anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

아름다운 친구

Friday, August 19, 2016

HIKING - Bukit Trig, Keningau.

Assalamualaikum..


Kali ni nak share pengalaman hiking di tempat jauh sikit dari tempat tinggal. Selalu hiking area KK seja kaaann...Kalau di KK macam hampir semua bukit yang selalu disebut orang sudah ditawan..

Antara bukit yang sudah berjaya di tawan:


  • Bukit Kopungit, Kepayan 
  • Bukit Botak, Sepanggar
  • Bukit Tirig, Tuaran
  • Bukit Nuluh Lapai Lapasan, Tuaran
  • Bukit Perahu, Tamparuli

Minggu lepas berkesempatan ikut kakak balik kampung keluarga angkat dia di Keningau..Asalnya memang datang sana sebab ada jemputan kenduri kesyukuran, tapi dah alang kan stay semalam tidur di rumah, esoknya plan hiking di bukit yg baru di buka trail/laluan untuk didaki.



BUKIT TRIG, APIN-APIN KENINGAU








Seawal lepas Subuh suda bangun semangat bonaa nak hiking. kihkihkih 




Tapi disebabkan trail ni baru, dan baru sangat dibuka jadi ramai lah pengunjung yang datang. Tapi serius! Ramai gila orang yang semangat juga nak hiking. Ada yang datang dari jam 5 pagi lagi..Hameek kaauu! Solat Subuh di bawah pondok kot . ahaha






Sebab masa da sampai pun ramai yang tengah naik, dan ramai juga yang on their way nak turun ke bawah kami disuruh untuk menunggu lepas daftar nama, Canggih tau sekarang hking kena daftar, tulis jam berapa naik jam berapa turun. Siap ada guide yg akan atur naik. Yela traik baru, karang naik sendiri ada yang sesat.

Laluan masuk memang mencabar dan sangat penat. Awal dah pancit! tapi tetap semangat. Then, da few laluan yang mental fizikal kena kuat sebab kita hanya berpegang dan berpaut pada tali. Tu kena guide ada sekali tolong pegangkan tali. Kalau nda memang terbabas la kau masuk atau jatuh ke hutan di bawah yang curam. Uiihh seram mak naaaakk!

Jomlah kita tengok gambar yeeee~~~

















Half before the peak. Jauh lagi perjalanan ni sebenarnyaa...fuuhh







 Antara trails yang terpaksa panjat menggunakan tali



 hujung peak ada lagi 3 bukit. hahaha


 rest sekejap


 Gayat tak??? Hahaa ni pun nak kena turun atau panjat naik terpaksa guna tangan dan berpaut pada tali. Nasihat hakak, kalau teringin nak record korang masa turun @ naik better la pakai helmet di kepala then sangkut go pro korang. Nak pakai phone, hmm kirim salam jela manatau phone da selamat jatuh ke bawah.


 last peak

 Yeaayyy! Da samapi di hujung puncak
(sebenarnya boleh lg sambung pi bukit sebelah tapi trails belum buka lagi)
Jadi inilah penghujung Bukit Trig, Keningau.

Selamat menawan puncak. yes!
Yang ni view masa mau turun. 
Gayat tu rasa kejap ada kejap hilang. Tapi overall im happy to have my footprint were left here.


 Hasil bergelumang dengan debu, pasir segala masa panjat. hahaha





Yes, we are done. 
TRIG HILLS the best! Buat wargaKeningau and Sabahan jangan kasi lama okeeyy

Next, Bukit Lugas, Tinorindak, Crystal Hills

Uishh banyak lagi ni bukit mau di tawan. Slow and steady la kan.
Sudah kaki tagap, kuat baru pegi panjat Gunung Kinabalu pula. hehehe


I like you the best