepi

2. Blend susu, esen vanila dan gula pasir sampai berbuih

3. Masukkan bancuhan air kopi tadi dan blend sekali lagi

4. Tuang kopi dalam cawan dan biarkan buih penuh atas permukaan cawan tu. Drizzle karamel tu atas foam kopi tadi mengikut suka anda. Nak manis tuang lee bebanyak kaan
(yang ni tak menyempatnye, belum sempat karamel pekat aku dah drizzle atas foam tu. haha



Ini la ghupenyeee


Macam tak jadi pun ye juga...hahaha
sebabnya foam tu dah dikacau-kacau oleh my niece, aku pula dah siap dengan macchiato ni terus berdesap sambung masak kari daging.

Tak kisah la janji aku happy, perut aku yang mengidam starbucks/coffee bean segala tu dah tertunai.
Dalam masa yang sama aku boleh jimat duit. Satu mug atau medium size kat kedai mahal tu je dah berapa ringgit. Aku dah boleh jimat RM10-RM15 kaaan?

Kepada pencinta kopi seperti aku ni, kalau malas nak keluar tapi teringin, 
buat je sendiri kat rumah
Rajinkan diri google resepi 
Berlambak ada..
Selamat mencuba ya... 


Thanks for reading this entry

^_^











Popular posts from this blog

Be Strong Hyunseung

I CAN'T BEAR TO SEE HIS CRYING LIKE THIS I'M CRYING TOO!! I know it's not nice to report news of someone death http://www.kstar10.com/view.htm?idxno=2012092010232327364 http://enewsworld.mnet.com/enews/contents.asp?idx=15518 But, still..Be strong Hyunseung..for your mom and your younger sister B2UTY always with you.. I know you need a lot of time to heal :( Rest in peace Mr.Jang I have to remove the gifs before  (Hyunseung dance with his late father)  to respect and concern..I'm sorry guys

Winter Trip Jeju Island, Korea: Part 1

Assalamualaikum. Dah masuk tahun 2018, selamat tahun baru semua.  Banyak benda yang jadi dalam tahun 2017. Dari yang aku tak jangka, yang tak kesampaian, patah hati semualah. Yang paling tak sangka bila aku dapat juga curi masa untuk diri sendiri merawat hati yang terluka. chewwaaahh~ Kali ni nak share pasal trip musim sejuk aku dan geng travel si kakak ke Pulau Jeju sementara rasa teruja tu masih ada. Kitorang pun baru je balik tiga minggu yang lalu 16-19 Disember (semasa entri ni ditaip). Ceritanya, memang tak plan langsung nak keluar melancong untuk tahun 2017..sebab tahun ni merupakan starting point aku mula aktif dalam bidang fotografi secara serius. Banyak terlibat dalam ambil gambar job wedding, tunang, kenduri. Kembali aktif dengan kamera sebab masih belum dapat kerja yang tetap (hopefully soon to come). Dalam awal Oktober yang lalu, aku scroll timeline Facebook macam biasa, tuptup ternampak iklan dari page Air Asia mengkhabarkan yang route baru akan d...

B2ST TO RELEASE OST FOR DRAMA "BIG"

GOOD NEWS FOR B2UTIES!! Ahead of their comeback, B2ST will be participating in the OST for KBS latest drama ‘Big’. B2ST will release their OST track titled “Hated Person” on the midnight of June 11th. “Hated Person” was produced by Sweetune, the composers behind KARA’s “Mister”, “Step” and INFINITE’s “Be Mine”. The song is described to be a refreshing combination of synth and guitar sounds perfectly fit for the bright atmosphere of ‘Big’. Sweetune said, “B2ST’s ‘Hated Person’ is a refreshing track that will be a perfect fit for the hot summer.” B2ST also stated, “We’re glad to show a new side of B2ST through a new song for the first time in a while. Please show your interest and support in the OST and for ‘Big’.” Do you excited? Let's have high five together! ^__^ I miss them soo much! Their voice will rockin my day again B2ST  ♥   B2UTY Let's wait and keep support Their comeback is around the corner^^ ...