anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

아름다운 친구

Sunday, March 20, 2016

My journey in UCSF Photography as photographer

Assalamualaikum


Ya Allah sungguh lama blog tak ber update. Kadang macam lupa juga ehh aku ni ada blog tapi terbiar sepi ja. Mungkin sebab komitmen sebelum ni yang sangat memerlukan aku untuk lebih fokus. Ohh mungkin ada yang lupa atau mungkin aku tak pernah share kat sini (blog) yang kesibukan aku spenuhnya bermula lepas join program kursus jangka pendek (Short Course) di University Collage Sabah Foundation UCSF dalam bidang Kreatif Fotografi.

Gambar pertama dengan Sir Amri Ginang sebelum mula kelas beliau

Ye guyysss...aku kembali menjadi pelajar selama lebih dari 6 bulan untuk belajar lebih mendalam tentang dunia foto. Walau pun sebenarnya sebelum ni basic foto kamera tu da belajar masa zaman study di Unisel. Tapi tak salah kan tambah ilmu?

Dan ya macam aku bagitau kat atas dah lebih dari 6 bulan perjalanan menjadi budak foto, aku dan rakan-rakan dah pun selesai sepenuhnya dengan kursus ni. Well sounds good right. But it's a though yet a wonderful journey for me. Since join short course ni aku jumpa lagi ramai kawan baru, suasana kolej baru, berguru dengan sifu yang hebat belaka.

Orang kuat antara yang banyak menyumbang dalam kursus foto UCSF ni adalah Master Trainer kami iaitu Sir Amri Ginang. A professional photographer yg asalnya juga adalah anak jati negeri Sabah. Tapi tak lupa juga sifu/lecturer lain yang  juga menjadi tenaga pengajar kami iaitu Sir Jimmy Omar, Sir Azam Neurmaya (wedding photographer) dan juga Sir Shamsahrin Samsudin (Photojournalism).



Nak bercerita details dari awal masuk kursus (Ogos 2015) sampai sekarang mau tahun depan pn belum tentu habis lagi. Hahahaha but I have learnt a lot during this more than six month journey. By attending class, given task/assignment by lecture to shoot pictures, improve our enhancement and editing skills and so on. It's such an honor. The knowledge we've been thought we can't get it anywhere else.









Tapi sebenarnya aku masih rasa tak puas nak belajar, nak explore banda baru. Macam bidang fotografi ni walaupun dari kecil aku dah terbiasa dengan kamera (since my dad was a freelancer writer/reporter before) banyak juga jenis kamera aku da tengok, sambung pula masa zaman degree sambung course journalism pun berkaitan dengan kamera tu memang tak lari juga. Tapi bila sepenuhnya kita fokus dalam bidang ni dan masuk ke perincian yang lebih details orang katalah..lagi banyak yang kita belajar dan gain knowledge. 


Sepanjang kursus ni berlangsung (Ogos 2015-Februari 2016), banyak benda berlaku, tak mustahil la kan tak ada yang jadi. Yang manisnya kami pelajar foto dapat peluang join 3 pameran untuk pamerkan foto kami sendiri yang diambil. Bangga tak? 3 kali kot. Awal masuk dalam bulan Ogos juga kot tak silap atau September exhibition pertama kami dibuat di KL. I mean sir kami masukkan sekali gambar kami dalam pameran tapi kami tak datang ke KL pun. Hahaha


Antara gambar yang terpilih yang dh dibukukan dalam bentuk coffee table punya size..Then sambung kelas balik for few months ada individual assignments yang dibuat dalam group. Serious talk, pengalaman macam ni bila diingat balik it such a valuable moment. Kau diberi task ambik gambar, bawa model sendiri, pilih angle sendiri, suruh model pose based on your own idea. Sebelum ni tak pernah langsung terlintas yang akan dapat peluang macam tu. 

Second exhibition pula dalam awal bulan Disember tahun lepas, dibuat di SAC3, Penampang. Pameran yang antara ditunggu juga lah oleh kami semua termasuk pihak UCSF sendiri. Sebab nak menunjukkan halfway journey kami dalam Creative Photography. Terlibat dalam editing gambar, pemilihan gambar dan sebagainya. 














Dan paling BEST dan KLIMAKS untuk kursus pendek kami ni adalah pameran terakhir kami yang baru berlalu 2 minggu lepas. Ini pun antara pameran yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua termasuk kami, lecturer, staff dan pihak yang terlibat. Pameran selama 5 hari yang dibuat di salah sebuah shopping mall di Sabah iaitu IMAGO Mall. Gila kau tak excited??!! Pameran di mall kottt...shopping mall bah itu...Bangga kamii...hahahaha

Pertama kali dibuat, pertama kali IMAGO organize event dalam mall, pertama kali untuk kami UCSF. Bak kata semua pertama kalilah. Tapi behind the scene punya cerita punnnnn hmmm tak boleh tinggal. Disebabkan kami buat dalam mall, setup semua barang pameran dari partition gambar, meja kerusi, karpet semua kami yang handle 100%. YES. Makanya malam sebelum esok hari event kami da brkampung dalam mall untuk susun semua barang,. 


Dah nama mall kan? kena tunggu mall tutup la baru boleh bawa barang masuk. Benda berat lelaki perempuan semua sama kena angkat, No excuse tau! berkampung dari tunggu karpet pasang, angkat partition yang kayunya hmmm kitorang mengangkat sampai dah ada muscle pop-out kat tangan. Serius berat. Dan hasil selepas bertapa sampai jam 5 pagi everything is settled. Bila datang pagi hari even da set up semua rasa legaaa! 



To be short, ALHAMDULILLAH. 5 hari pameran kami 'Art of Seeing' dapat sambutan yang menggalakkan. Banyak peminat yang suka ambik gambar, amatur fotografi datang tengok gambar kami, bagi komen and everything was fine. Kau akan sentiasa ingat feeling bila orang datang ke partition gambar kau, bagi komen, puji/kritik, ambik gambar kenangan. Rasa macam kau dah achieve something yang kau nak sangat selama ni. Entah la. Tapi bagi aku, or mungkin apa yang kawan-kawan aku rasa juga lah kami rasa gembira sangat. Pengorbanan yang berbaloi untuk diingat. Dah tu dapat coverage local media since the third day of exhibition kami buat offiicial launching. Lagi ramai crowd, public yang datang sebab kena pula masa weekend. Alhamdulillah.












UCSF Creative Photography 1st batch.


We are done with final exhibition. It means we also done with the course, the classes, assignment and so on. 

We've been together for more than six month. Its a new journey for me. For us too i guess. Along the time pass by, we had so much fun together. It has taught us a lot that i would never regret.


To our master trainers sir Amri Ginang, sir Azam Neurmaya, sir Jimmy Omar and sir Shamsharin Samsudin. Thank you for all the knowledge, the lesson that been delivered to us from the start till the end.
To UCSF staff pn.fatihah, abg khairul, abg marwan, ron, abg moro, abg afiq, kak chum, the VC Datuk Ghazali, Dr.Dyg Aminah and all. Thank you for this opportunity. To be part of your team. Thank you so much. 
I cant thank much. But i appreciate all things that happened. Either its good or bad. Alhamdulillah.

To all friends that I cherish, thank you. 
Till we meet again. :')

My journey in UCSF Creative Photography is meaningful with them as a friend. 
Thank you guys.



















***********


Sedikit perkongsian tips fotografi dari seorang newbie:
#jangankecamsaya

Bagi aku la kan, NO WONDER laa kebanyakan photographer akan chrage harga yang berbaloi la untuk penat lelah dorang...

Bila da mula belajar teknik angle, setting yang sesuai, lighting yang betul ikut keadaan dan sesuatu majlis, bayaran yang photographer tetapkan itu sebenarnya nilai based on how their work was made.

Okay...bagi contoh paling senang untuk kami yang da automatik boleh dipanggil newbie photographer (amatur), ada job untuk shoot wedding. So standard untuk harga yang kami tawarkan adalah RM1K ke atas mengikut pakej yang dipilih la. Jadi kalau ada pertikaikan kenapa harga boleh mencecah ribu raban ringgit untuk wedding shoot? Sebab photographer wedding selalunya work as a team. Bekerja dalam kumpulan yang semestinya lebih dari seorang. kena standby back-up. Bawa lighting then masa (jam) yang dah deal untuk cover event. Habis majlis, ambik masa juga untuk pilh gambar edit semua. That's why kerja seorang photographer pun bukan asal buat sahaja ya.

Banyak pengorbanan juga yang perlu dibuat, But not only for wedding photography, to others juga. Tak kisah dapat job shoot majlis harijadi ke, shoot iklan/commercial, produk, fesyen semua. Jadi harapnya, tak ada orang pandang rendah mereka yang bekerja dalam bidang fotografi ni. Setiap orang ada cara nak cari duit sara hidup kan. Imagine ada client minta shoot wedding dorang tapi bayar photographer RM300. itu kalau dapat gambar cincai jangan pula nak mengamuk. RM300 tu untuk seorang je yg ambik gambar mungkin dia anggukkan kepala je, tp kalau dia bawa team untuk support, nilai 300 tu tak berbaloi mana dia nak upah lagi bayar kawan yang tolong temankan tu.. Haaa kan da konflik di situ..Kalau nak murah, tapi nak gambar gah please consider our hard work to make your dreams come true. 

Okay. Membebel banyak pula kali ni..sebab banyak benda nak dikongsi. hehe mungkin ada lagi cerita lepas ni. cerita pengalaman kerja kot. haha doakan aku ye.

* next week da mula prorgam SL1M. semoga berjaya kawan-kawan

I like you the best