Skip to main content

Pesta Kaamatan (Sabah Harvest Festival)

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan!

Hehehe...apakah yang sedang dibebelkan tu? opppss..saya bukan mencarut ar....ni la ayat yang paling femes orang sabah selalu cakap kalau tiba ja penghujung bulan Mei..mau tau kenapa? begini..ayat tu sebenarnya merupakan ayat macam ucapan la lebih kurang...ucapan sempena sambutan Kaamatan (satu pesta yang diraikan di Sabah)

Tau apa pula tu pesta kaamatan?okay ni saya nak cerita latar belakang, sejarah, topik pasal festival ni..baca betul2 tau..

Latar belakang (sumber dari wikipedia) ^_^


Tadau Kaamatan
Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.

Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.

Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.

Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras(nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. Makanan tradisional turut disediakan sempena hari tersebut.

Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.
Asal usul Magavau


Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ia tetap membawa maksud yang sama.

Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".

Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang dirayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.

Ni pula info dari web negeri Sabah.



Ibadat Tadau Kaamatan (Pesta Menuai)

Salah satu Pesta yang masih kekal di Sabah setiap tahunan adalah perayaan Tadau Kaamatan atau Pesta Menuai yang di adakan pada akhir Mei. Ciri-ciri yang paling mudah dikenali mengenai sambutan ini secara umum adalah mengenai keriangan, kebudayaan, persembahan sukan tradisional, dan tentu saja, Unduk Ngadau (Ratu Pesta Menuai).

Tadau Kaamatan bagaimanapun mempunyai latar belakang dalam kepercayaan agama dan ritual tradisional orang Kadazan-Dusun pribumi yang ada kaitan secara langsung dengan penanaman padi dan penuaian. Jika seseorang itu untuk mendalami pemeliharaan perayaan ini, seseorang perlu memahami beberapa ritual yang terlibat dan kepentingan mereka.

Kadazan-Dusun percaya bahawa pada zaman dahulu kala rakyat mengalami kebuluran besar. Tuhan mereka (Kinoingan) kasihan kepada mereka, dan mengorbankan anaknya, Huminodun, dengan memotong menjadi kepingan kecil. Daging beliau telah ditabur atas tanah dan daripada itu tumbuhlah tanaman padi pertama. Oleh itu, masyarakat Kadazan-Dusun percaya bahawa korban tersebut telah membawa perubahan dan kini Huminodun dipercayai sebagai semangat padi yang dikenali sebagai Bambazon / Bambarayon.

-well, saya ada darh campuran juga kadazan dusun belah ibu ^^


Perayaan tersebut dicerap dalam 6 ritual peringkat:


Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.

1. Majlis Kumogos
Sebelum musim menuai bermula, Bobohizan / Bobolian (ritual pakar) akan memilih dan ikat-7 tangkai padi yang terbaik dari plot sawah. Kepentingan beras ini hanya akan dituai selepas plot tertentu daripada bidang telah dituai sepenuhnya. 7 tangkai beras kemudian akan bertaburan di seluruh sawah padi. Isyarat ini adalah untuk memaklumkan roh lain yang boleh hadir di kalangan sawah untuk tidak membuat sebarang gangguan apabila kerja penuaian untuk bermula dan setiap daripada mereka akan diberi sesuatu selepas musim menuai.

2. Majlis Kumotob
Dari kawasan yang belum lagi dituai untuk Bobohizan / Bobolian akan pilih 7 tangkai beras yang terbaik. Batang dipilih kemudiannya diikat bersama-sama dan diletakkan di dalam tadang (jenis bakul untuk menyimpan padi). Selebihnya beras dalam bidang kemudian dituai dan nasi bertukar menjadi benih bagi musim penanaman masa depan

3. Majlis Posisip
Bobohizan / Bobolian pergi ke pondok padi bersama-sama dengan 7 batang beras yang diikat dan diletakkan di tadang. Ketika membaca dikir dia membawa keluar ikatan batang padi dan memasukkan mereka dalam tiang buluh yang disimpan dalam tangkob. Bacaan dikir itu adalah untuk memanggil semangat padi untuk tinggal di pondok beras sehingga musim penanaman seterusnya, iaitu apabila roh beras dipanggil ke sawah lagi.

4. Majlis Poiib
Dalam pondok beras Bobohizan / Bobolian dengan teliti menuangkan nasi ke tangkob. Proses ini diulangi untuk beberapa kali sehingga semua nasi telah dicurahkan ke tangkob. Bobohizan / Bobolian kemudian membaca dikir merayu kepada semangat padi untuk menjagaku di atas nasi yang disimpan dalam tangkob.

5. Majlis Magavau
Ini adalah majlis yang paling penting dalam urutan peristiwa perayaan musim menuai. Ini memberi tumpuan dalam pemulihan Bambazon / Bambarayon serta menawarkan makanan kepada Bambazon / Bambarayon. Pada zaman dahulu, upacara Magavau dilakukan dalam bidang padi pada malam bulan penuh pertama selepas musim menuai. Pada masa kini, upacara ini dijalankan di rumah pemilik medan.

6. Majlis Humabot
Ini merupakan peringkat akhir pemerhatian perayaan musim menuai dan dalam bentuk membuat meriah dan hiburan. Majlis ini kini dirayakan di peringkat kampung, daerah dan negeri setiap tahun (30 - 31 Mei). Pelbagai hiburan dan aktiviti dalam bentuk tarian dan sukan tradisional diadakan dan acara kemuncak adalah pemilihan Unduk Ngadau (Ratu Pesta Menuai). Unduk Ngadau melambangkan Huminodun, anak perempuan yang dikorbankan daripada Kinoingan.

Ritual-ritual yang diterangkan di atas adalah tipikal Kadazan-Dusun kawasan Penampang-Papar. Lain-lain kumpulan Dusun, kumpulan murut pedalaman dan kumpulan paitan di timur mempunyai upacara menuai padi yang berbeza. Sebagai contoh, Dusun Lotud mempunyai satu siri lapan upacara - Mansalud, Monuras, Tumakau, Matang, Mongoi Rumali, Mogimpuun, Sumondod dan Monumbui. Walau bagaimanapun, intipati majlis ini adalah sama, kesyukuran untuk tuaian yang banyak.




Lagu - lagu Pesta Kaamatan

Kasaakazan Do Bambaazon


Toun haid tumahib

Au opiumanan

Toun vagu noikot no gontob

Tadau kalamazan

Chorus:-


Kotobian do Toun Vagu

Doid songovian

Ada tokou pogivovogu

Ondomo kovosian

Kanou no manaandak Mohoing dazanak

Tadau tagazo do Kaamatan

Kinasakazan Bambaazon

Chorus:-


Kotobian om kounsikaan

Hasa sopiampun

Miiso doid kasanangan

Ingkaa daa tikid toun

Chorus:-



Misompuru Id Koubasanan

Osodu noi koniab , Gontob tanong di aki,

Natalup no i ralan, Nantadon tulun tokou,

Upus nu om upus ku, Koubasan gulu-gulu,

Orubat au poinsurat tungkusan sinakagon


Chorus:-

Tobpinai kanou pogi,

Mi-iso id koubasanan,

Mogiampun-ampun tokou ,

tumabi toiso-iso

Misompuru id koubasanan


p/s : jangan tanya saya macam mana nyanyi lagu ni...sebab saya mmg tak tau.. ^^



suasana sambutan pesta kaamatan...
sebenarnya festival ni setiap tahun mesti ada dan pada tarikh 30-31 Mei adalah merupakan cuti umum bagi negeri Sabah..best kan...dapat cuti 2 hari sabahan..saya di sini yang sedang bermastautin sementara belajar di Selangor terpaksa la tahan hati tak dapat balik nak sambut..

masuk tahun ni dah 2 tahun tak dapat balik..sedih..
masa pesta ni macam2 aktivit ada dibuat

Rumah terbuka + jamuan makan + pertandingan unduk ngadau

Arrr..apa itu??

Tu lebih kurang pertandingan ratu cantik la di kalangan sumandak (wanita) Sabah
tapi ada ketetapan umur kalau nak join
nda la pula pasti sangat pasal benda2 ni sebab nda berminat nak join

Hahahahaaa *gelak nenek sihir*

sebenarnya pesta ni memang best...
kalau nak merasa suasana kaamatan kena la datang sabah bulan mei tapi masa hujung bulan la

Ok...dah panjang agaknya post kali ni...nak berehat jap nak fikir apa lagi nak di update next entry..
tolong bagi idea juga la...boleh? hehe babai....

Popular posts from this blog

Winter Trip Jeju Island, Korea: Part 1

Assalamualaikum. Dah masuk tahun 2018, selamat tahun baru semua.  Banyak benda yang jadi dalam tahun 2017. Dari yang aku tak jangka, yang tak kesampaian, patah hati semualah. Yang paling tak sangka bila aku dapat juga curi masa untuk diri sendiri merawat hati yang terluka. chewwaaahh~ Kali ni nak share pasal trip musim sejuk aku dan geng travel si kakak ke Pulau Jeju sementara rasa teruja tu masih ada. Kitorang pun baru je balik tiga minggu yang lalu 16-19 Disember (semasa entri ni ditaip). Ceritanya, memang tak plan langsung nak keluar melancong untuk tahun 2017..sebab tahun ni merupakan starting point aku mula aktif dalam bidang fotografi secara serius. Banyak terlibat dalam ambil gambar job wedding, tunang, kenduri. Kembali aktif dengan kamera sebab masih belum dapat kerja yang tetap (hopefully soon to come). Dalam awal Oktober yang lalu, aku scroll timeline Facebook macam biasa, tuptup ternampak iklan dari page Air Asia mengkhabarkan yang route baru akan dibuk

Sejarah nahas yang terburuk di Sabah

I'M A SABAHAN  Nahas udara tidak kira melibatkan kapal terbang atau helikopter, sememangnya mahu dielakkan semua umat manusia, namun ia berlaku juga kerana pelbagai faktor seperti mekanikal, teknikal, cuaca, landasan, masalah pesawat dan kecuaian manusia. Berikut beberapa kejadian nahas udara terburuk yang pernah berlaku di bumi Sabah, sebagai iktibar dan pengajaran kepada semua. Marilah kita sama sama mendoakan semoga roh kesemua mangsa dalam nahas itu, diberkati dan ditempatkan di kalangan orang Soleh. Amin. Tun Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang terkorban dalam nahas udara 7 Jun 1976. Nahas itu menggemparkan Malaysia dan dunia. Ketua Menteri Sabah, Tun Mohd Fuad Stephens dan 10 yang lain termasuk menteri kabinet, terkorban apabila pesawat Nomad milik Sabah Air, terhempas kira kira 2 kilometer dari landasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Kejadian berlaku ketika pesawat hendak mendarat di Kota Kinabalu dari Labuan. Saksi mendengar dentuman di